HARI KELUARGA & PASARIA PASTI AT-TAUFIQIAH MUAR


SILATURRAHIM BERSAMA PASTI AT-TAUFIQIAH SUNGAI PULAI MUAR 

PAS Kawasan Muar mempunyai 13 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti pendidikan PAS Malaysia yang diamanahkan kepada Dewan Pemuda PAS untuk memberi pilihan alternatif pendidik awal kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. PASTI mempunyai kurikulum tersendiri yang di cetuskan oleh pakar-pakar pendidikan kanak-kanak dan telah terbukti berkesan sesuai dengan motonya     " Mendidik Generasi Al-Quran".

PASTI bukan sahaja mendidik kanak-kanak membaca, menulis malah memberi ilmu agama dengan kemahiran membaca al-Quran, hafalan surah-surah al-Quran, doa-doa dan ilmu fardu ain. Guru-guru Sekolah Kebangsaan yang mendidik pelajar PASTI ini mengakui kelebihan tersendiri dibandingkan dengan pelajar lepasan tadika lain.

PASTI sentiasa kehadapan dengan merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Sambutan Hari Raya, Maulidurrasul, Hari Kemerdekaan, Hari Guru, Kuliah Agama, Hari Terbuka , Sukan adalah di antara aktiviti asas. 

Hari ini, Ahad 17  Julai 2011, PASTI At-Taufiqiah mengadakan Hari Keluarga & Pasaria untuk meraikan ibu bapa, pelajar dan masyarakat setempat. PASTI ini merupakan PASTI terawal yang ditubuhkan dalam Kawasan Muar. Tapak bangunan ini diwakafkan oleh Tuan Haji Abu Musa , mantan YDP PAS kawasan Muar. Pada peringkat awal PASTI ini melakar sejarah tersendiri dengan kehadiran 2 orang pelajar Tionghua yang tinggal bersebelahan dengan PASTI ini belajar di PASTI. Jadi sebelum ada slogan 1Malaysia lagi PASTI ini dan masyarakat pelbagai bangsa di kampung ini sudah menghayati erti hidup dalam masyarakat majmuk.



Di bahagian bawah bangunan PASTI inilah terletaknya Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Sungai Balang yang diketuai oleh Tn Hj Malik Md Diah.Di bahagian atas bangunan ini pula terdapat Pejabat PAS Kawasan Muar. Bermakna bangunan ini adalah nadi PAS Kawasan Muar.



Menurut Tn Hj Malik, selaku Pengarah Program ini, (gambar di atas) beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk menjayakan program hari ini. Diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan ini rakyat akan dapat menilai sumbangan besar yang diberi oleh PASTI dalam mendidik anak-anak menjadi Generasi al-Quran.Diantara aktiviti pada hari ini ialah berbagai pertandingan khusus untuk muslimat,muslimat,remaja dan kanak-kanak. Pemeriksaan Kesihatan Percuma dijalankan oleh 3 orang sukarelawan terdiri daripada seorang doktor pakar kanak-kanak dan dua orang doktor perubatan, YB Dr Mohammad Taslim bermurah hati menyumbang kit mengesan kencing manis dan darah tinggi dan ubat-ubatan. 50 strip ujian kencing manis yang disediakan tidak mencukupi kerana sambutan hebat daripada pengunjung.Terima kasih para doktor yang sanggup memberi khidmat di hari cuti ini.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan merasmikan majlis ini. Beliau merupakan anak tempatan yang tidak asing lagi kepada penduduk di sini.  Beliau juga biasa mengadakan Program Pemerilksaan dan Rawatan Perubatan Percuma dalam Program Kebajikan bersama PAS Kawasan Muar.
Beliau gembira dengan perkembangan PASTI ini yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan kerohanian. Ini diakui oleh ibubapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan yang  yang mendidik mereka. Mereka dapati pelajar-pelajar PASTI  mahir dalam akademik,kegiatan ko-kurikulum, ilmu agama dan al-Quran, boleh menulis Jawi dengan baik, hafal doa dan mulia budi pekerti.
Beliau memuji kegigihan guru-guru PASTI mendidik anak-anak ini di samping kerjasam erat daripada Pengurus dan AJK PASTI. 

YB Dr Mohammad mencadangkan supaya satu Jamaah Ibubapa dan Guru seperti PIBG di Sekolah Kebangsaan ditubuhkan supaya dapat menambahbaik perjalanan PASTI.

 Cenderamata untuk Perasmi disampaikan oleh Tn Hj Malik. Terima kasih.

Nisa' Muar turut menyumbang tenaga dalam program hari ini.
 
Ibubapa berduyun-duyun hadir untuk mengiratkan silaturrahim.



 Mesra...YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Malik (kanan) dan Tn Hj Abu Musa (mantan YDP PAS Muar) bersama anak-anak PASTI.


 Ibubapa riuh rendah memberi semangat kepada peserta.
Acara menarik... "Awang Bentan".Bila bola diletak di celah peha,
teringat gaya berjalan selepas berkhatan ! 

Di antara program yang telah dijalankan ialah;
1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh 3 orang doktor,
2. Kanak-kanak :  Pertandingan Mewarna, kupas buah limau, tiup belon,isi air dalam botol, Awang Bentan.
3.Muslimat : pertandinagan memasak dan gubahan,
4. Muslimin : Mengupas kelapa dan membancuh kopi kaw kaw,
5. Remaja Lelaki : bowlinh kelapa dan cari & lipat,
6. Remaja Perempuan : Menganyam ketupat an mengupas epal,
Hadiah-hadiah lumayan menanti mereka.

 Terima kasih Doktor. Moga semuanya sihat selepas ini.
3 orang doktor tidak cukup tangan memeriksa pesakit.
Malangnya hanya 50 orang sahaja yang bertuah dapat diperiksa darahnya
untuk mengesan kencing manis secara percuma.

 Pertandingan memasak atau nak rebus ubi ?

Tak  sabar si kecil ini menunggu masa menerima hadiah. Pertandingan
melukis untuk kanak-kanak baru selesai dijalankan.
 
 
 Wah...ini produk ori dari kampong !
Pengurus PASTI At-Taufiqiah, Sdr Ismail Yusof, cukup gembira dengan sambutan daripada orang ramai dan kanak-kanak.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi pelbagai sumbangan.
Majlis berterusan hingga lewat tengahari. InsyaAllah program ini akan diteruskan di masa hadapan.Program ini sudah menjadi amalan di sebahagian besar PASTI dalam Kawasan Muar.

0