TERIMA KASIH MPM : WARGA INDIA DIBANTU


Flashback berita pada 8 Ogos 2010 yang lalu:

Sebuah keluarga India di Parit Perupuk Jalan Temenggong Ahmad Muar mengadu kawasan rumahnya mengalami banjir setiap kali hujan lebat.Keadaan ini bertambah buruk apabila sempadan rumahnya dibangunkan menjadi Taman Seri Temenggong Fasa Dua. Parit sempadannya telah ditutup menjadikan air tidak dapat mengalir keluar dari rumahnya.
Maka pada hari Ahad 8 Ogos 2010 Sdr Abdul Razak Sulaiman,Setiausaha Sulit YB Dr Mohammad Taslim telah berusaha membantu keluarga ini.Sebuah JCB telah disewa dan dengan dibantu oleh Sdr Shafie,Sdr Hamidun dll sehari suntuk mereka menggali parit sempadan untuk menyelesaikan masalah banjir.

Alhamdulillah hari ini, 5 September 2010, YB Dr Mohammad telah melawat tapak tersebut.

TERIMA KASIH MPM kerana membina parit 'U' di parit yang kami gali dahulu dengan sedikit pindaan.


Lihatlah gambar sebelum dan selepas projek ini dilaksanakan:

Sdr Shafie berbinvang dengan tuan rumah untuk menentukan kawasan sempadan yang perlu digali.

Cantik..... :)   parit baru dibina.Pagar konkret baru dibina oleh tuan rumah.

Gambar ketika projek sedang dijalankan.


Sdr Abdul Razak (baju oren) memerhatikan  kerja-kerja sedang dijalankan.


Sekarang.......pagar baru,parit baru....
Dulu..........kami gali parit.......

Hari ini......Dah siap parit ni.....


Parit digali,banjir dielakkan.... (gambar dulu..)

 Sekarang........parit siap,mudah-mudahan tak banjir lagi...

Sdr Fuad dan Sdr Shafie merenung puas kerja hampir selesai (dahulu)...

Hari ini......kerja selesai.Terima kasih MPM.




0