ADUAN RAKYAT : PARIT DI SIMPANG JALAN HJ YUNOS - TAMAN GURU MUAR


ISNIN 20 September 2010

Malam  ini giliran YB Dr Mohammad dan keluarga menerima tetamu Muslimat Taman Bunga Raya Muar mengadakan Majlis Marhaban.Rumah YB giliran ke empat, jadi jamuan yang disediakan ringan sahaja - karipap,popia dan buah-buahan sahaja.
Kebetulan pula kakak YB dan anak-anak dan cucunya  yang tidak sempat hadir pada Majlis Himpunan Keluarga Taslim-Raaimah pada Hari Raya Ke Dua yang lalu juga datang.Balik dari Klinik malam itu YB pun singgah di Warong di Jalan Hj Yunus,Jalan Temenggong Ahmad,Muar untuk membeli sate.Malang tak berbau,ketika mencari tempat parkir, kereta YB termasuk dalam parit di simpang Jalan Hj Yunus - Taman Guru.Jalan Hj Yunus ini adalah di antara jalan yang kami adakan majlis gotong royong sempena  2 tahun kemenangan PAS di DUN Maharani.

Inilah simpang Jln Hj Yunus-Tmn Guru yang tidak  mempunyai penghadang.
Di hadapan simpang ada warong menjual sate,soto,mee dll. 
Pandangan lebih dekat...... di sinilah kereta YB termasuk parit.

Lebih dekat - ini dia parit yang menunggu mangsa.....

Pandangan simpang ini dari jalan Abdul Rahman ke Jalan Temenggong Ahmad.
Close-up.
YB bernasib baik kerana ramai pelanggan berada di warong di hadapan simpang ini.Mereka bertungkus lumus cuba mengangkat kereta di mana tayar kiri hadapannya di dalam parit dan bumpernya tersangkut di atas jalan.Sebuah tow-truck terpaksa dipanggil untuk menarik kereta keluar daripada parit.Alhamdulillah selesai masalah.Kereta pun nampaknya rosak sedikit sahaja.
Terima kasih sahabat-sahabat dan orang ramai yang turut membantu dengan sepontan.

Apabila di selidik rupa-rupanya sebelum ini sebuah bas 40 penumpang dan sebuah kereta Proton telah
termasuk parit ini ! YB tak kesaorangan rupanya.......

Pihak Majlis Perbandaran Muar telah dimaklumkan.Harapan kami supaya tindakan segera diambil sebelum lebih ramai lagi penduduk menjadi mangsa parit ini.



0