ORANG BUKAN ISLAM DILARANG MEMASUKI DEWAN SOLAT : MAIS
Posted in: DAP, masjid, SURAULarangan Mais: Program DAP di surau tak terjejas | |||
|
"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.
"Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan."
Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada Mais yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran.
Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?)
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - Ahli Parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama.
"Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa.
Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya.
"Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo.
Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/141769
____________________________________________________________________________________
Tuan Ibrahim: Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Negara jadi kecoh seminggu dua ini bilamana ada sorang dua Ahli Parlimen dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor seolah-olah itulah tragedi paling hitam dalam sejaran Masjid di Malaysia. Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni. Cuma sepatah kata kawan saya “Cina MCA atau Gerakan tu tak mengapa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu pure cina punya”. Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenar bukan kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang. Kalau Cina Johor ke Pahang ke, rasanya tak lah kecoh sangat. Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Tapi bila bagi projek buat masjid, barapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid. Bukan apa, kata taukeh Cina tu..“Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ong punya”. Cina bukan Islam tu pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi ke kontraktor Melayu (sebut Umno) buat masjid pun depa tipu jugak, berapa banyak masjid terbengkalai bila bagi kepada Melayu. Tapi akhirnya bagi kepada kontraktor Cina, bahklan yang dok pasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina, masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi. Yang dah rasmi pun kalau nak baiki mikrofon bagi power punya, berapa ramai Cina bukan Islam dapat projek. Ini tak apa pulak sebab yang dapat tu Cina MCA..MCA tak apa, jangan cina DAP je… Nasib mereka ni macam buldozer, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu, kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori. Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok. Kalau dah jadi begitu, saya rasa hari ni dia ‘naik’ BN, esok dia dah boleh masuk masjid. * Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28491:tuan-ibrahim-cina-dap-tak-boleh-masuk-masjid-cina-mca-boleh&catid=98:tamu-dan-wawancara&Itemid=144 |
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
September
(22)
- RUMAH TERBUKA ADUN MAHARANI 1431H
- IMBAS KEMBALI : PENAMAAN CALON ,KEMPEN,KEMENANGA...
- ADUAN RAKYAT : PARIT DI SIMPANG JALAN HJ YUNOS - T...
- MAJLIS MAULIDURRASUL DAERAH MUAR 1431H/2010M
- PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL
- CERITA MASJID - TERCEMAR LAGI ?
- RUMAH TERBUKA DYMM SULTAN JOHOR
- SELAMAT HARI RAYA DARIPADA ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT
- SALAM AIDILFITRI & JEMPUTAN RUMAH TERBUKA ADUN MAH...
- BUBUR LAMBUK FROM ADUN MAHARANI AND SUNGAI ABONG
- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN/HARI RAYA DARIPADA PAS...
- IMBAS KEMBALI :PERASMIAN PEJABAT MTD MAHARANI - ...
- BERAMAL,BERKORBAN,TERKORBAN - CIRI-CIRI KEMENANGAN
- PEJABAT BARU MTD MAHARANI - Hari Ini Dalam Sejarah
- KONVOI AMAL RAMADHAN 2010 M.U.A.R.
- TERIMA KASIH MPM : WARGA INDIA DIBANTU
- Malaikat terlihat jelas turun ke Ka'bah.?
- BUBUR LAMBUK PERCUMA DI PEKAN PARIT BAKAR
- MUAR DAERAHKU, BERSIH IDAMANKU
- ORANG BUKAN ISLAM DILARANG MEMASUKI DEWAN SOLAT : ...
- KITA PUN BUKA AURAT DI MASJID
- SINAR HARIAN : WARGA EMAS TERIMA BANTUAN PAS Cawan...
-
▼
September
(22)
0