ZIARAH KE KAMPONG PARIT HJ ALI MUAR


Hari ini,hari Khamis 17 Jun 2010 jam 6.00 petang YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,dan rombongannya melakukan lawatan dan ziarah ke Kampong Parit Hj Ali Darat,Jalan Sri Tanjong Muar.Rombongan kali ini disertai oleh Puan Rubiah Raffee (isteri Dr Mohammad),Sdr Shukor (Pemandu Jalan),Sdr Hamidun Omar dan Cikgu A Rahman Yanti.

Dua buah keluarga warga emas kami ziarahi.En. Mohd Razali Yahya tinggal bersama isterinya Puan Rupingah Ahmad.Beliau terlalu uzur dan terlantar di bilik sempitnya kerana kecederaan di tulang punggungnya setelah terjatuh.YB Dr Mohammad sempat memberi rawatan dan suntikan untuk meringankan kesakitannyaKami juga membawa sedikit buah tangan..

Puan Rubiah bermesra dengan Puan Rupingah denga diperhatikan noleh
Cikgu Abd Rahman dan Sdr Shukor.

Di sini sakitnya Doktor......keluh Wak Razali.

Saya nak injek ya Wak......

InsyaAllah cepat sembuh.

Di rumah kedua kami menziarahi Puan Hjh Bari'ah Abdullah yang menghidap darah tinggi dan cataract di kedua belah matanya.Penglihatannya terjejas teruk sehingga tidak boleh bergerak sendirian.Beliau tinggal bersama anak perempuannya yang menyara hidup dengan menjual kueh setiap pagi di simpang Pt Hj Ali-Jalan Sri Tanjung..Dr Mohammad menasihatkan beliau untuk mendapatkan rawatan daripada Doktor Pakar Mata. Sebelum berpisah Puan Rubiah menyampaikan sedikit buah tangan untuk Puan Bari'ah.

Dr Mohammad,Puan Rubiah dan Sdr Shukor mendapatkan
maklumat daripada Puan Hjh Bari'ah

Mak Cik ada Darah Tinggi?  Nampak sihat tapi matanya kabur.


0