ADUN MAHARANI BERSAMA PROGRAM BERSEPADU SERI JONG 2010


JKKK Seri Jong Muar telah mengadakan Program Bersepadu Seri Jong 2010 pada hari Isnin, 7 Jun 2010 bertempat di Dewan Nur Muar,Parit Keroma Jalan Junid Muar.
Menurut En. Mohamed Hj Hussein,Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampong Seri Jong,Program ini bertujuan antara lain untuk memupuk semangat kerjasama penduduk setempat juga menggalakkan kerjasama dengan organisasi dalam Daerah Muar.

Program ini dijayakan dengan kerjasama:
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM,
Majlis Agama Islam Muar, Pejabat Kesihatan Muar,
Pejabat Penerangan Muar, Kawasan Rukun Tetangga Pt Besar-Pt Sakai,
Persatuan Belia Perpaduan Perdana, KEMAS Muar,
Komuniti Bestari Bandar Maharani (1)


YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharai telah dijemput bersama untuk memeriahkan Program dan berinteraksi dengan wakil-wakil Agensi,Jabatan-Jabatan dan Persatuan yang menyertai program ini juga dengan penduduk tempatan.Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur,khususnya En.. Mohamed Hj Hussein yang memberi peluang kepada ADUN Maharani untuk bersama dalam Program bersama rakyat ini.Kerjasama ini dapat memberi manafaat kepada penduduk dalam memberi khidmat dan menyelesaikan masalah mereka.

YB Dr Mohammad tidak dapat bersama hingga ke akhir program kerana ada temujanji untuk mengkhatankan beberapa orang  kanak-kanak di Klinik beliau pagi ini.

'Program Bersepadu Seri Jong 2010'

Dewan Nur Muar di Parit Keroma Jalan Junid

Ketibaan YB Dr Mohammad Taslim disambut oleh 
En. Mohamed Hj Hussein (Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampong Seri Jong) 
dan En. Tupin Ngadian (AJK)

YB Dr Mohammad beramah mesra dengan penduduk kampung

Mesra bersama - YB Dr Mohammad dan En. Mahamed Hj Hussein 

YB Dr Mohammad bersarapan dengan En. Masuri Samsi (kiri)
dan AJK Sambutan
En. Tupin Ngadian (berdiri) melayani tetamu
YB Dr Mohammad di Gerai Menara Optometri
Bersama Pegawai-Pegawai PDRM yang turut memberi kerjasama 
menjayakan Program. "YB dah jadi 'Rakan Cop' ?",itulah
agaknya pertanyaan Pegawai Polis ini. 

YB Dr Mohammad dengan diiringi oleh En. Tupin
melawat pameran Pejabat Kesihatan.Pemeriksaan
darah tinggi juga disedikan.

Bersama-sama jururawat yang bertugas.
YB Dr Mohammad mohon kembali ke Klinik kerana
ada kanak-kanak hendak dikhatankan pagi ini.



0