MASIH ADA YANG SAYANG............


Petang ini,Isnin 14 Jun 2010,YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama isteri,Puan Rubiah Raffee, telah berpeluang menziarahi dan memberi bantuan kewangan kepada dua buah keluarga dalam DUN Maharani.Jika dahulu sumbangan di beri oleh pihak DUN Maharani atau  PAS cawangan,kali ini seorang hamba Allah menemui seorang ahli PAS Cawangan Bandar 'A' meminta beliau menyampaikan sumbangannya melalui ADUN Maharani kepada dua orang penduduk Maharani yang telah dikenal pastinya.Susah nak faham?
 Alhamdulillah masyarakat suda bertambah yakin bahawa ADUN Pakatan Rakyat mampu menjalankan tangungjawab menyampaikan amanah masyarakat.

Dari kiri : Puan Rubiah,YB Dr Mohammad,Sdr Ibrahim,anak dan isterinya.
 
Sdr Ibrahim Awang,pekerja odd-job,menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Dr Mohammad.Beliau tinggal di rumah PPRT di Jalan Abdul Rahman Muar (off Taman Bahagia).Isterinya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak yang bersekolah rendah.Sebelum ini beliau pernah menerima sumbangan daripada PAS.Beliau juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Muar sebanyak RM 100.00 sahaja sebulan.Kami akan usahakan supaya beliau boleh diberi tambahan bantuan bulanan seperti penerima lain.

Dari kiri kelihatan isteri Sdr Esa dan anaknya serta Puan Rubiah.
Sdr Esa sedang menerima sumbangan. .

Sdr Esa Mohamad juga seorang  pekerja odd-job yang sama menerima sumbangan wang tunai daripada hamba Allah.Kelihatan YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan tersebut di rumah Sdr Esa Di Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad Muar.Beliau mempunyai dua orang anak lelaki yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas.Mereka diberi bantuan persekolahan dalam Program DUN Maharani yang lalu.

Kedua-dua keluarga tersebut bersyukur dsn berterima kasih kepada hamba Allah yang perihati untuk membantu  mereka sekeluarga. InsyaAllah Allah menerima amal jariah mereka.Amin.





0