XPDC BERMOTOR DAN MENDAKI PUNCUK GUNUNG LEDANG



XPDC KONVOI BERMOTOR & MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG pada 14,15.dan 16 Jun 2010 ( 3 hari 2 malam ) telah selamat dan berjaya. Tahniah kepada pihak penganjur dan ahli jawatankuasanya, Polis Trafik Cawangan Muar dan Ledang,serta Ranjer Hutan Lipur Lagenda Gunung Ledang dalam membantu melicinkan lagi program yang julung kali diadakan. Program ini dianjurkan bersama oleh Urusetia Pemuda dan Sukan DUN Maharani dan Unit Amal Malaysia Kawasan Muar.
Majlis pelancaran program dan pelepasan konvoi telah dilaksanakan oleh YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim ADUN Maharani. di Restoran JI Pekan Parit Bakar Muar. Beliau merasa bangga kerana program seperti ini amat berguna dalam mendidik golongan remaja mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
Syabas dan Tahniah kepada para peserta yang telah mencipta rekod mendaki puncak Gunung Ledang. Kami dimaklumkan oleh Ranger/Guide yang mengiringi peserta ini bahawa masa yang dicatatkan semasa mendaki dan menurun puncak Gunung Ledang ini merupakan satu rekod baru ! Mereka mula mendaki jam 8.00pg dan tiba dipuncak jam 12.00 tengahari.Setelah dberihat diatas puncak selama 4 jam mereka turun semula dan tiba di tapak perkhemahan jam 3.30 petang.Menurut maklumat para Ranjer yang memandu peserta biasanya para pendaki akan tiba dipuncak sekitar jam 6.00petang dan turun semula dan tiba di tempat penginapan jam 8.00 malam.
Para peserta merasa bangga dan gembira menyertai program ini kerana daripada buku log pendaki Gunung Ledang mereka dapati jarang kumpulan remaja dan belia yang mengadakan program mendaki gunung secara berkumpulan..Kebanyakan pendaki terdiri daripada kelab-kelab mendaki gunung. Mereka juga berharap program ini dapat diadakan setiap tahun bagi mengisi masa yang berfeadah kepada remaja dan pemuda.
Majlis penutupan XPDC telah diadakan di Dewan Taman Legenda Gunung Ledang. YB Dr. Mohammad telah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta. Turut hadir . Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) dan Sdr. Mohd Faizul Hj. Salleh (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor),Pengarah Program Sdr Abdul Razak Sulaiman dan Kem Komandan Ustaz Khairul Nor Mohamad.

Jawatankuasa XPDC bergambar bersama YB Dr. Mohammad
selepas memberikan ucapan dan Taklimat daripada Polis Trafik Daerah Muar

Pemuda yang menyertai Konvoi bersedia di Restoran JI Pt Bakar Muar

Remaja penuh semangat bersedia berkonvoi
Konvoi dimulakan dari Pekan Parit Bakar Muar

YB Dr Mohammad dan Sdr Abu Bakar Ismail melepaskan peserta konvoi
Berhati-hati di jalan raya.....
Mendengar tazkirah selepas solat zohor di tapak perkhemahan

Ice breaking........

Relax......
Membuat senamam selepas penat konvoi bermotor
Mandi menyegarkan badan......

Mandi sambil merehatkan badan
Kerjasama....
Berat sama dipikul.......

Bekerjasama memasang khemah

Dah nak masak?
  
 
Tak mudah nak daki Gunung ni....

 
Jangan mudah mengalah...kejayaan terbentang di hadapan...
 
 
Gunung Ledang dah kami tawan !!!!!!!

 
Aktiviti berpasukan

 Tazkirah...

Solat tak lupa......
 
Di hari terakhir,Rabu 16 Jun 2010, YB Dr Mohammad Taslim bersama Sdr Abu Bakar Ismail menyertai peserta XPDC di Hutan Lipur Gunung Ledang untuk majlis penutup.

SELAMAT DATANG - Sdr Abu Bakar di pintu masuk Hutan Lipur

Adik Sharifuddin,MC Majlis Penutup

Wakil Peserta menceritakan pengalaman mendaki gunung

Pengarah Program,Sdr Abdul Razak Sulaiman,cukup gembira
dengan kejayaan Program ini.'Akhir tahun ni kita konvoi ke Tasik Kenyir !! '

Persembahan istimewa peserta - tarian itik?

JUMPA LAGI DI PROGRAM AKAN DATANG !
Berita Konvoi ini tersiar dalam HARAKAH hari Jumaat 18 Jun 2010
LAGI GAMBAR-GAMBAR DI GUNUNG LEDANG:


Ceria sungguh para peserta.Dah nak baliklah katakan....



Di antara tenaga kerja: Sdr Abdul Razak,Farid dan Lokman.


Mana pergi orangnya? tidur ke ?


Macam kura-kura dalam hutan !





Pesanan terakhir Sdr Abdul Razak....


Semua khusyuk mendengar ucapan perpisahan...


Dah nak baliklah Hamidun.....masih on the fon !


Selamat Jalan Azman !

Albums





0