TERIMA KASIH , TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (1)


Jalan masuk ke tangki air SAJ di Pekan Parit Bakar Muar menimbulkan rungutan daripada penduduk setempat khususnya peniaga-peniaga yang berhampiran kerana ia menutup laluan air di parit tersebut.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,diberitahu bahawa masaalah ini telah diajukan beberapa kali kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan diambil.Keadaan ini bertambah serius terutama ketika jalan Parit Baskar ke darat dijadikan  tempat pasar malam mingguan di Pekan iniSampah sarap yang dibuang ke dalam parit ini menyebabkan ia tersumbat dan kotor.

YB Dr Mohammad telah menghubungi En. Nazri Abdul Rahman,jurutera Majlis Perbandaran Muar dan tindakan segera telah beliau ambil dengan mendapat kerjasama daripada SAJ Muar kerana ia melibatkan jalan masuk ke tangki air SAJ.Terima kasih di atas tindakan pantas beliau dan SAJ Muar kerana dalam masa seminggu masalah ini telah dapat diselesaikan.Syabas kami ucapkan ! Kerjasama di antara ADUN dan jabatan kerajaan dan swasta untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat sangat diperlukan

Kerja-kerja mengganti calvert di jalan masuk sedang dilakukan

YB Dr Mohammad (berkopiah) sama mengawasi kerja-kerja yang sedang dilakukan
Nampaknya parit ini memerlukan parit konkret 'U'

Paip lama yang tidak berfungsi di sebelah jalan masuk
dan paip lain perlu dibuang dan di ubah kedudukannya
supaya mudah kerja-kerja memelihara parit ini
Haa..dah siap

Masalah selesai,terima kasih MPM dan SAJ Muar



0