KEMBARA UKHUWAH NISA' MUAR


pix 01pix 
02pix 03pix 
04pix 05  
TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.
MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.
KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun
LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo NISA'
Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.
Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.
Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.
Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.
Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

sumber:  http://www.webnisa.net/about.php


NISA' MUAR melangkah kehadapan dalam usaha untuk menjadi PENGHUBUNG GENERASI MUDA dengan megadakan Program "Kembara Ukhuwah" dari 22 -23 Mei 2010.Ia melibatkan dua buah DUN  dalam daerah Muar iaitu  DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Bebagai-bagai pengisian khusus untuk remaja disediakan.Selain pengisian kerohanian mereka didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan kepada ibu tunggal,fakir miskin dan orang kurang upaya.Mereka juga berjumpa masyarakat di Wetex Parade dengan menyebar  risalah sambil berdakwah.

Malam hari Sabtu 22 Mei 2010 mereka solat maghrib dan isyak di Masjid Sultan Ibrahim Muar.Selepas itu mereka mengunjungi YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, di rumahnya di Taman Bunga Raya  Jalan Temenggong Ahmad Muar.Turut serta dalam rombongan ini ialah Sdr Malik Md Diah,Naib YDP PAS  Muar merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Muar.

YB Dr Mohammad mengalu-alukan remaja NISA' di kediamannya.

Gambar kenang-kenangan bersama NISA'

Remaja berilmu pejuang Islam

Terima kasih NISA' kerana sudi mampir dan bertaaruf bersama YB Dr Mohammad

NISA' hebat.....

Muslimin turut meraikan NISA'.Sdr Malik Md Diah di tengah-tengah

Sesi  dialog bermula.Puteri Nisa' mempengerusikan Majlis.

Sdr Malik Md Diah bekas calun PAS DUN Sg Balang 
menjadi ahli Panel Majlis Dialog

Pakar Motivasi,Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor
dan Muar) turut memimpin NISA'


Puan Norhayati menyampaikan cenderamata kepada  Sdr Malik

Cenderamata untuk YB Dr Mohammad

Program wajib...jamuan.Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad)
sebok melayan tetamu.



0