SELAMAT HARI GURU 2010


Tarikh Keramat 16 Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah bagi warga pendidik di mana Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama-sama Ahli Jawatankuasa DUN Maharani dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Muar mengambil inisiatif setiap Hari Guru untuk menziarahi sekolah-sekolah dalam DUN Maharani untuk mengiratkan silatulrrahim,mengucapkan terima kasih di atas sumbangan guru-guru mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat dan jemu juga untuk memahami masalah yang di hadapi oleh pentadbiran sekolah  dan membantu menyelesaikannya..Inilah kesempatan yang ada untuk YB melawat sekolah-sekolah.

Pagi ini,Isnin 17 Mei 2010 YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Yang Dipertua PAS Muar,Ustaz Abu Bakar Lajat.Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar Sdr Rozi Md Nor,,Pengarah MTD Maharani,Sdr Abu Bakar Ismail, Pegawai Tadbir DUN Mahrani,Sdr Hamidon Omar dan Ahli-ahli Jawatankuasa,Tuan Hj Selamat Othman dan Sdr Tupin Ngadian telah mengunjungi 7 buah sekolah menengah dalam DUN Maharani dan Pejabat  Pelajaran Muar di Sg Abong.Kali ini kami menghadiahkan kek yang ditempah khas daripada   Norlina Bakery Jalan Daud Muar sempena Hari Guru.

Sambutan mesra daripada Pengetua Sekolah dan guru-guru memberi kesan yang mendalam kepada kami kerana kami faham pengorbanan guru selama ini.Sesuai dengan tema Hari Guru tahun ini, 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Tahniah Guru-Guru.

Sekolah-sekolah yang kami kunjungi tahun ini ialah sekolah-sekolah menengah dalam DUN Maharani:
1. SMK Tengku Mahkota Parit Raja,
2. SMKA Maahad Muar,
4. SMK Jalan Junid,
4. Sekolah Menengah Chung Hwa,
5. Sekolah Menegah (P) Sultan Abu Bakar,
6. SMK Sri Muar
7. Sekolah Tinggi

dan akhir sekali ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar yang menumpang di SK Sungai Abong sementara menunggu bangunan baru siap.

Gambar-gambar lawatan akan diupload  kemudian.Mohon maaf. (Masalah teknikal)

Layari website  YB Dr Mohammad Taslim's alma mater:
 

 
 TERIMA KASIH CIKGU !!








0