MERAIKAN PASUKAN BOLA JARING PASTI AR RAHMAH


Inilah bangunan PASTI Ar Rahmah yang terletak di Taman Sri Temenggong,Jalan Temenggong Ahmad,Muar.Ia di bawah pengurusan PAS Cawangan Bandar 'B' yang di ketuai oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Pengurus PASTI  sekarang ialah Sdr Rahmat Ismail.PASTI yang ditubuhkan 5 tahun lepas dengan sokongan kuat daripada Puan Rubiah Raffee sebagai Bendahari yang pertama telah berjaya melahirkan Tunas Islam yang berjaya dalam pelajaran dan Ko-kurikulum

Berbagai aktiviti dijalankan bersama ibubapa pelajar dan masyarakat setempat.Di antaranya Sambutan Maulidur Rasul,Kuliah bulanan,Majlis Yasin,Majlis Kecemerlangan,Hari Terbuka dan Sukan.Di bulan Ramadhan PASTI ini dijadikan surau untuk Solat Terawikh bagi muslimat.

Tahun ini pelajar PASTI ini telah menggondol Kejuaraan Bola Sepak Antara PASTI Kawasan Muar (lelaki) dan Kejuaraan Bola Keranjang Antara PASTI Kawasan Muar (perempuan) dan seterunya menggondol Hadiah Juara Keseluruhan Sukan PASTI Muar 2010.  .Lebih membanggakan lagi apabila Pasukan Bola Keranjang ini berjaya mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Sukan PASTI Negeri Johor di Tangkak pada 1 Mei 2010 yang lalu.Pemain kami juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bola Keranjang PASTI Negeri Johor !

Untuk meraikan kemenangan di atas Guru-Guru PASTI telah mengadakan Majlis Kesyukuran dengan menjamu pelajar-pelajar yang terlibat dengan juadah KFC di Giant's Muar pada hari Sabtu 8 Mei 2010 yang lalu.Turut sama meraikan  ialah Puan Rubiah Raffee,isteri YB Dr Mohammad.

 
Puan Rubiah (kiri) dan Guru-Guru kelihatan melayan heroine sukan PASTI

 
Makan jangan tak makan.....

 
Mesti sedap kan? Jilatlah jari dik....

Cikgu Rosnah dan Puan Rubiah  makan semeja

 
Cikgu Sazlina tersenyum puas...

 
Saya Cikgu PASTI juga, mengajar pelajar umur 4 Tahun....

Perut kenyang senang hati   :)  :)   :)

 
Main apa ni dik? Gelagat pelajar.....

Minggu hadapan giliran pemain bola sepak pula dijamu KFC.Tunggu giliran ya....
Terima kasih sponsor......
Tahun depan insyaAllah akan dipertahankan kemenangan ini.
Terima kasih coach......






0