LAWATAN HARI PEKERJA BERSAMA ADUN MAHARANI


1 Mei setiap tahun dirayakan sebagai Hari Pekerja dan merupakan hari cuti umum.Walau bagaimana pun ada sebilangan kakitangan kerajaan yang terus bertugas pada hari tersebut.Sebagai menghargai pengorbanan mereka ini YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,berserta rombongannya menziarahi mereka ini dengan menghadiahkan hamper.

Inilah kali ketiga YB Dr Mohammad selaku ADUN Maharani dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar yang di Pengerusikan oleh Sdr Rozi Md Nor mengadaka kunjungan muhibbah ini.Kali ini YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Rozi sendiri serta AJK Pusat Khidmat DUN Maharani,Tuan Hj Abdul Rahman Yanti dan Sdr Zainal Fitri.Mohd Azhar,anak YB,juga mengiringi beliau selaku juru gambar.Istimewa kali ini YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan juga turut bersama sebagai tanda kesepakatan kami di dalam Pakatan Rakyat.

Program dimulakan di IPD Muar jam 9.15 pagi Sabtu 1 Mei 2010, kemudian kami ke Bahagian Trafik pula.

YB Dr Mohammad dan YB Gwee berbincang ketika 
sampai di IPD Muar.Hamper sumbangan ADUN Maharani 
dan PAS  Kawasan Muar

 
YB Dr Mohammad Dan YB Gwee menyampaikan hamper kepada
Pegawai Bertugas di IPD Muar,tempat pertama kami kunjungi.
Ahli-ahli rombongan kelihatan bersama.

Sumbangan untuk Polis Bahagian Trafik Muar

 
Ceria dan mesra bersama Pegawai Polis Bertugas di Bahagian Trafik Muar

YB Dr Mohammad bersama HJ A Rahman Yanti di Bhg Polis Trafik
     
Kami di Balai Bomba Muar.Suasana mesra....

Sedikit sumbangan untuk Pegawai Bomba bertugas.
Selepas ini kami ke Pusat Pemulihan Akhlah Muar tidak jauh dari
Bangunan Bomba


Ketua Inspektor Penjara,Sdr Yacob,menerima hamper sumbangan kami


Seterusnya kami menuju ke Bahagian Kecemasan dan Trauma 
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

YB Dr Mohammad dan Yb Gwee menyampaikan hamper
kepada Staf di Bahagian Kecemasan HPSF

Lawatan terakhir kami di Balai Polis Parit Jawa Muar.
OCS Kpl Othman menerima sumbangan  kami.
Balai Polis Parit Jawa mempunyai 22 orang anggota.
Tugasan kami selesai jam 10.30 pagi.Alhamdulillah.....
Terima kasih HALWA DUN  Maharani,hamper yang anda sediakan malam itu
selamat diterima oleh petugas-petugas yang berkenaan.


Terima kasih dan penghargaan kami kepada semua Pekerja sempena Hari Pekerja 2010










0