ZIARAH 28 - 29 RAMADAN 1433H DUN MAHARANI


PROGRAM ZIARAH -SUMBANGAN DUN MAHARANI 2012

ADUN Maharani dengan kerjasama ahli jawatankuasa DUNMaharani.MTD Maharani, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar dan muslimat sentiasa aktif menyantuni masyarakat dalam DUN Maharani khususnya. Program kebajikan sentiasa berterusan terutama memberi bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal,anak yatim dan khidmat kesihatan percuma.

Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan segala urusan kami.Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam bentuk tenaga, wang ringgit dan masa yang sangat berharga.

Sempena bulan Ramadan aktiviti kebajikan dipertingkatkan lagi dengan menziarahi  sambil memberi sumbangan atau mengadakan majlis berbuka puasa sambil memberi sumbangan.

Gambar-gambar di bawah ini adalah aktiviti YB Dr Mohammad di kawasan bandar pada hari-hari terakhir bulan Ramadan 1433H.

 Sunggu cerdik anak ini......menziarahi En Azizan , seorang OKU,
yang melakukan rawatan bekam dan refleksologi di rumahnya 
di Taman Lembah Padang, Jalan Junid, Muar


 Bukti ketabahan dan kesetiaan  seorang isteri dan (anak tunggalnya0
menjaga dan merawat suaminya E. Jabar,  mangsa  kemalangan langgar lari
awal tahun ini. Keluarga ini menyewa di Taman Lembah Padang, Jalan Junid, Muar.
Bayangkan.... menjaga suami yang terlantar dengan kecederaan otak,makan melalui NG tube, bernafas melalui endotracheal tube di leher.....Mereka  adalah pesakit setia YB Dr Mohammad.

  
Sedikit sumbangan untuk isteri En. Jabar sempena Ramadan.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/390912_214457972016258_2084197436_n.jpg 
 En. Ahmad Zuki  sempat diziarahi pada 29 Ramadan ini.
Beliau menghidap sakit jantung (pintasan jantung), angin ahmar
dan makan melalui NG tube. Anaknya 10 orang, semua masih bersekolah.
Kos susu khas sahaja beratus ringgit sebulan.


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/200644_214522272009828_1426388989_n.jpg
Kak Endon ini jiran di sebelah Taman Bunga Raya.
Beliau tinggal seorang diri bersama kucing kesayangannya.
Lawatan kami pada malam hari raya ini diharap dapat meringankan
sedikit keperluan harian beliau.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/582566_213933815402007_222804163_n.jpg 
 Mak Cik Salmah, seorang lagi iran YB di Taman Bunga Raya,
seorang warga emas,ibu tunggal. Beliau tinggal seorang diri di rumah,
kadang kala ditemani okeh anak saudaranya.Lawatan selepas solat terawikh ini
diharap menggembirakan beliau di bulan muiaini.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/551252_213808948747827_1487486380_n.jpg
 Nenek Esah tinggal di rumah sumbangan baitul mal diTaman Bunga Raya Muar
bersama cucu-cucunya Kisah beliau pernah tersiar dalam ruangan Bersamamu TV3
tahun lalu. 

 http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/603514_214446265350762_990411729_n.jpg
Di hujung lorong ini seorang penerima bantuan kebajikan dan kerusi roda tidak dapat ditemui hari ini kerana dimasukakan wad dengan penyakit buah pinggang dan kencing manis.
Barang bantuannya diserahkan kepada jirannya.

0