SUMBANGAN RAMADAN DI KG PT UNAS JALAN SRI TANJUNG MUAR


SELASA 14 OGOS 2012 bersamaan 25 RAMADAN 1433H

Hari ini Rombongam Kebajikan ADUN Maharani menziarahi 5 orang penerima bantuan sempena bulan Ramadan di Kg Pt Unas Jalan Sri Tanjung Muar. YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Hamidun Omar, Cikgu Abd Rahman Yanti. Sdr Surip, seorang penduduk tempatan menjadi pemandu.
Sebelum ini 7 orang penerima bantuan di kampung ini telah kunjungi oleh Pegawai Khas ADUN , Sdr Hamidon Omar dengan diiringi oleh Cikgu Abd Rahman Yanti. Sekampit beras dan barang-barang keperluan dapur telah diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan ini adalah aktiviti kebajikan yang  berterusan dijalankan dalam DUN Maharani khususnya.

Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra dengan ucapan terima kasih yang berulang-ulang dilafazkan.Mereka dapat merasakan keperhatinan kami membantu mereka mengikut kemampuan kami. Sebahagian mereka pernah menerima bantuan daripada kami. 

Gambar-gambar yang kami rakamkan ini menceritakan segalanya.


Suami kakak ni ke surau,rewang persediaan untuk khatam al-Quran malam ni.

Selesa nenek ni duduk , kepenatan selepas mengemas di belakang rumah.

"Terima kasih Doktor.....," kata kakak ni yg pernah menerima bantuan kami.

Pak Kasan ni seorang petani, pemurah. Beliau sempat membekalkan kami
serai dan daun limau purut yg ditanamnya sendiri. "Buat rendang nanti," katanya.

 Ini dia serai dan daun limau purut pemberian Pak Kasan.
Orang berbudi kita merasa.

 Sedikit sumbangan Ramadan untuk nenek ini yang tinggal bersama
3 orang cucunya yg masih bersekolah.


0