ZIAH SUMBANG RAMADAN DI KG PT SAMSU MUAR


SUMBANGAN RAMADAN 1433H DI DUN MAHARANI

Hari ini, Jumaat 17 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadan 1433H rombongan kebajikan DUN Maharani tidak melepaskan peluang untuk meneruskan aktiviti kebajikan memandangkan Ramadan sudah sampai ke penghujung. YB Dr Mohammad Taslim bersama Tn Hj Abdul Rahman Lajim,Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar,  dengan di iringi oleh Sdr Aliff Baharom dan Sdr Syukur, bergerak di sekitar Kg Parit Samsu Darat dan Jalan Abdul Rahman menemui penerima sumbangan Ramadan. Kami bergerak selepas solat Jumaat.

Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, moga Allah gantikan dengan limpahan rezekiyang  halal. Sumbangan kali ini termasuk beras, barangan dapur dan wang tunai. Di sebuah rumah di Kg Pt Samsu Jalan Abdul Rahman telah menunggu 4 orang penerima bantuan. Kegembiraan terbayang di wajah mereka. Kedatangan kami memberi sedikit keceriaan ketika mereka bersedia untuk menyambut hari raya. Inilah sebahagian daripada aktiviti kebajikan yang kami lakukan berterusan.

 Tuan Hj Abd Rahman membuka bicara.


 Sepatah dua kata daripada YB Dr Mohammad Taslim.


 Seorang ibu tunggal yang menyara anak-anak yang masih bersekolah.


 Pak Cik ni mewakili seorang penerima yang uzur.


Langkah yakin yang membawa sinar kepada mereka yang memerlukan bantuan.
 YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Abd Rahman Lajim.

 
Seorang bujang tinggal bersendirian,menghidap kencing manis
dengan ulcer di kaki.
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/255584_214112955384093_444030761_n.jpg
Syiar PAS berkibar megah di atas pokok di hadapan rumah Tn Hj Abd Rahman 
di Pt Samsu Jalan Temenggong Ahmad. Kibaran yang membawa seribu harapan......

0