PROGRAM MENGEDAR BUBUR LAMBUK PERCUMA DUN MAHARANI 1433H
Posted in: BUBUR LAMBUKEDARAN BUBUR LAMBUK PERCUMA DUN MAHARANI 1433H
Hari ini, Khamis 27 Ramadan 1433H / 16 Ogos 2012 seluruh warga DUN dan MTD Maharani turun padang bergotong royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat yang melalui atau berada di Pekan Parit Bakar Muar. Suasana sungguh meriah, melibatkan mudlimin, muslimat, Halwa dan Nisa'. 4 periuk bubur lambuk mula diedar dari jam 4.30 petang. Ada yang datang khusus untuk merasa bubur lambuk istimewa kami dan ada yang kebetulan melalui kawasan kami.
YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani serta ahli jawatankuasanya juga ahli-ahli PAS kelihatan sangat sibuk mengagihkan bubur kepada masyarakat dan mereka yang melalui jalan di persimpangan pekan in
Program ini diadakan di JI Tom Yam Restoran di sebelah lampu isyarat/persimpangan Pekan Parit Bakar. Mereka yang melalui tempat ini dapat merasa bubur kami kerana setiap kali kenderaan berhenti kerana lampi isyarat merah kami akan segera mendekati mereka untuk menghulurkan bubur. Sambutan sungguh hebat.
Pada petang ini juga Halwa dan NIsa' Maharani/Muar berada di perhentian bas Maharani dan Bentayan menyambut kepulangan anak-anak Muar di perantauan yang baru sampai dengan menaiki bas. Mereka menerima bubur lambuk dan limau untuk berbuka puas. Program ini adalah susulan kepada program yang sama tahun lepas memandangkan sambutan yang cukup baik daripada masyarakat.
Inilah sumbangna kami kepada masyarakat sempena bulan Ramadan yang mulia ini.Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, juga yang menyumbang bahan-bahan, wang ringgit ,masa dan tenaga serta kepakaran memasak dan pemilik Resotoran, Sdr Rozi Md Nor.
Sila mampir......hari ini sahaja....
Bingkisan bubur lambuk dan limau untuk anak-anak Muar
di perantauan yang sampai melalui bas hari ini.
Muslimat dan Nisa' bersedia dengan juadah berbuka puasa untuk diedsrksn
di perhentian bas.
YB Dr Mohammad bersama team Nisa' dan Helwa bersedia menyambut
anak-anak perantauan yang kembali hari ini.
Muslimin sibuk menyediakan bungkusan bubur lambuk.
Bungkusan bubur lambuk terhidang menunggu penerima bertuah.
Tahniah adik ni yang berpuasa, menerima juadah
dpd YB Dr Mohammad.
YB Dr Mohammad melayan pengunjung drive-in........
Mari-mari....bubur menanti....
Nak ke mana YB ni?
YB Dr Mohammad bersama petugas-petugas di hadapan JI Tom Yam Restoran
Aktiviti orang dapur....
Kenderaan bertuah menerima bubur...
Jangan bimbang..... supply cukup....
Orang dapur masih sibuk membungkus bubur.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
0