SOALAN-SOALAN DEWAN NEGERI JOHOR OLEH ADUN MAHARANI


SOALAN-SOALAN  DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI
PADA 17 MAC  2011

Bil.
Soalan-soalan mulut
Jabatan
Portfolio

1.

Berapakah bilangan CCTV yang dipasang dalam setiap  kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, kos membeli dan menyelenggara, keberkesanannya dan jumlah yang rosak dan perlu diganti ?


Pihak Berkuasa Tempatan


Peng. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan


2.

Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberi seperti dilakukan oleh Majlis Perbandaran Muar ?


Pihak Berkuasa Tempatan

Peng. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan

3.

Berapakah jumlah pulau-pulau dalam wilayah Negeri Johor dan berapa buah yang belum diberi nama ?


Menteri Besar

Menteri Besar

4.

Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen mendapat peruntukan sebanyak RM200,000.00 dan RM!.5 juta setahun. Nyatakan projek-projek dan aktiviti yang dijalankan dalam DUN Maharani menggunakan peruntukan tersebut dalam tahun 2010. serta kos setiap satu projek/aktiviti.


Menteri Besar

Menteri Besar

5.

Pelabur Dana Johor yang ditawarkan pinjaman daripada institusi kewangan masih terhutang, walaupun semua saham telah dijual kerana dividen tahunan tidak mencukupi atau tiada untuk membayarnya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka yang sedang menghadapi tindakan mahkamah ?


Menteri Besar

Menteri Besar


6.

Guru KAFA yang mengambil cuti bersalin pada tahun 2006 hingga 2009 di minta membayar balik elaun yang diberi tetapi bagaimana pula  mereka  yang belum menerima Imbuhan Tahunan adakah akan dibayar  tunggakan  Imbuhan ?


Jabatan Agama Islam Johor


Peng. Jawatankuasa Agama


NAMA Y.B. :  DR MOHAMMAD BIN TASLIM

KAWASAN :  MAHARANI

___________________________________________________________________________________
SOALAN-SOALAN  DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI
PADA 17 MAC  2011

Bil.
Soalan-soalan Bertulis
Jabatan
Portfolio

1.

Menurut ICU JPM, pendaftaran terbuka e-Kasih bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan .Apakah mekanisma yang dibuat untuk memastikan mereka ini layak diberi bantuan ?


Jabatan Kebajikan Masyarakat

Peng. Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat

2.

Program Larian  Mahkota telah berjaya dijalankan di sekolah-sekolah baru-baru ini.Apakah tujuan  murid membayar RM2.00 dan guru-guru RM3.00 dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan ?


Jabatan Pelajaran

Peng. Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi

3.
 Apakah sebensrnys perjsnjisn penduduk Perumahan Paya Mengkuang (penempatan bekas penduduk Kg Tg Pelepas) dengan PTP dan Kerajaan Negeri Johor sehingga lebih kurang 58 orang penduduk akan dihadapkan ke mahkamah untuk diusir keluar dari kawasan perumahan tersebut ?


 Menteri Besar

 Menteri Besar

4.





5.








NAMA Y.B. :  DR MOHAMMAD BIN TASLIM

KAWASAN :  MAHARANI

CATATAN : SOALAN-SOALAN YANG BERWARNA MERAH DITOLAK OLEH  Y.B. DATO' SPEAKER.
 



0