SEPETANG BERSAMA AHMAD IBRAHIM, PENERIMA ANUGERAH CALON CEMERLANG JOHOR 2011


Nama Ahmad Ibrahim bin Zakaria, bekas pelajar Sek Men. Agama MAAHAD Muar, sedang meniti di bibir pelajar dan ibubapa sekarang. Beliau merupakan anak jati Kg Parit Raja Jalan Dato Kusai Muar, seorang yatim piatu, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, anak ke empat daripada lapan beradik.
Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Calon Cemerlang  Negeri Johor baru-baru ini.Beliau memperolehi 11A+ dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.
Ditanya tentang rahsia kejayaannya, "Hormati Ibubapa, Hormati Guru, amalkan Surah Al Insyirah  dan Tahajjud setiap malam". Itulah di antara resipi kejayaannya. Kejayaan Ahmad Ibrahim adalah kesinambungan daripada kejayaan 3 orang kakaknya yang berada di IPT (seorang pelajar Perubatan di Mesir) dan adiknya yang mendapat 9A dalam PMR 2010 baru-baru ini.. Syabas !
Alfatihah untuk kedua-dua ibubapanya  (Allahyarham Norhanan Ismail dan Ustaz Zakaria Nor) yang berjaya melahirkan insan cemerlang dunia akhirat Ahmadlah  yang mengimamkan jenazah bapanya dahulu. Sekarang Ahmad Ibrahim sedang mengikuti Diploima Tahfiz di Darul Quran. Dalam masa tiga bulan sahaja beliau sudah berjaya menghafal 13 juzuk Al Quran. Moga cita-cita beliau untuk menjadi Jurutera Nuklear yang hafiz di mudahkan Allah. Amin.

 YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee turut meraikan kejayaan
Ahmad  Ibrahim (mendokong adik bongsu kesayangannya, bakal ahli syurga.) 

Pada petang Ahad 27 Mac 2011 yang lalu keluarga Ahmad Ibrahim telah mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya di Kg Parit Raja, Jalan Dato Kosai Muar. Ramai pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, guru-guru dan teman-teman sekolah bersama meraikan beliau.Kepimpinan PAS Kawasan Muar dan Bakri tidak ketinggalan meraikan kejayaan beliau.
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, mewakili PAS Kawasan Muar menghadiahkan sebuah notebook dan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim. YB Dr Sheikh Ibrahim, ADUN Sg Abong turut menyumbang wang tunai kepada Ahmad.

Pada sebelah pagi Ahmad Ibrahim telah diberi penghormatan membaca doa pembukaan Majlis Maulidur Rasul anjuran bersama Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3 Muar dan PASTI Ar Rahmah Taman Sri Temenggong. 

 Ahmad diberi penghormatan memulakan Majlis Maulid dengan doa.
YB Dr Mohammad dan Sdr Uzair Ab Hamid (Pengerusi Badan Kebajikan TST 3) di belakang.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku Penaung PASTI Ar Rahmah.Pungutan derma untuk Ahmad telah dijalankan dan sejumlah RM500.00 berjaya dikumpulkan sumbangan individu dan PASTI Ar Rahmah.

 YB Dr Sheikh Ibrahim dan YB Dr Mohammad mengucapkan tahniah 
dan syabas di atas kecemerlangan Ahmad Ibrahim .
 
 
Ahmad Ibrahim, anda adalah anak impian ibubapa dan idola pelajar !

YB Dr Sheikh Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai.
Kelihatan YB Dr Mohammad  dan Tn Hj Malik Md Diah di sebelah kanan. 

Tahniah Ahmad Ibrahim !


Tn Hj Malik Md Diah, Naib YDP PAS Kawasan Muar
menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim. 

 
Hadiah untuk Si Comel daripada Puan Rubiah (kiri),
Sdr Fuad di kanan.


 Ahmad bersama Sdr Fuad dan muslimat

 
Kegembiraan terpancar di wajah bapa saudara Ahmad ketika menerima kunjungan tetamu.
YB Dr Sheikh Ibrahim di sebelah kanan.

Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Zakaria Nor , ayahanda Ahmad Ibrahim:















Allahyarham Ustaz Zakaria Nor






Ahmad Ibrahim sentiasa amal solat Tahajud

JOHOR BAHRU - Biarpun kejayaan tidak dapat dikongsi bersama kedua ibu bapanya, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan keputusan 11 A+, Ahmad Ibrahim Zakaria, 17, yakin telah membanggakan mereka.
Anak tunggal lelaki dari lapan adik-beradik ini telah kehilangan ayahnya yang meninggal dunia dalam tidur pada 2008, manakala ibunya maut akibat kanser usus pada tahun berikutnya.
Ahmad Ibrahim adalah antara lapan pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Cemerlang Tertinggi dengan keputusan 11 A+, bagi negeri Johor.
Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar, bercita-cita menjadi Perdana Menteri apabila dewasa kelak.
Menurutnya, tumpuan dalam kelas merupakan resipi utama kejayaannya hari ini.
“Saya memang fokus dalam kelas dan menggemari subjek Fizik, malah saya tidak pernah lupa berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa, selain mengamalkan bacaan surah Insyirah dan solat Tahajud.
“Biarpun kedua ibu bapa saya telah tiada, saya tahu mereka bangga dengan pencapaian saya hari ini (semalam),” katanya selepas Pengumuman Keputusan SPM 2010, di sini, semalam. 

























0