ADUN MAHARANI DAN SUNGAI ABONG RAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010



http://www.sinarharian.com.my/sh/images/logo.jpg

Pelajar cemerlang terima komputer riba


 Mohamed (dua, kanan) menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim
di kediamannya di Kampung Parit Raja Darat  , baru-baru ini.

 MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamed Taslim dan ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Ahmad Ibrahim Zakaria, baru-baru ini.


Dalam kunjungan ke rumah pelajar tersebut, Mohamed menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan yang diperolehnya.


Mohamed berkata, lebih membanggakan apabila Ahmad Ibrahim bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar turut muncul sebagai pelajar terbaik seluruh Johor.


Menurutnya, kejayaan tersebut mengharumkan nama daerah Muar, sekolah dan juga keluarganya.


“Ahmad Ibrahim merupakan anak kepada seorang aktivis Pas yang dikenali ramai, Zakaria Nor yang kembali ke rahmatullah pada 2008 selepas Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.


“Zakaria pernah memegang amanah sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bakri, Ketua Urusan Ulama’ Pas Kawasan Bakri dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Johor,” katanya kepada Sinar Harian.


Mohamed berkata, kejayaan Ahmad Ibrahim perlu menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana ketabahannya mengharungi hidup walaupun ketiadaan ibu dan ayah tercinta.


Selain itu, Ahmad Ibrahim juga telah hafaz 13 juzuk al-Quran dan keberkatan itu memungkinkan beliau memperoleh semua A dalam SPM 2010.


“Semoga ketabahan beliau ini menjadi pendorong dan contoh terbaik kepada adik-adik lain yang bakal mengambil SPM akan datang,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8923964.asp
            31 Mac 2011






0