ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM SDR JAILANI ABU BAKAR


Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Sdr Jailani Abu Bakar, seorang AJK PAS Cawangan Sri Muda DUN Maharani, telah kembali ke rahmatullah pada petang Selasa, 8 Mac 2011 setelah lama sakit. Beliau baru keluar dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar beberapa hari nyang lalu.
Ramai sahabat handai menziarahi beliau di rumah dan di hospital ketika beliau sakit.
Hari ini kami memberi penghormatan terakhir ke atas jenazahnya di rumah beliau di Jalan Sri Muda, Pt Amal, Muar. Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, turut memandikan jenazah dan mengimamkan solat jenazah pada jam 10.00 pagi. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Perkuburan Islam, Bakri Batu 6 pada pagi Rabu, 9 Mac 2011.


Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan isteri serta anak-anaknya bersabar menghadapi ujian ini.
Alfatihah........

Allahyarham dan isterinya berniaga di warung di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar.


Gambar kenangan di rumah allahyarham Sdr Jailani di rumahnya tahun lalu.Selepas itu sahabat-sahabat juga menziarahi beliau di rumah dan di hospital.


0