PULAU DI MALAYSIA BELUM ADA NAMA


236 pulau di Malaysia belum ada nama: Kurup

2011/02/21

KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 daripada 642 pulau yang berada dalam perairan negara ini masih belum ada nama dan langkah segera perlu dilakukan untuk memberi nama kepada pulau berkenaan sebelum ia menjadi isu apabila dituntut oleh negara lain. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata apa yang membimbangkan ialah kesemua pulau tanpa nama itu terletak di Sabah.

Kurup berkata, entiti milik negara, khasnya pulau yang belum ada nama, perlu dinamakan dan diwartakan segera supaya ia tidak mudah dituntut sewenang-wenangnya oleh negara lain.


"Tindakan ini sangat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautikal dari pulau tersebut termasuk sumber ekonomi di persekitarannya," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar mengenai Nama Geografi dan mesyuarat bahagian ke-18 Kumpulan Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Nama Geografi, Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW) di sini, hari ini. 

Justeru, Kurup berharap kerajaan negeri Sabah terutamanya serta agensi di bawah kementeriannya bertindak lebih pro-aktif dan segera dalam mengenal pasti kawasan dan entiti di negara ini yang belum diberi nama. 

"Untuk itu, usaha perlu ditumpukan kepada penentuan serta pemilihan nama yang terbaik dengan mengambil kira, jika ada, nama yang telah digunakan oleh penduduk sekitar sejak sekian lama," katanya. 
Beliau berkata, menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Malaysia menpunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, beting, terumbu, permatang, tompok dan alur. - BERNAMA 

__________________________________________________


ISU DI ATAS telah dibangkitkan oleh YB Dr Mohammad Taslim dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pada 6 Julai 2010 yang lalu.Hingga sekarang Kerajaan Johor belum menjawab persoalan tersebut. Inilah petikan ucapan beliau: 



TEKS UCAPAN
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010

Keperihatinan Kerajaan dalam hal kedaulatan negeri amat diambil berat.Dalam persidangan yang lalu contohnya kita diberitahu kita mempunyai banyak pulau,beratus buah pulau yang belum bernama di serata Negeri Johor.Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan pulau ini masih milik kita?Kita kena peka supaya kita tidak kehilangan kedaulatan negeri kita.
_____________________________________________________

 Jawapan kepada soalan YB Dr Mohammad Taslim dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pad 17 Mac 2011:


3. Berapakah jumlah pulau-pulau dalam wilayah Negeri Johor dan berapa buah yang belum diberi nama?

JAWAPAN DATO' MENTERI BESAR

Berdasarkan takrif  "Pulau" oleh Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi dan Gazetier  Kebangsaan. di Negeri Johor mempunyai 13 buah pulau dan telah diklasifikasikan sebagai Taman Laut. Untuk makluman , semua pulau berkenaan  adalah bernama dan diwartakan ' Di antara pulau-pulau yang terbabit ialah:
Pulau Rawa,  Pulau Harimau, Pulau Merinsip, Pulau Gaul,
Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Tinggi, Pulau Sibu Tengah,
Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemangil dan Pulau Aur.


Selain itu, terdapat juga entiti seprti batuan dan batuan bawah air di perairan Johor.Ada di antara entiti ini yang menggunakan nama panggilan "Pulau" seperti Pulau Penyembang, manakala panggilan panggilan tempetan ialah "malang gading" . Jawatankuasa Negeri Nama Geografi telah mengadakan beberapa lawatan tapak untuk mengenalpasti, menamakan dan seterusnya mewartakan entiti tersebut.

0