ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM EN. EHWAN TUGIMAN


EN. EHWAN TUGIMAN  KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Sahabat kita En. Ehwan Tugiman, seorang Pegawai FAMA yang tinggal di Kg Pt Amal Jalan Seri Muda Muar kembali ke rahmatullah petang ini, Rabu 16 Februari 2011. Sudah beberapa ketika beliau menghidap penyakit barah dan beberapa kali mendapat rawatan Chemotherapy daripada Hospital. Majikannya sungguh prihatin memberi beliau cuti untuk mendapatkan rawatan.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.Moga mereka tabah menghadapi ujian Allah.


Malam ini YB  Dr Mohammad Taslim bersama sahabat-sahabat termasuk Sdr Abdul Razak, Sdr Hamidun, Sdr Fuad, Sdr Salihan dan ramai lagi  telah menziarahi jenazah beliau dirumahnya.Majlis Yasin dan tahlil juga diadakan oleh jiran dan kenalan serta ahli-ahli pakatan kampong ini
Jenazahnya akan dikebumikan esok pagi.


YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK DUN Maharani dan HALWA Maharani pernah menziarahi beliau  pada petang hari Khamis 5 Ogos 2010  (tahun  lalu).




Kenangan ketika menziarahi allahyarham tahun lalu. Turut bersama  Sdr Salehan (kiri) dan Sdr Adam (kanan).



Sedikit sumbangan YB kepada En. Ehwan (Gambar Kenangan)

Marilah kita bersama mendoakan agar beliau 
dihimpunkan bersama orang soleh, para syuhada' dan ahli syurga. AMIN. ALFATIHAH............

0