PRK TENANG - MALAM PENENTUAN DI DEWAN SERBAGUNA LABIS


MALAM PENENTUAN DI DEWAN SERBAGUNA LABIS - PENJUMLAHAN UNDI

Sabtu 30 Januari 2011 adalah hari penentuan PRK N05 Tenang.Setelah berusaha dan bermunajat bersungguh-sungguh pejuang-pejuang Pakatan Rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka belum menang di DUN Tenang. Sebagai menunaikan tanggungjawab parti, Alfadhil Ustaz Abdullah Hussein , Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, bersama-sama dengan Wakil Calon,  telah di beri amanah untuk mengahdiri majlis penjumlahan undi PRK Tenang dan seterusnya menerima keputusan PRK Tenang yang telah pun diketahui secara tidak rasmi.

Meraikan kemenangan adalah sesuatu yang dinanti-nanikan tetapi menghadapi kegaglaan memerlukan semangat juang yang jitu dengan keyakinan Allah telah pun mencatat amal baik kita dan Islam pasti menang akhirnya.Dengan rasa penuh tanggungjawab Ustaz Abdullah Hussein telah mengetuai rombongan seramai 10 orang untuk menghadiri majlis tersebut.Mereka yang Allah pilih termasuk Ustaz Abdullah Hussein, Wakil Calon, YB Dr Mohammad Taslim dan isteri, Puan Rubiah Raffee serta anaknya Mohd Azhar, Sdr Rozi Md Nor dan isteri, Ustazah Siti Nur Mupit, Puan Aminah dan beberapa orang lagi.Mereka  sebahagiannya tidak menduga akan dapat diberi peluang ini. Mungkin inilah hikmah terperangkap oleh banjir  di Masjid Jamik Labis yang bersebelahan dengan Pusat Penjumlahan Undi.

Tiket SPR untuk pas masuk dewan penjumlahan undi.

 

Satu lagi pas masuk .

Gembira... YB Dr Mohammad bertemu sahabat sekolah lama (SDARIAN)
Sdr Rabiey, Pengarang 'Holistik' terbitan Pejabat Menteri Besar Johor.


YB Dr Mohammad bersama rakan se Dewan Negeri :
YB Datuk Osman Sapian dan YB Datuk Hamid.   


Di dalam Dewan bersama YB Exco Dato' Ahmad Zahari,
YB Datuk Hamid dan YB Asojan (kanan,duduk).


 
Bermesra sebelum keputusan rasmi diumumkan.



 
Wakil PAS tenang menerima keputusan : Sdr Rozi, YB Dr Mohammad, 
Ustaz Abdullah dan Wakil Calon.
 


Muslimat Muar dalam Dewan semasa Penjumlahan Undi:
Puan Rubiah Raffee, Puan Aminah dan Ustazah Siti Nor.


YB Dr Mohammad memperkenalkan Ustaz Abdullah 
kepada Speaker Dewan Negeri Johor, YB Dato' Ali,
Kelihatan juga Sdr Rozi M Nor.

Wakil calon berbincang dengan Pegawai SPR.


Wartawan mewawancara Wakil Calon.




 
YB Dr Mohammad dikerumuni pemberita dan TV9.
Rasa macam menang Pilihanraya 2008 ! 
Sdr Rozi bersama tunai tanggungjawab.



 
Meraikan kemenangan - kurang daripada sasaran majoriti 5000.


Saat kemenangan BN

SEKADAR IMBASAN KEMBALI, KENANGAN KETIKA PENJUMLAHAN UNDI PRU 12
PARLIMEN MUAR, DUN MAHARANI DAN DUN SG BALANG: 


Debaran menunggu keputusan rasmi PRU 12, Mac 2008, Dewan Sekolah Tinggi Muar.
Dari kiri: Sdri Nah Budin (Parlimen Muar) , Dr Mohammad Taslim (DUN Maharani)
dan Sdr Malik Md Diah (DUN Sg Balang).



0