CERAMAH DR YUSOF QARDHAWI TOKOH MAAL HIJRAH MALAYSIA


4,000 hadiri ceramah Dr Yusuf al-Qaradhawi
 
Ditulis oleh Harakahdaily   
MONDAY, 21 DECEMBER 2009 03:07  
Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.
Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi.

Sewaktu selesai solat berjamaah dan menuju ke kerusi yang disediakan berhampiran dengan mimbar masjid, hadirin yang berada di kiri dan kanan mimbar berpusu-pusu menghampiri beliau dengan lebih dekat menyebabkan pihak keselamatan dan urusetia terpaksa menenangkan keadaan.

Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa.

Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani.

'Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.
 
 
Read More

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009 DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2010 DUN MAHARANI


   Pada pagi Ahad 20 Disember 2009, bertempat di perkarangan Pejabat DUN Maharani Pekan Pt. Bakar,Muar. Pejabat DUN Maharani dengan kerjasama Lajnah Kebajikan  dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar telah mengadakan majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dan 7A dalam peperiksaan UPSR 2009 dan bantuan persekolahan pelajar-pelajar kurang kemampuan dalam kawasan DUN Maharani.Tahun lalu majlis yang sama telah diadakan di tempat yang sama dengan dirasmikan oleh YB Dato Husam Musa.(Lihat keratan akhbar dalam blog).

     Seramai 55 pelajar 5A dari Sekolah Kebangsaan, 20 pelajar 7A dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 3 pelajar 7A dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, berjumlah  78 orang keseluruhan yang menerima sumbangan.

     Dalam majlis yang sama bantuan persekolahan untuk Tahun 2010 turut disampaikan kepada  seramai 105 orang pelajar.Sumbangan merupakan vaucer pakaian sekolah dan kasut .Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB Dr. Hj. Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati menghulurkan bantuan bagi menjayakan majlis tersebut.

   Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), Ust. Hj. Abu Bakar Mohd Lajat  (YDP PAS Kawasan Muar), Tn. Hj. Yatin Sarpan  (Pengerusi PKR Muar,) dan Sdr. Faizul  Mohd Salleh (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Johor).

PELAJAR PELAJAR SEKOLAH DALAM KAWASAN DUN MAHARANI (N15) YANG MENDAPAT 5A DAN 7A DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2009:-


SEKOLAH KEBANGSAAN - 

1 SK DUMPAR  - 1 Pelajar
2 SK SULTAN ABU BAKAR 1 BANDAR - 5 Pelajar
3 SK SULTAN ABU BAKAR 2 BANDAR - 6 Pelajar
4 SK ISMAIL SATU  BANDAR  - 3 Pelajar
5 SK ISMAIL DUA BANDAR - 6 Pelajar
6 SK PARIT KADHI BANDAR - 8 Pelajar
7 SK SRI JONG BANDAR - 5 Pelajar
8 SK PARIT RAJA PARIT BAKAR - 12 Pelajar
9 SK PARIT BAKAR TENGAH PARIT BAKAR - 6 Pelajar
10 SK PARIT PINANG SERIBU PARIT BAKAR - 1Pelajar
11 SK PARIT SAMSU - 2 Pelajar

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA)

1 SJK(C) CHUNG HWA 3 BANDAR - 14 Pelajar
2 SJK (C) YU MING PT. PINANG SERIBU PARIT BAKAR - 1 Pelajar
3 SJK (C) SAN CHAI PARIT UNAS PARIT BAKAR - 4 Pelajar
4 SJK (C) CHI SIN PARIT BAKAR PARIT BAKAR - 1 Pelajar
   
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
      
1 SJT (T) JALAN KHALIDI BANDAR - 3 Pelajar



Pelajar-pelajar,ibubapa dan tetamu memenuhi khemah


Mohon maaf kerana kekurangan khemah,tapi cuaca redup


Lagi gambaran kehadiran yang cukup membanggakan


Tetamu sedang tekun mendengar amanat YB Dr Mohammad


Ucapan Sdr Rozi M Nor,Penegerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar
 

YB Dr Mohammad menyampaikan amanat


Tahniah,moga terus berjaya

Teruskan usaha.....


Gembira...


Rakaman kenang-kenangan


Tahniah....


Cemerlang.....



Ibubapa dan pelajar di luar khemah

Bergambar beramai-ramai bersama YB

Mengambil peluang bergambar bersama YB

Mengambil peluang bergambar bersama YB

Pelajar yang menerima bantuan persekolahan

Pelajar yang menerima bantuan persekolahan

Pelajar yang menerima bantuan persekolahan

Pelajar yang menerima bantuan persekolahan



Para jemputan menikmati jamuan yang disediakan 
Read More

BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2009


 Imbas Kembali Program Bantuan Persekolah DUN Maharani tahun 2009
 




PAS helps poor schoolchildren in Muar

MUAR: Several students from poor families in the Maharani state constituency here received school aid totalling about RM15,000 from Muar PAS.
The cash aid for shoes and school uniforms was presented by party leaders, including Maharani assemblyman Dr Mohammed Taslim and PAS vice-president Datuk Husam Musa to 219 students recently.
Dr Mohammed said the programme was aimed at easing the financial burden faced by poor families with school-going children during the 2009 school season.

Timely help: Husam (left) and Dr Mohammed (centre) presenting school aid to student Tee Cheng Wai in Parit Bakar, Muar, recently.
 
“The party decided to provide aid to the poor families before the start of the school season and launched donation drives.
“We received contributions from party leaders and individuals as well as the PAS newspaper Harakah,” he said after presenting the aid with Husam in Parit Bakar here recently.
Dr Mohammed said, although he was the assemblyman for Maharani, the party presented similar aid to students in Sungai Balang constituency.
He said the aid was in line with the party’s election manifesto which called for a welfare state giving priority to helping the poor regardless of race and religion.
He said, although the bulk of the recipients were Malays, children from nine Chinese and one Indian families received the aid.
He said the party had set up a service centre in Parit Bakar and urged residents to visit the centre if they had problems.
“We have several staff members manning the centre. Residents can also visit me at my clinic in Muar town, he added.

SOURCE: STARMETRO




Read More

TEKS UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2010 OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM , ADUN MAHARANI DI MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE 12 PADA 30 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2009


Assalamualaikum wbkth dan Selamat Sejahtera

YB Dato Speaker,

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kerana memberi Maharani peluang membahaskan Bajet Negeri Johor 2010.

Surah Yusuf:47-49

Yusuf berkata: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,kemudian apa yang kamu ketam biarkan dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu,tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya,yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya;kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).


Kemudian akan datang pula selepas itu yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan,dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya).


Ayat yang saya bacakan tadi adalah peringatan yang diberi oleh seorang Menteri Kewangan yang paling berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia,bagaimana baginda mengurus ekonomi dan kewangan negara.Kerajaan merstilah sentiasa bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dan berjimat ketika diberi kemakmuran.

Di antara penyebab kepada kemelesetan ekonomi adalah 'musibah amalan berbelanja dan pelaburan',seperti yang disebut ;leh YAB Menteri Besar Johor dalam Ucapan Bajet 2010 tempoh hari.Faktor ini saya lihat lebih relevent daripada faktor lain seperti kejatuhan ekonomi Amerika,kelembapan ekonomi dunia dan sebagainya.Bajet 2010 masih lagi bajet defisit seperti tahun lalu,kali ini defisit RM1.496 juta.Kita mesti ingat bahawa pada tahun 2009 kita memerlukan perbelanjaan tambahan pertama,kedua,ketiga dan ke empat sebanyak RM6,459,000.00/ RM7,628,000.00/ RM11,465,000.00 dan RM125,895,000.00 .

YB Dato Speaker,

Konsep perbelanjaan dalam Islam mudah sahaja, 'berbelanjalah ikut kemampuan dan membangunlah ikut keperluan'.
Elakkan pembaziran kerana ;sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan.' (Surah Al Israa' : 27)
Cuba bayangkan jika rakyat Johor ini mengamalkan budaya bajet defisit !


Petikan Ucapan YB Ayub Rahmat (Kemelah):

YB Dato Speaker,Maharani ada menyebut bahawa 'perbelanjaan ikut kemampuan dan pembangunan ikut keperluan ' kerana untuk memastikan bahawa ini bertepatan dengan Islam.
YB Dato  Speaker,Negeri Johor hanya dfisit RM1.5 juta jika dibandingkan dengan Negeri Serambi Mekah yang defisitnya mencapai RM40 juta.Adakah kita menjadi kawan syaitan atau kawan di sana yang lebih baik dengan syaitan?


YAB Menteri Besar Johor menyatakan bahawa 'Kerajaan Negeri perlu akur dengan kekangan yang wujud atas sebab sumber kewangan yang terhad kepada sumber-sumber dari sektor primer berasaskan tanah,hutan,perlombongan dan sumber air  yang tidak berkembang serancak sektor perkilangan dan perkhidmatan'.Pada tanggapan saya itulah anugerah Allah secara percuma kepada rakyat Johor yang tidak ternilai harganya.Yang penting ialah bagaimana kita menguruskannya !.

Johor mempunyai tanah tetapi premium tanah kurnia diberi diskaun,contohnya daripada nilai tanah RM sejuta dikurangkan sehingga RM20,000.00 lebih sahaja.Kerajaan kehilangan hasil.

Laporan Sidang Dewan Negeri Johor - Utusan Malaysia 9 Disember 2009

Premium rendah bagi NGO bukan komersial

NUSAJAYA 8 Dis. - Kerajaan negeri tidak mengenakan premium tinggi kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersifat komersial.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pertubuhan tersebut akan dikenakan premium sebanyak tiga peratus dari harga pasaran untuk tanah pajakan 60 tahun dan lima peratus bagi pajakan 99 tahun.
Katanya, NGO yang mempunyai unsur komersial seperti pertubuhan politik, keagamaan, belia, penduduk atau sosial yang dikenakan kadar sebanyak 10 peratus dari harga pasaran bagi pajakan 60 tahun dan 15 peratus bagi pajakan 99 tahun.
"Kerajaan memberi kelonggaran kepada NGO yang tidak ada unsur komersial kerana kita menghargai kerja-kerja badan sukarela di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohamad Taslim (Pas - Maharani) pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata, bagi tanah-tanah kerajaan yang telah dipersetuju oleh Pihak Berkuasa Negeri akan tertakluk kepada bayaran premium bergantung kepada luas tanah yang dikurniakan mengikut Seksyen 79 Kanun Tanah Negara 1965.
Katanya, tanah yang dikurniakan akan dibuat penilaian tanah semasa oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta daerah berkenaan.

Johor mempunyai air tetapi dijual dengan harga murah kepada negara luar.Perjanjian ini kena perbetulkan.

ARKIB : 09/12/2009 Utusan Malaysia

Johor ambil alih aset air diselenggara PBU Singapura 2011

NUSAJAYA 8 Dis. - Kerajaan negeri akan mengambilalih semua aset air yang diselenggara Lembaga Kemudahan Awam (PBU) Singapura apabila perjanjian pembekalan air yang ditandatangani pada 1961 tamat September 2011.
Aset-aset tersebut melibatkan loji rawatan air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, selepas perjanjian itu tamat, tiada lagi urus niaga sama ada penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapura.
Katanya, kerajaan negeri sedia maklum mengenai perjanjian bekalan air Malaysia-Singapura daripada loji-loji berkenaan yang akan tamat dua tahun lagi.
Beliau memberitahu, satu lagi perjanjian bekalan air di antara Johor dan Singapura yang ditandatangani pada tahun 1962 masih lagi berkuat kuasa.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana bimbang perkara itu akan diperbesarkan oleh media asing.
"Apa saya boleh maklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, kerajaan negeri akan mengambil alih aset-aset air yang diselenggarakan Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura (Perjanjian 1961).
"Apabila tamat perjanjian itu, berakhirnya transaksi penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapura daripada loji air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai," katanya ketika menggulung perbahasan dan menjawab soalan Datuk Baderi Dasuki (BN-Panti) di Dewan Undangan Negeri, hari ini.
 
Johor ada hutan tetapi pendapatan daripada hasil hutan setabil sahaja sebanyak RM21.0 juta sedangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta setahun.Ini adalah hasil daripada polisi tender terbuka dan telus,selain tiada rasuah.


YB Dato Speaker,

Saya tertarik dengan strategi keempat bajet 2010 untuk 'Meningkatkan Daya Tahan dan Mengukuhkan Kekuatan Dalaman'.

Program Pintar Al Quran adalah satu progran yang sangat-sangat dialu-alukan bukan sahaja di Tadika Agama tetapi di semua tadika yang mempunyai  ramai pelajar Islam seperti Tadika KEMAS.PASTI dari mula lagi sudah memasukkan Al Quran dalam kurikulum.Motto PASTI adalah 'Membina Generasi Al Quran'.Kesinambungannya ialah melahirkan para hufaz,hafiz al Quran sehingga ke peringkat di mana setiap imam masjid adalah seorang hafiz.Bagi orang Islam kita mesti berazam melahirkan seorang hafiz setiap kampong hingga ke setiap rumah.

Dengan menghantar 4 orang pelajar untuk mengikuti pengajian tafsir peringkat Sarjana di IPTA dan luar negara adalah permulaan yang baik tetapi kita memerlukan lebih ramai lagi pentafsir-pentafsir bertauliah kerana kita mempunyai ramai calon yang layak - bukan sehingga setakat 50 orang seperti yang disarankan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam ucapan bajetnya tetapi di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri  kerana kita ada 56 DUN melainkan DUN yang 6 ini diserahkan kepada pembangkang,Pakatan Rakyat !

Bercakap mengenai tauliah,saya didatangi oleh imam yang mengadu bahawa beliau diberi tauliah sebagai imam surau selama  dua tahun tetapi selepas luput tarikh tersebut itu tiada tidakan lanjut samaada perlu disambung atau bagaimana.Jadi sekarang beliau masih menjadi imam tetapi tanpa tauliah.Mohon penjelasan.

Jawapan YB Dato Pengerusi JK Agama:

YB Dato Speaker,mengenai tauliah imam surau yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di kawasan Maharani,adalah dimaklumkan bahawa semua perlantikan atau tauliah kepada para imam sekarang akan tamat tempoh perlantikannya pada Disember 2009 ini.Ini bermakna  buat masa ini,belum ada mana-mana imam yang sudah tamat tempoh perlantikannya.Bagi imam yang tauliahnya akan habis tempoh perlantikannya mereka akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Agama Johor supaya menduduki ujian lisan dan ujian bertulis.Proses ujian lisan dan ujian bertulis  ini sekarang sedang berjalan.Hanya imam-imam yang lulus ujian-ujian berkenaan sahaja yang akan dilantik semula.


YB Dato Speaker,

Saya difahamkan  mulai Tahun 2008 Jabatan Agama Johor telah memulakan Program Perintis Tahfiz Kerajaan Johor (sepenuh masa) dengan 15 orang pelajar cemerlang lepasan UPSR.Pada Tahun 2009 15 orang lagi pelajar menyertainya.Pelajar-pelajar ini menumpang di Maahad Johor.Menurut maklumat daripada ibubapa yang terlibat mereka melahirkan rasa tidak puas hati kerana tiada guru khusus mengajar matapelajaran akademik dan mereka akan menduduki peperiksaan SPM nanti tanpa persediaan rapi.Perancangan masa hadapan mereka pun agak samar menyebabkan ada ibubapa yang mengeluarkan anak mereka dari program ini.

Perancangan yang terpuji ini perlu diberi perhatian tetapi agak terkebelakang kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah lama mengadakan Sekolah Menengah Sains Tahfiz di mana akan lahir ahli sains dan profesional yang hafal al Quran.

YB Dato Speaker,

Sekim Wakaf Kitab Sekolah Agama Kerajaan Johor:

Skim ini iperkenalkan untuk membantu terutama ibubapa yang berpendapatan kurang daripada RM750.00 sebulan.Ia merangkumi pelajar dari TAJ hingga Darjah 6 dan Darjah Khas.Oleh kerana skim ini merupakan buku pinjaman saya mencadangkan supaya peruntukan diberi sepenuhmya supaya semua pelajar sekolah agama diberi pinjaman kitab.Jika pelajar sekolah kebangsaan mendapat pinjaman buku teks percuma mengapa tidak pelajar sekolah agama?
Saya kagum dengan YB Pekan Nenas yang menyokong skim ini.Tahniah.YB Skudai juga ada menyumbang sebuah komputer ke sebuah sekolah agama di kawasanya - satu perkembangan yang sangat baik.

Pinjaman dan Biasiswa Untuk Pelajar Mengikuti Pengajian Agama dan Kursus Kritikal/Profesional:

Tahniah kepada MAIJ  yang menyediakan pinjaman untuk pelajar tersebut.Bidang Perubatan,Farmasi dan Dentistri adalah bidang yang sangat penting dan masih kekurangan di negara ini.Kos pengajian di Mesir umpamanya adalah lebih murah  daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Saya cadangkan MAIJ menaja semua pelajar Johor yang bercadang melaanjutkan pelajaran dan yang telah mendapat tempat di sana.

Saya difahamkan ada syarikat swasta yang telah berjaya menghantar pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia mengikuti kursus kritikal di sebuah Universiti di Mesir,seramai lebih 300 orang.Ini merupakan satu sumbangan yang sangat besar kerana apabila mereka berjaya pulang dalam masa 4 hingga 6 tahun yang akan datang bermakna 300 lebih graduan yang kalau di Universiti Tempatan menyamai hampir  2 buah Universiti.Majlis Agama Islam Johor patut sokong dan beri bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Walau bagaimanapun Kerajaan hendaklah mewujudkan semula biasiswa  pendidikan untuk mereka yang layak terutama kepada pelajar golongan berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa dan agama bagi rakyat negeri Johor.Bagi mereka yang beragama Islam duit zakat bolehlah lah digunakan untuk menampung pengajian mereka samaada di dalam atau di luar negara.


YB Dato Speaker,

Saya mengalu-alukan rancangan Kerajaan Johor membina 121 buah Sekolah Agama untuk mempertingkatkan modal insan negeri Johor. Oleh itu Kerajaan Negeri juga patut menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi memperbaiki dan membina kemudahan tambahan bagi Sekolah Agama Rakyat,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.Beri mereka kail bukan ikan dengan memberi tapak sekolah yang mencukupi untuk mereka mengusahakan aktiviti seperti pertanian yang boleh menjana pendapatan yang berterusan.


YB Dato  Speaker,

Bajet 2010 nampaknya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada nasib komuniti NELAYAN negeri ini.Ada disebut mngenai industri ikan hiasan sedangkan industri ini membekalkan sumber protein kepada rakyat.

Nelayan memerlukan jeti yang sesuai dan tidak mudah roboh.Saya mendengar kelohan nelayan di Kuala Sungai Muar yang merasa kecewa kerana jeti yang dijanjikan pembinaannya masih belum dibina walaupun proses mengukur dll telah dibuat.Pendapatan mereka juga terjejas akibat aktiviti mengangkut pasir dari hulu Sungai Muar yang menyebabkan pukat dan jaring mereka dilanggar oleh kapal pengangkut pasir.

Jawapan YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian da Industri Asas Tani:

YB Dato Speaker,Yang Berhormat daripada Maharani telah membangkitkan pengangkutan pasir dari Ulu Sungai muar telah menyebabkan pukat nelayan rosak.Untuk makluman YB,terdapat sebuah syarikat yang menggunakan Sungai Muar untuk mengangkut plankton dari tapak kuari di Pagoh.Syarikat tersebut KCC Industries (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di 93,Jalan Hashim,Muar.Pada tahun 2008 terdapat satu aduan kerosakan jaring yang dilanggar dan telah dibayar pampasan RM1,500.00.Manakala tahun 2009 terdapat 2 aduan kerosakan jaring dan Syarikat tersebut telah membayar sebanyak RM700.00 kepada pengadu.Pihak Syarikat ada mendepositkan wang RM10,000.00 di Persatuan Nelayan Kawasan muar untuk tujuan pembayaran pampasan.Ini menunjukkan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan mendahulukan rakyat khususnya nelayan dengan mengambil kira kemungkinan perkara yang di luar jangkaan.

 
Saya mencadangkan supaya Koperasi dan Persatuan Nelayan diperkasa dan diberi kemudahan pinjaman mudah supaya mereka tidakterjebak dengan injaman Along.Peralatan dan kelengkapan menangkap ikan yang secukupnya bolehlah dibeli melalui koperasi atau persatuan.

Nelayan sepatutnya diberi latihan dan bantuan untuk membuat kerja sampingan seperti menternak ikan air tawar atau udang dan membuat bot sebagai menghadapi musim tengkujuh.Ada  disebut bantuan mesin jahit tetapi malang sungguh nasib mereka bantuan enjin dan bot yang diluluskan MAIJ dibekukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.


YB Dato Speaker,

Lagi berkenaan MAIJ.Seorang fakir yang mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM250.00 sebulan mendapati bantuannya terhenti selepas setahun.Apabila beliau ingin mengambil bantuannya di Pejabat Agama Daerah barulah beliau diberitahu mengenainya.Menurut surat daripada MAIJ (bhg Zakat,Baitulmal dan Wakaf) kepada Pegawai Tadbir Daerah,pihak Pegawai Tadbir Daerah dikehendakki memaklumkan laporan terbaru bagi tahun berikutnya selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tempoh bantuan itu tamat.Ini menunjukkan ketidakcekapan pihak pengurusan yang menyebabkan fakir ini menunggu sehingga 3 bulan lagi untuk mendapatbantuan jika diluluskan.

Jawapan YB Dato Pengerusi JK Agama:

YB Dato Speaker,menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di kawasa yang sama (Maharani) berkenaan dengan dasar pemberian bantuan MAIJ.Dasar pemberian bantuan MAIJ adalah untuk satu tahun ke satu tahun.Penyambungan bantuan akan di buat berdasarkan siasatan dan penilaian semula yang di buat di peringkat daerah.Perkara ini memang telah dimaklumkan kepada semua penerima bantuan semasa mereka menerima bantuan bagi kali pertamanya dari Majlis.Mereka juga telah diberi peringatan bahawa mereka hendaklah memohon untuk menyambung semula bantuan ini selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tamat tempoh tamat bantuan.
Bagi memperkemaskan lagi pengurusan bantuan zakat  ini,MAIJ sedang dalam  proses membangunkan sistem pengurusan zakat berkomputer iaitu e-Agihan yang dapat membantu melicinkan lagi proahun hadapanses kelulusan bantuan zakat dan penyambungan bantuan hidup.Ia dijangkakan akan mula digunakan pada tahun hadapan.


YB Dato Speaker,

Gejala Sosial:

Remaja adalah aset negara.Mutakhir ini masalah sosial dalam masyarakat terutama peringkat remaja bertambah parah.Jenayah curi motosikal,merempit,meragut,mencabul,sumbang mahram,pecah rumah semakin menjadi-jadi.

Dicadangkan supaya peruntukan yang secukupnya diberi kepada badan-badan NGO,Dakwah,Kebajikan dan Sosial untuk menganjurkan program motivasi dan pembinaan jatidiri Bnagsa Malaysia yang ampuh dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir naegatif.

Pelajar peringkat menengah sekarang terdedah dengan kemudahan komunikasi dan internet yang merosakkan jika disalahguna.Maklumat daripada Unit-Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Johor menunjukkan peningkatan gejala sosial yang mengerunkan sehinggakan sebuah NGO menganjurkan 'Kempen Jauhi Zina'.


YB Dato Speaker,

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):

Saya berkesempatan melawat PDK dalam kawasan saya baru-baru ini sambil memberi sedikit sumbangan.Saya difahamkan ia dibawah tadbir Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JUWITA.Tempat sesuai,peserta melebihi 60 orang dengan seorang penyelia dan 6 orang petugas.Apa yang mengejutkan saya AJKnya terpaksa mencari sumbangan orang ramai untuk menampung belanja makan pagi kerana bayaran bulanan dikenakan cuma RM15.00 sebulan,tidak mencukupi.Kami AJK PASTI  biasa memberi sumbangan makan untuk kanak-kanak di sana kerana itu khidmat sukarela kami.

Di PDK Tun Aminah ,kawasan rakan saya YB Skudai lain pula ceritanya.Petugas tidak mencukupi,kemudahan asas kurang sehingga ada peserta hanya boleh datang seminggu sekali sahaja.Ini perlu diperhatikan di semua PDK supaya golongan kurang upaya ini  tidak terpingir dari arus perubahan.

Jawapan YB Pengerusi JK Kebajikan Masyarakat:(YB Dr Robia Dato Kosai)


ADUN Kawasan Maharani telah menyentuh berhubung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.Bagi PDK Maharani,peruntukan sebanyak RM236,696.00 bagi Tahun 2009 telah diagihkan.Peruntukan diagihkan untuk pembayaran elaun petugas,elaun pelatih di rumah dan di pusat,pembayaran sewa bangunan,pembayaran utiliti dan pembayaran ntuk menjalankan program dan aktiviti.Setiap pelatih pula menerima RM150.00 bagi pelatih dikelas itu dan dia hadir hanya 8 hari sahaja sudah mencukupi untuk sebulan.RM50.00 bagi pelatih yang berada di rumah.Manakala penetapan bagi bayaran atau yuran,termasuk keperluan minuman pagi pelatih setiap hari ditentukan oleh Jawatankuasa PDK berkenaan.Dengan perseujuan ibubapa perjalanan dan pengurusan PDK adalah melalui Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh isteri ADUN Barisan Nasional dan JPMM,dan ini selaras dengan Program Smart Partnership dengan JUWITA. 
Yang Berhormat sebagai tak ada pulak ni.,pembangkang sebagai Wakil Rakyat memanglah layak PDK itu memohon sumbangan daripada Yang Berhormat.  


YB Dato Speaker,

Pihak Berkuasa Tempatan dan JPS:

Saya ingin menyentuh tentang kawasan saya di Muar.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar dan Jabatan Pengairan dan Saliran yang proaktif menangani masalah banjir di daerah Muar.Kita lihat parit di kawasan kampong digali untuk menghadapi kemungkinan  dan mengelak banjir.Jalan-jalan nyang dahulunya mendap telah  diperbaiki.Perparitan di kawasan bandar juga dinaik taraf dengan membina parit konkrete.Sedikit masalah dari segi mutu kerja membuat parit ini yang tidak mematuhi spesikasi.Didapati parit konkrete sebahagiannya terlalu rendah dan tidak separas dengan bahu jalan.Ini menyebabkan tanah masuk semula ke dalam parit menyebabkan parit ini cetek semula.Bahu jalan di parit ini juga tidak diratakan dengan sempurna.

Jawapan YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,KerajaanTempatan,Kerja Raya dan Kemudahan Awam:

Dan berkenaan dengan parit-parit konkrete 'U' yang dibina sama ada ikut spek atau tidak,yang ditanyakan olehADUN yang sama (Maharani) ,ingin saya jelaskan bahawa semua kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Muar adalah di bawah pemantauan sistem yang telah ditetapkan dan semestinya semua kerja-kerja hendaklah mengikut spek yang telah ditentukan.Masalah berlaku apabila gradient parit yang berkaitan di bawah paras bahu jalan yang menyebabkan ia lebih rendah daripada ketinggian jalan.Dalam kes-kes seumpama ini,pemantauan yang berterusan hendaklah dijalankan bagi mengatasi  parit tersumbat oleh runtuhan tanah tebing.

Saya baru menerima aduan daripada seorang peniaga kedai makan semalam berkenaan kenaikan kadar bayaran Lesen Premis Perniagaan Kedai Makan Bagi Tahun 2010 (Premis Dalam Kawasan Bercukai Majlis). Notis pemberitahu daripada Majlis Perbandaran Muar bertarikh 23 November 2009 memaklumkan bahawa Mesyuarat Penuh MPM pada 30.01.2009 telah bersetuju bayaran lesen diselaraskan kepada RM254.00 setahun berkuatkuasa 1  Januari 2010. Tiada penerangan diberi mengapa  kadar dinaikkan daripada RM80.00 setahun sebelum ini ,sedangkan YB Dato Pengerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan dalam Persidangan yang lalu menyakin kami bahawa tiada cadangan menaikan cukai dalam masa terdekat walaupun MPM akan kehilangan lebih RM3 juta akibat kehilangan wilayahnya kepada Daerah Ledang.
Penjaja Kenderaan Bergerak juga sekarang bimbang bayaran lesen tahunan mereka sebanyak RM60.00 setahun akan turut menuingkat.

Dec 03, 2008 - 12:52 PM • (Laporan Sidang Dewan Negeri Johor Disember 2008)

Sidang DUN Johor: PBT tak naikkan cukai taksiran tahun depan

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun depan berikutan keadaan ekonomi yang kurang stabil, selain tidak mahu membebankan rakyat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kemudahan Awam dan Kerja Raya negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata PBT perlu mencari hasil bukan cukai lain bagi menampung perbelanjaan agensi berkenaan.
Beliau yang menjawab soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (Pas-Maharani) pada sidang Dewan Negeri Johor di sini, semalam berkata, aras cukai taksiran PBT di negeri ini hingga pertengahan tahun depan akan kekal.

 YB Dato Speaker,

Sebelum ini YB Bentayan ada mengajukan pertanyaan  tentang masalah  kemendapan tebing di kawasan Tanjong Emas Muar berhampiran jeti.Sepatutnya kerja-kerja pembaikpulih telah selesai kerana jawapan yang diberi  mengatakan peruntukan telah ada.Malangnya apabila semalam saya melawat  tempat tersebut semalam keadaannya bertambah teruk.Tindakan segera perlu diambil kerana tempat ini sering dikunjungi orang ramai tanpa menyedari keselamatan mereka tidak terjamin.Minta MPM/JPS selesaikan segera sebelum tragedi berlaku.

YB Dr Mohammad dan YB Gwee di Tg Emas Muar-lihat kemendapannya (dahulu)

Sekarang - masih mendap !


Benteng rosak


Keadaan di Tg Emas Muar pada lawatan bulan Ogos 2009 masih tidak berubah hari ini

 Lobang merbahaya ! Papan tanda 'Amaran' tidak bermakna.

Jawapan Pengerusi JK Perumahan,Kerajaan Tempatan,Kerja Raya dan Kemudahan Awam:

 YB Datuk Speaker,YB ADUN Maharani menanyakan tentang kemendapan kawasan di Tanjung Emas,Muar berhampiran jeti.Peruntukan ada,kerja baik pulih tidak dilakukan,katanya.Untuk makluman,kerja-kerja pemulihan  persisiran Tanjung Emas telah dilaksanakan,walau bagaimanapun kedudukan tebing sungai yang tidak rata itu, senget,telah dimaklumkan dan dalam pengetahuan pihak JPS untuk tindakan selanjutnya.

YB Dato Speaker,

Perumahan Rakyat:

Daripada kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak menunjukkan masih ramai lagi rakyat Johor yang tidak memiliki rumah sendiri khususnya mereka yang berpendapatan rendah.Prinsip 'Satu Keluarga Satu Rumah' sewajarnya ditegakkan untuk kestabilan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi.

Pembinaan perumahan kos rendah masih belum mencukupi bagi bandar-bandar utama di negeri Johor seperti Johor Bahru,Batu Pahat dan Kluang.Syarat 30% kuota rumah kos rendah yang dikenakan kepada Pemaju Perumahan Kerajaan hendaklah ditingkatkan penguatkuasaannya.Walaupun pembinaan rumah kos rendah tidak memberi keuntungan besar kepada pemaju tetapi ianya adalah merupakan 'Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)'.

Kerajaan negeri melalui JCorp dan KPRJ hendaklah menerajui pembinaan rumah kos rendah dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Rakyat (LPR) bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah.Tindakan ini adalah wajar kerana JCorp  dan KPRJ pada kebiasaannya diberikan sumber tanah pada paling minima oleh kerajaan negeri.

Kerajaan hendaklah memastikan pembinaan 'Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)'  (RM25,00 - RM80,000 seunit) dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2008, hanya 6 daripada 13 projek PAKR yang dapat disiapkan dalam RMK-8.Baki 7 projek PAKR dibina dalam RM-9 sedangkan 9 projek PAKR dalam RMK-9 masih belum dilaksanakan.Kelewatan ini akan melambatkan proses untuk mencapai 'Satu Keluarga Satu Rumah'.

Usaha Kerajaan untuk mencapai sasaran bebas setinggan menjelang 2010 dengan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara besar-besaran dengan melibatkan Jabatan Perumahan Negara (JPN) sewajarnya dilaksanakan seperti yang dijanji.Setakat ini sebanyak 6,712 unit rumah PPR  telah dibina.Mengikut statistik masih terdapat lebih kurang 16,000 keluarga setinggan di daerah Johor Bahru.Malangnya konsep yang digunakan hanyalah berbentuk sewaan sahaja pada kadar RM124 sebulan.Adalah dicadangkan supaya perumahan PPR ini dijual kepada penduduk setingan melalui skim 'sewa-beli'.

Di Negeri Johor terdapat lebih 40 Kg Baru Cina atau 30,000 keluarga yang telah diduduki sebelum merdeka lagi.Pada masa ini hakmilik tanah yang diberikan adalahberbentuk pajakan 30,60 atau 99 tahun.Adalah dicadangkan supaya hakmilik pegangan kekal (freehold ) atau pajakan 99 tahun diberikan kepada mereka.

Kerajaan Negeri hendaklah menguniakan hakmilik kekal atau pajakan 99 tahun kepada penempatan Melayu dan India di bandar-bandar utama di Negeri Johor bagi memastikan bahawa penempatan Melayu dan India akan terus wujud di bandar-bandar utama.Pembangunan  banyak dilakukan di kawasan-kawasan bandar dan kita tidak mahu mereka terpinggir daripada arus pembangunan.
Laporan Sidang Dewan Negeri Johor - Utusan Malaysia 9 Disember 2009:

40 Kampung Baru Cina bukan hak milik kekal - Ghani

NUSAJAYA 8 Dis. - Kerajaan negeri tidak akan memberi hak milik kekal kepada 30,000 buah keluarga di 40 buah Kampung Baru Cina yang diduduki sejak sebelum merdeka.
Sebaliknya, kerajaan hanya mampu memberikan hak milik dalam bentuk pajakan dan bukan hak milik kekal atau geran.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, hak milik berstatus pajakan dapat memberi keuntungan kepada kerajaan negeri dan rakyat.
Secara tidak langsung, katanya, penyambungan pajakan hak milik tanah berkenaan membolehkan kerajaan negeri menerima hasil daripada premium yang akan dibayar.
"Kerajaan menggunakan hasil premium tersebut untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
"Walaupun penduduk membayar pajakan untuk tempoh yang ditetapkan tetapi ia seolah-olah satu hakmilik yang tempohnya adalah selama-lamanya," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Muhamad Taslim (Pas - Maharani) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sementara itu, Ghani berkata, terdapat 85 Kampung Baru Cina dengan plot sebanyak 22,270 di mana kesemua plot berkenaan dikeluarkan hak milik dengan pajakan 21 tahun dan sudah tamat tempoh pajakannya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 19,429 dikeluarkan hak milik dengan pajakan 60 atau 99 tahun.
Menurutnya, baki sebanyak 2,841 plot belum ada permohonan daripada pemilik asal atau waris manakala 781 plot sudah membuat permohonan di pejabat tanah berkenaan.
"Kerajaan negeri menerusi pekeliling bertarikh 14 September 1999 bersetuju mengurniakan tanah di kampung-kampung baru dengan tempoh pajakan 21 tahun.
"Bagi permohonan memperbaharui tempoh pajakan, pemohon diberi pilihan untuk tempoh 60 atau 90 tahun," katanya.
Katanya, keputusan itu adalah untuk permohonan memperbaharui tempoh pajakan di Kampung Baru Cina, Kampung Melayu dan Kampung Baru India.
Ghani berkata, bagi Kampung Melayu Majidee, Kampung Kurnia dan Kampung Nesa, tempoh pajakan adalah 60 dan 99 tahun mengikut pilihan pemohon.
Beliau berkata, semua hak milik didaftarkan adalah berstatus pajakan dan tempohnya 21 tahun, 60 tahun dan 99 tahun berdasar Seksyen 76 Kanun Tanah 1965.
"Kategori hak milik yang berstatus pajakan berkenaan termasuk tapak rumah, tapak industri, tanah pertanian atau tanah bagi kampung baru.
"Pajakan boleh disambung secara automatik tertakluk pada permohonan oleh tuan tanah sebelum tamat tempoh pajakan dengan syarat bahawa tanah berkenaan tidak diperlukan oleh kerajaan," katanya.


Kerajaan Negeri Tidak Akan Serah Hak Milik Kekal Tanah


Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni   
Khamis, 10 Disember 2009 16:23 | 224 hits
KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri tidak akan memberikan status hak milik kekal atau geran tanah kepada penduduk di negeri ini seperti yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri (Pas-Maharani), Dr. Muhamad Taslim.
 
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana ia akan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri yang hanya bergantung kepada pendapatan cukai dan premium tanah sahaja.

“Jika Kerajaan Negeri memberikan hak milik tanah kekal, ia tidak adil kepada generasi serta kerajaan akan datang kerana mereka akan kehilangan sumber hasil untuk mentadbir dan membangunkan Johor.

“Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri akan mempertahankan sumber hasil agar dapat menampung kos pentadbiran dan pembangunan negeri,” katanya ketika sesi penggulungan pada sidang dewan di sini, baru-baru ini.

Mengenai tempoh pajakan, beliau berkata bahawa 60 atau 99 tahun yang diberikan adalah adil, sementara pembaharuannya pula mengikut pilihan pemohon sendiri.

YB Dato Speaker,

Dengan ini saya menyokong usul YB Senggarang dengan tambahan perkara-perkara yang saya bahaskan.

Wabillahi taufik walhidayah,wassalamualaikum wbkth.





























Read More

MENARA JAM MAHARANI MUAR




SOALAN OLEH YB GWEE TONG HIANG DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR JUN 2009:

Soalan 14 (A116)

MPM akan mengecat semula Menara Jam, Laman Maharani, Muar yang dibina pada Julai 2007 yang telah dibina dengan kos sebanyak RM1.6 juta, berapakah perbelanjaan untuk kerja-kerja mengecat semula menara tersebut, mengapakah cat yang digunakan pada masa itu hanya dapat berdaya tahan selama 2 tahun sahaja?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat semula bangunan-bangunan sedia ada seperti kedai-kedai lama di sekitar Padang Nyiru termasuk di Menara Jam, Laman Maharani. Kerja-kerja tersebut yang menelan belanja RM150,000.00 (peruntukan Kementerian Pelancongan Malaysia) dilaksanakan oleh kontraktor Pembinaan Suai Jaya.

Warna bangunan tersebut diubah bertujuan menukar imej daerah Muar dengan menambahkan lagi keceriaan dan pengindahan bersesuaian dengan lokasinya sebagai pintu masuk ke Bandar Maharani.




Read More

PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (BAJET 2010) - Mata Pelajaran Sejarah,Pendidikan Prasekolah,Biasiswa


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor (2010) oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Pelajaran dan Pengajian Tinggi,YB Dato' Maulizan Bujang pada hari Jumaat, 4 Disember 2009:

1. Mata Pelajaran Sejarah:

Kementerian Pelajaran sedang dalam perancangan untuk melaksanakan mata pelajaran Sejarah di peringkat Sekolah Rendah mulai tahun hadapan untuk murid-murid Tahap 2 iaitu  Tahun 4,5 dan 6.Sistem terdahulu juga telah menerapkan unsur-unsur Sejarah dalam kurukulum iaitu diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tetapi tidak mendalam.

2. Pendidikan Prasekolah:

Mukai 1 Januari 2010,Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah memperkenalkan kurikulum baru yang dipanggil Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Bahagian Pengembangan Kurikulum sedang menjalankan kursus KSPK kepada semua guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara yang berjumlah 7,195 orang.Di Negeri Johor melibatkan seramai 791 orang guru.Tujuan Kurikulum ini adalah untuk menarikperhatian dan pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke kelas-kelas sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Undang-undang di bawah Akta Pendidikan 1996, menetapkan kewajipan bagi tadika swasta untuk berdaftar dan menggunakankurikulum prasekolah kebangsaan yang ditetapkan.berhubung dengan strategi atau kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran di tadika swasta, ianya adalah tertakluk kepada keupayaan tenaga pengajar masing-masing dalam melaksanakan pendidikan.

3. Biasiswa:

Pada Tahun 2008 sejumlah 31,074 orang murid menerima Biasiswa Kecil Persekutuan di Negeri Johor bernilai RM25,239,050.00.
Pada Tahun 2009 seramai 33,828 orang murid menerima Biasiswa Kecil Persekutuan  dengan nilai RM27,478,700.00.

Pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah ini adalah  untuk semua murid yang difikir layak menerimanya tanpa mengira agama,kaum malah fahaman politik.

Dalam ucapan Belanjawan 2010 oleh YAB Menteri Besar Johor,Yayasan Johor akan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT.Mengikut sejarah kerajaan Negeri telah memberi biasiswa dan dermasiswa sehingga Tahu 1983.Apabila YPJ diperbadankan pada tahun 1984,pemberian biasiswa ke IPT diberhentikan kecuali Biasiswa Kenangan Dato' Onn (BKDO) dan pemberian pinjaman serta 45% bayaran perkhidmatan.Penerima pinjaman ini akan diberi pengurangan bayaran sebanyak 50% sekiranya pelajar mendapat CGPA 3.75 ke atas dan pengurangan 25% sekiranya pelajar  mendapat CGPA 3.2 ke atas.Sementara mereka yang pernah menjadi penerima BKDO yang terus membuat pinjaman pelajaran YPJ ke IPT akan membayar hanya 25% daripada jumlah pinjaman mereka.
Sejak PTPTN ditubuhkan pada tahun 1996,pelajar tidak lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman kecuali kadar pinjaman yang berbeza mengikut pendapatan keluarga.

YPJ akan memberikan  biasiswa kepada pelajar IPTA dan IPTS dan kadar biasiswa tersebut akan diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga YPJ tidak lama lagi.Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus-kursus peringkat ijazah,sarjana dan kedoktoran  dalam bidang terpili di IPT seperti berikut:
Perubatan, Pergigian, Farmaasi, Juruterbang, Jurutera Kapal Terbang, Juruteknik Kapal Terbang, Bahasa dan Linguistik, Perdagangan, Perakaunan, Perundangan, Ukur Bahan, Arkitek, Ekonomi dan Pentadbiran, Maritim, Sains Tulen, Kejuruteraan dan  kursus-kursus profesional seperti ACCA.
Peruntukan yang YPJ sediakan untuk pemberian biasiswa IPT ini adalah sebanyak RM1 juta,untuk lebihkurang 64 orang.
YPJ juga akan meneruskan pemberian BKDO dengan anggaran RM1.2 juta kepada pelajar sekolah menengah setiap tahun.
YPJ mulai tahun hadapan akan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak berpandukan kepada Pengkalan Data e-Kasih,
yang akan mengikuti kursus ijazah sebanyak RM 1,000.00,
                                        diploma sebanyak RM800.00,
                                        sijil sebanyak RM500.00

Perbadanan Islam Johor juga ada menyediakan peruntukan sebanyak RM700.00 untuk kursus ijazah, dan RM500.00 untuk kursus diploma.

Majlis Agama Islam juga ada memperuntukkan bantuan segera untuk pendaftaran ke IPT bagi keluarga miskin.







Read More

ISU ELAUN IMAM,BILAL DAN NOJA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR DALAM DEWAN NEGERI JOHOR



 Bangunan Dewan Negeri Johor,Kota Iskandar

SOALAN LISAN YB AYUB RAHMAT (ADUN KEMELAH) DAN YB DR MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI)


YB Ayub Rahmat (ADUN Kemelah) bertanya dalam Dewan Negeri  Johor pada 30 November 2009 : 'Adakah terdapat cadangan untuk menaikkan elaun bilal dan noja seluruh Negeri Johor agar kebajikan mereka terjaga?'

Jawapan YB Pengerusi Jawatankuasa Agama:

Terdapat 1,741 bilal dan 792 noja yang berkhidmat di masjid dan surau seluruh Negeri Johor. 
Kerajan memberi elaun untuk bilal surau  RM20.00 sebulan dan noja sebanyak RM30.00 sebulan.Elaun ini dalah sebagai saguhati kepada pegawai-pegawai masjid dan surau dan ini bukan nya gaji bulanan.

Kerajaan Johor membelanjakan sebanyak RM417,840.00 setahun untuk elaun bilal surau,
RM1,045,000.00  setahun untuk elaun imam surau,
RM285,120.00 setahun untuk elaun noja masjid.
Jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM1,747,960.00 setahun.
 Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Agama  Kerajaan menyedari jumlah ini terlalu kecil dan akan dinaikkan (bila?)


YB Maharani,Kemelah dan Tenang menyokong kenaikan elaun bilal dan noja yang terlalu rendah.


YB Pengerusi JK Agama berhujah walaupun elaun tersebut nampak sedikit,Kerajaan membelanjakan RM1.7 juta setahun.Mana yang lebih baik kita dapat sedikit daripada terus tak dapat,tanya beliau.Dia ada implikasi kewangaan yang terpaksa Kerajaan tanggung,

Apabila YB Dato' Speaker  mencelah mengatakan 'Duit zakat kan banyak?' beliau mengatakan kerajaan peka dalam hal ini dan ia dalam perhatian kerajaan.


 YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)  pula bertanya pada  25 November 2009: 'Adakah elaun Imam  dan Bilal untuk surau seluruh Johor telah dibayar? Mengapa masih ada sebilangan imam dan bilal yang mengadu masih belum menerimanya.Apakah faktor menyebabkan mereka tidak layak menerima elaun berkenaan.


JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pada keseluruhannya,pembayaran elaun imam dan bilal untuk surau telah dilaksanakan namun demikian ada di kalangan mereka yang belum menerima elaun dsbabkan faktor-faktor berikut iaitu:
 i)   akaun bank telah ditutup,
 ii)  akaun bank telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia,
 iii) kesilapan nombor kad pengenalan,
 iv) kesilapan nombor akaun.


YB Dr Mohammad Taslim (Maharani)  membangkitkan masalah elaun yang belum dilunaskan sehingga kini dan pembayaran melalui akaun Bank Simpanan Nasional dan kemudian ditukar ke bank lain yang menimbulkan masalah kepada imam,bilal dan noja.
 

YB Pengerusi JK Agama menjawab:

Beliau mengakui masalah timbul apabila berlaku pertukaran daripada BSN kepada Bank Rakyat dan sebagainya.Walau bagaimanpun pada keseluruhannya elaun-elaun telah selesai dibayar.Masalah timbul apabila berlaku kesilapan teknikal seperti kesilapan nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank.Untuk mengatasi masalah ini mereka dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan dan muka depan buku akaun mereka.

Walau bagaimanapun akhbar Berita Harian pada hari Rabu 2 Disember 2009 melaporkan bahawa lebih 500 petugas (imam dan bilal masjid dan surau)  seluruh daerah Muar baru menerima cek elaun mereka untuk bulan Januari hingga Jun 2009 di Pejabat Agama Muar.Cek mereka bertarikh 15 November 2009.Menurut seorang bilal surau sebelum ini elaunnya dibayar melalui Bank Simpanan Nasional tetapi pihak jabatan mengarahkan pegawai masjid dan surau membuka akaun di Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada awal tahun ini.Selepas mereka membuka akaun di Maybank tiba-tiba pihak jabatan membayar elaun menggunakan cek.Ini menimbulkan masalah kepada mereka yang lanjut usia serta tinggal jauh dari pusat bandar.Dengan jumlah elaun yang tidak sebanyak mana,mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambang bas dan teksi,keluh mereka.







Read More