SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2010) PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 MULAI PADA 19 NOVEMBER HINGGA 8 DISEMBER 2009


http://farm4.static.flickr.com/3535/3241116898_a26b3cdfa0_b.jpg
Bangunan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar


SOALN A185:

Berapa ramai penerima pinjaman Tekun mengikut daerahpada tahun ini sehingga November 2009 dan berapa jumlah pinjaman dan jumlah pembayaran balik yang ditetapkan.

Jawapan YB Datuk Hj Maulizan b Bujang:

TEKUN Nasional yang ditubuhkan pada 9 November 1998 adalah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  (MOA) yang melaksanakan program Tabung Ekonomi Kumpulan usaha Niaga (TEKUN).Program ini diwujudkan bagi membantu usahawan kecil yang ingin memula dan meningkatkan perniagaan melalui pembiayaan peniagaan dan khidmat sokongan.

Sehingga 31 Oktober 2009, TEKUN Nasional telah mengeluarkan 191,192 pembiayaan bernilai RM 1.41 bilion kepada 153,102 usahawan di seluruh negara.Daripada jumlah tersebut sebanyak 21,662 pembiayaan berjumlah RM 178.29 juta telah dikeluarkan kepada usahawan-usahawan di negeri Johor.


Bagi tahun 2009,sehingga 31 Oktober,sejumlah 26,900 pembiayaan bernilai RM276.97 juta telah diluluskan di seluruh negara termasuk negeri Johor di mana 2,916 pembiayaan bernilai RM35.73 juta telah dikeluarkan.

Bagi pembayaran balik pembiayaan,usahawan boleh membuat bayaran balik secara mingguan atau bulanan.TEKUN menyediakan pelbagai kaedah untuk bayaran balik pembiayaanitu melalui kutipan di premis perniagaan,Pejabat TEKUN Kawasan,Business Centre,bayaran melalui Bank Rakyat,BSN atau cek tertunda tarikh.Bayaran balik yang dibuat adalah termasuk caj perkhidmatan dan simpanan.Kadar caj perkhidmatan adalah 4% setahun dan simpanan pada kadar 5% setahun daripada jumlah pembiayaan.




SOALAN A186:

Mengapakah parti-parti politik selain BN dan NGO tertentu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan awam seperti Dewan Orangramai,Dewan Sekolah,Padang sekolah dan sebagainya.Apakah syarat untuk menggunakanya dan peraturan atau undang-undang mana yang digunakan oleh pihak bertanggungjawab menolak permohonan mereka.

JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR

Pengguanaan semua lokasi yang dimaksudkan adalah tertakluk kepada pemilik dan pihak yang berkuasa ke atas lokasi tersebut.Sebarang permohonan untuk menggunakannya hendaklah diajukan kepada pihak terlibat itu sendiri. Syarat-syarat dan sebarang kelulusan adalah ditentukan oleh pemilik atau pihak berkuasa ke atas premis itu sendiri. 



SOALAN  A187:

Adakah elaun Imam dan Bilal untuk surau seluruh Johor telah dibayar untu tempoh sehingga Jun 2009? Mengapa masih ada sebilangan Imam dan Bilal yang mengadu masih belum menerimanya.apakah faktor menyebabkan mereka tidak layak menerima elaun berkenaan.

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pada keseluruhannya,pembayaran elaun imam dan bilal untuk surau telah dilaksanakan namun demikian masih ada di kalangan mereka yang belum menerima elaun disebabkan faktor-faktor berikut:
i)   akaun bank telah ditutup
ii)  akaun bank telah disenaraihitamkan oleh Bnak Negara Malaysia ,
iii) kesilapan nombor kad pengenalan,
iv) kesilapan nombor akaun.



SOALAN A188:

Berapa jumlah air yang dibeli dari Singapura dan kenapa Malaysia tidak menamatkan perjanjian membeli air daripada Singapura sedangkan Syarikat Air Johor (SAJ) telah dilantik untuk membekalkan air bersih keseluruh Negeri Johor?

LIHAT JAWAPAN DALAM SOALAN BERTULIS.









0