SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2010) PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 MULAI PADA 19 NOVEMBER 2009 HINGGA 8 DISEMBER 2009


 

 
Di dalam Dewan Negeri Johor,Kota Iskandar 
(Pandangan dari Galeri Orang Ramai)


PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR - 19 NOVEMBER 2009 - 8 DISEMBER 2009

SOALAN B96:

Cadangan Pembangunan Bercampur Pesisiran Pantai Tanjung Ketapang Mukim Maharani dan Mukim Bandar daerah Muar telah diluluskan,rujukan UPEN (SWT) (PDG) 7-23.Apakah status projek ini dan sila beri maklumat mengenai perkembangannya yang terkini?

JAWAPAN:

Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran pantai Tanjung Ketapang,Muar dan pada ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membnagunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar.

SOALAN B97:

5 jeti runtuh di Sungai Muar dalam tempoh tidak sampai dua tahun,terkini jeti di Pekan Pagoh - Jeti Kampung Kolam dekat Serom,Jeti Kampung Pengkalan kota Bukit Serampang.Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak bertanggungjawab sama ada pemaju atau jabatan berkaitan,minta penjelasan.

JAWAPAN

Kejadian jeti runtuh yang berlaku di sepanjang Sungai Muar semenjak 2 tahun kebelakangan  ini (2008 hingga 2009) adalah melibatkan 4 buah jeti iaitu 4 di Pekan Panchor, 1 di Kampung Kolam,Serom dan 1 di Kampung Pengkalan Kota,Bukit Serampang.

Pada keseluruhannya lokasi kejadian yang terlibat mengalami masalah mendapan tanah apabila kawasan ini dibangunkan untuk pembinaan jeti.Ini adalah disebabkan oleh kegagalan struktur tanah di kawasan tebing sungai yang mengalami masalah mendapan dan gelunsuran setelah jeti siap dibina.Tiang sokongan jeti mengalami kegagalan dan tumbang disebabkan oleh tekanan tanah yang mengelunsur ke arah ke arah keseluruhan jeti.Tekanan dan beban kenan dari arah sisi jeti telah menyebabkan jeti condong,senget dan akhirnya tumbang disebabkan oleh tekanan sisi yang berterusan serta gelunsuran/mendapan tanah yang berlaku.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak IKRAM juga mendapati faktor utama kejadian  jeti runtuh yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan tebing untuk menanggung beban kenaan dan struktur tanah yang tidak stabil yang telah dikesan di sepanjang Sungai Muar.Kajian oleh pihak IKRAM dengan membuat borelog di 4 lokasi di kawasan kejadian menunjukkan tanah sediada mempunyai struktur yang yang sangat lemara kasar iaitu sepanjang 24an secah (very soft marine clay) dicatat sehingga 15-30 meter di dalam tanah.Walau bagaimanapun,oleh sebab kekangan masa dan peruntukan pihak jabatan tidak ada membuat kajian tanah dan kedalaman cerucuk yang diperlukan hanya dibuat   anggaran secara kasar iaitu sepanjang 24m.

Bagi mengatasi kejadian jeti runtuh supaya tidak berulang,  kajian tanah dan kesesuaian lokasi akan diutamakan serta diambil kira terlebih dahulu supaya masalah ini tidak berlaku lagi.

SOALAN B98:

Ada laporan daripada penduduk taman-taman perumahan mengenai lori-lori SWM yang menekan sampah ketika memungut sampah di tanman-taman mengakibatkan airnya jatuh ke atas jalan dan menyebabkan pencemaran bau.Minta penjelasan daripada pihak berkenaan agar ianya dapat dielakkan.

JAWAPAN

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasan memeantau prestasi kerja SWM bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah pada tahap baik serta memuaskan.Notis Peringatan (NTC) dan tindakan pemotongan ke atas bayaran kepada syarikat tersebut akan dibuat sekiranya banyak aduan awam tentang kegagalan SWM memberikanperkhidmatan yang sepatutnya.

Bermula dari tempoh interim sehinga sekarang pihak SWM telah membelanjakan sejumlah RM17.92 juta secara berperingkat-peringkat termasuk pembelian lori kompaktor bagi menampung kerja-kerja pengurusan sisa pepejal selaras dengan pertambahan kawasan-kawasan baru dan keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.Namun begitu, kenderaan-kenderaan yang melebihi usia yang diambil alih daripada Pihak Berkuasa Tempatan semasa peralihan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal masih lagi digunakan.Walau bagaimanapun, lori kompaktor berkenaan telah telah dipasangdengan tangki air lelehan sampah (leachate tank) yang mampu menampung sehingga 400 liter isipadu air leachate .Dalam pada itu,pihak SWM mendapati purata 90% sampah yang dibungkus oleh isi rumah bercampur sisa basah.Justeru itu,SWM berharap agar penduduk-penduduk dapat memberi kerjasama supaya mengasingkan sisa-sisa buangan di peringkat awal agar isipadu air leachate dapat dikurangkan.Selain daripada itu,tong-tong sampah yang tidak bertutupjuga menyumbang kepada bertambahnya kandungan air di dalam bungkusan sampah akibat hari hujan.

Di dalam usaha memberikan keselesaan kepada rakyat,Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak SWM mengkaji segala masalah yang diadukan oleh penduduk bagi mencari alternatif terbaik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan dan seterusnya mencapai tahap kebersihan yang diharapkan oleh Kerajaan. 

SOALAN B99:

Permohonan tapak kediaman 250 anak peneroka FELDA Air Hitam,Kluang telah diluluskan dan bayaran Cukai Tanah,Premium,Ukur,pelan,batu sempadan telah dibuat sebanyak RM4,000.00 seorang.Kenapa sehingga sekarang lot kediaman tersebut belum diperolehi oleh mereka?

JAWAPAN

Sebelum geran hakmilik disediakan,tanah yang akan dikurniakan perlu ditentukan keluasannya.Pejabat Tanah Daerah Kluang telah mengemukakan permohonan k Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (JUPEM) bagi mengukur lot-lot tanah berkenaan.Kerja mengukur sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada akhir Disember 2009.Jumlah Lot yang ada 205 Lot dan bukannya 250 Lot.

 

SOALAN B100:

Berapa jumlah air yang dibeli dari Singapura dan kenapa Malaysia tidak menamatkan perjanjian membeli air daripada Singapura sedangkan Syarikat Air Johor (SAJ) telah dilantik untuk membekalkan air bersih ke seluruh Negeri Johor?

JAWAPAN

Jumlah air bersih yang dibeli daripada Singapura ialah kira-kira 30.7 juta gelen sehari (JGH) iaitu dibekalkan melalui Loji Rawatan Air Gunung Pulai,Loji Rawatan Air Skudai dan Loji Rawatan Air Sungai Johor (Tai Hong).Berdasarkan Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1982,kadar air bersih yang dibeli dari Singapura ialah 50sen/1000 gelen @ 11 sen /m3.

Bagaimanapun, kos purata merawat air oleh SAJ Holdings Sdn Bhd ialah 0.26 sen/m3 dan kos purata bagi membeli air bersih daripada Equiventures Sdn.  Bhd. (ESB) ialah 0.44 sen/m3.

Oleh itu kadar harga air bersih yang dibeli daripada Singapura adalah lebih rendah berbanding dengan kos purata merawat air oleh SAJH dan kos purata membeli air bersih daripada ESB. 














0