PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (BAJET 2010) - Mata Pelajaran Sejarah,Pendidikan Prasekolah,Biasiswa


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor (2010) oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Pelajaran dan Pengajian Tinggi,YB Dato' Maulizan Bujang pada hari Jumaat, 4 Disember 2009:

1. Mata Pelajaran Sejarah:

Kementerian Pelajaran sedang dalam perancangan untuk melaksanakan mata pelajaran Sejarah di peringkat Sekolah Rendah mulai tahun hadapan untuk murid-murid Tahap 2 iaitu  Tahun 4,5 dan 6.Sistem terdahulu juga telah menerapkan unsur-unsur Sejarah dalam kurukulum iaitu diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tetapi tidak mendalam.

2. Pendidikan Prasekolah:

Mukai 1 Januari 2010,Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah memperkenalkan kurikulum baru yang dipanggil Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Bahagian Pengembangan Kurikulum sedang menjalankan kursus KSPK kepada semua guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara yang berjumlah 7,195 orang.Di Negeri Johor melibatkan seramai 791 orang guru.Tujuan Kurikulum ini adalah untuk menarikperhatian dan pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke kelas-kelas sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Undang-undang di bawah Akta Pendidikan 1996, menetapkan kewajipan bagi tadika swasta untuk berdaftar dan menggunakankurikulum prasekolah kebangsaan yang ditetapkan.berhubung dengan strategi atau kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran di tadika swasta, ianya adalah tertakluk kepada keupayaan tenaga pengajar masing-masing dalam melaksanakan pendidikan.

3. Biasiswa:

Pada Tahun 2008 sejumlah 31,074 orang murid menerima Biasiswa Kecil Persekutuan di Negeri Johor bernilai RM25,239,050.00.
Pada Tahun 2009 seramai 33,828 orang murid menerima Biasiswa Kecil Persekutuan  dengan nilai RM27,478,700.00.

Pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah ini adalah  untuk semua murid yang difikir layak menerimanya tanpa mengira agama,kaum malah fahaman politik.

Dalam ucapan Belanjawan 2010 oleh YAB Menteri Besar Johor,Yayasan Johor akan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT.Mengikut sejarah kerajaan Negeri telah memberi biasiswa dan dermasiswa sehingga Tahu 1983.Apabila YPJ diperbadankan pada tahun 1984,pemberian biasiswa ke IPT diberhentikan kecuali Biasiswa Kenangan Dato' Onn (BKDO) dan pemberian pinjaman serta 45% bayaran perkhidmatan.Penerima pinjaman ini akan diberi pengurangan bayaran sebanyak 50% sekiranya pelajar mendapat CGPA 3.75 ke atas dan pengurangan 25% sekiranya pelajar  mendapat CGPA 3.2 ke atas.Sementara mereka yang pernah menjadi penerima BKDO yang terus membuat pinjaman pelajaran YPJ ke IPT akan membayar hanya 25% daripada jumlah pinjaman mereka.
Sejak PTPTN ditubuhkan pada tahun 1996,pelajar tidak lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman kecuali kadar pinjaman yang berbeza mengikut pendapatan keluarga.

YPJ akan memberikan  biasiswa kepada pelajar IPTA dan IPTS dan kadar biasiswa tersebut akan diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga YPJ tidak lama lagi.Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus-kursus peringkat ijazah,sarjana dan kedoktoran  dalam bidang terpili di IPT seperti berikut:
Perubatan, Pergigian, Farmaasi, Juruterbang, Jurutera Kapal Terbang, Juruteknik Kapal Terbang, Bahasa dan Linguistik, Perdagangan, Perakaunan, Perundangan, Ukur Bahan, Arkitek, Ekonomi dan Pentadbiran, Maritim, Sains Tulen, Kejuruteraan dan  kursus-kursus profesional seperti ACCA.
Peruntukan yang YPJ sediakan untuk pemberian biasiswa IPT ini adalah sebanyak RM1 juta,untuk lebihkurang 64 orang.
YPJ juga akan meneruskan pemberian BKDO dengan anggaran RM1.2 juta kepada pelajar sekolah menengah setiap tahun.
YPJ mulai tahun hadapan akan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak berpandukan kepada Pengkalan Data e-Kasih,
yang akan mengikuti kursus ijazah sebanyak RM 1,000.00,
                                        diploma sebanyak RM800.00,
                                        sijil sebanyak RM500.00

Perbadanan Islam Johor juga ada menyediakan peruntukan sebanyak RM700.00 untuk kursus ijazah, dan RM500.00 untuk kursus diploma.

Majlis Agama Islam juga ada memperuntukkan bantuan segera untuk pendaftaran ke IPT bagi keluarga miskin.







0