ISU ELAUN IMAM,BILAL DAN NOJA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR DALAM DEWAN NEGERI JOHOR



 Bangunan Dewan Negeri Johor,Kota Iskandar

SOALAN LISAN YB AYUB RAHMAT (ADUN KEMELAH) DAN YB DR MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI)


YB Ayub Rahmat (ADUN Kemelah) bertanya dalam Dewan Negeri  Johor pada 30 November 2009 : 'Adakah terdapat cadangan untuk menaikkan elaun bilal dan noja seluruh Negeri Johor agar kebajikan mereka terjaga?'

Jawapan YB Pengerusi Jawatankuasa Agama:

Terdapat 1,741 bilal dan 792 noja yang berkhidmat di masjid dan surau seluruh Negeri Johor. 
Kerajan memberi elaun untuk bilal surau  RM20.00 sebulan dan noja sebanyak RM30.00 sebulan.Elaun ini dalah sebagai saguhati kepada pegawai-pegawai masjid dan surau dan ini bukan nya gaji bulanan.

Kerajaan Johor membelanjakan sebanyak RM417,840.00 setahun untuk elaun bilal surau,
RM1,045,000.00  setahun untuk elaun imam surau,
RM285,120.00 setahun untuk elaun noja masjid.
Jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM1,747,960.00 setahun.
 Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Agama  Kerajaan menyedari jumlah ini terlalu kecil dan akan dinaikkan (bila?)


YB Maharani,Kemelah dan Tenang menyokong kenaikan elaun bilal dan noja yang terlalu rendah.


YB Pengerusi JK Agama berhujah walaupun elaun tersebut nampak sedikit,Kerajaan membelanjakan RM1.7 juta setahun.Mana yang lebih baik kita dapat sedikit daripada terus tak dapat,tanya beliau.Dia ada implikasi kewangaan yang terpaksa Kerajaan tanggung,

Apabila YB Dato' Speaker  mencelah mengatakan 'Duit zakat kan banyak?' beliau mengatakan kerajaan peka dalam hal ini dan ia dalam perhatian kerajaan.


 YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)  pula bertanya pada  25 November 2009: 'Adakah elaun Imam  dan Bilal untuk surau seluruh Johor telah dibayar? Mengapa masih ada sebilangan imam dan bilal yang mengadu masih belum menerimanya.Apakah faktor menyebabkan mereka tidak layak menerima elaun berkenaan.


JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pada keseluruhannya,pembayaran elaun imam dan bilal untuk surau telah dilaksanakan namun demikian ada di kalangan mereka yang belum menerima elaun dsbabkan faktor-faktor berikut iaitu:
 i)   akaun bank telah ditutup,
 ii)  akaun bank telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia,
 iii) kesilapan nombor kad pengenalan,
 iv) kesilapan nombor akaun.


YB Dr Mohammad Taslim (Maharani)  membangkitkan masalah elaun yang belum dilunaskan sehingga kini dan pembayaran melalui akaun Bank Simpanan Nasional dan kemudian ditukar ke bank lain yang menimbulkan masalah kepada imam,bilal dan noja.
 

YB Pengerusi JK Agama menjawab:

Beliau mengakui masalah timbul apabila berlaku pertukaran daripada BSN kepada Bank Rakyat dan sebagainya.Walau bagaimanpun pada keseluruhannya elaun-elaun telah selesai dibayar.Masalah timbul apabila berlaku kesilapan teknikal seperti kesilapan nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank.Untuk mengatasi masalah ini mereka dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan dan muka depan buku akaun mereka.

Walau bagaimanapun akhbar Berita Harian pada hari Rabu 2 Disember 2009 melaporkan bahawa lebih 500 petugas (imam dan bilal masjid dan surau)  seluruh daerah Muar baru menerima cek elaun mereka untuk bulan Januari hingga Jun 2009 di Pejabat Agama Muar.Cek mereka bertarikh 15 November 2009.Menurut seorang bilal surau sebelum ini elaunnya dibayar melalui Bank Simpanan Nasional tetapi pihak jabatan mengarahkan pegawai masjid dan surau membuka akaun di Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada awal tahun ini.Selepas mereka membuka akaun di Maybank tiba-tiba pihak jabatan membayar elaun menggunakan cek.Ini menimbulkan masalah kepada mereka yang lanjut usia serta tinggal jauh dari pusat bandar.Dengan jumlah elaun yang tidak sebanyak mana,mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambang bas dan teksi,keluh mereka.







0