Sehari Bersama YB Dr.Mohammad B. Taslim di Kuala Terengganu (PRK 036) - Jumaat 9 Januari 2009


Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Diharap anda semua sihat hendaknya. Syukur kehadrat Ilahi kerana saya dan isteri baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu bagi membantu kempen Pilihanraya Kecil 036 (PRK 036) yang akan diadakan pada hari Sabtu 17 Januari 2009. Pada sebelah pagi kami berpeluang menziarahi pengundi sambil merawat bersama muslimat dari Besut.
Solat Jumaat di masjid Batu Buruk hari itu diimamkan oleh
YB Dato' Seri Presiden.
Selepas solat Jumaat pula program tazkirah bersama Ustaz Ismail Dagang di rumah Dr Wan Saleha di UPU Kenanga.
Malam saya berpeluang berceramah bersama YB Saifudin Nasution,YB Senator Ir Zamri Yusuf,YB Dato' Ngeh Koo Ham Exco Kerajaan Negeri Perak (Pengerusi DAP Perak)dan Dr Wan A Rahman (mantan Pensyarah UKM) di hadapan markas Kuala Ibai.Tuan-tuan jangan terkejut YB Dato' Ngeh memberi salam assalamualaikum dan menyebut insyaAllah ketika berucap!
Selamat berjihad kepada semua petugas.Moga Allah terima pengorbanan anda. Marilah kita sama-sama mendoakan kemenangan ISLAM dan PAS.
TAKBIR!!!




Mesra bersama penyokong setia PAS.



Merawat dan memujuk pengundi.



Prihatin



Azhan (Juara Akademi Nasyid 2008) turut sama-sama berjihad.
Masjid Batu Buruk [9 Januari 2009]



YB. Dr. Mohammad bersama Sdr Khairul Faizi (Ketua Pemuda PAS Johor) sabar menunggu ketibaan YB Dato' Seri Hadi Awang (Presiden PAS) berkhutbah dan mengimami solat Jumaat.
Jumaat di Masjid Batu Buruk [9 Januari 2009]



Ketua Pemuda PAS Johor menyambut ketibaan YB. Dato' Seri Presiden untuk berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat.
Masjid Batu Buruk [Jumaat - 9 Januari 2009]



Santai bersama isteri di Pantai Batu Buruk selepas berkempen.



YB Dr Mohammad bersama Dr YB Dato' Ngeh Koo Ham Exco Kerajaan Negeri Perak dan Dr Wan A Rahman (mantan pensyarah UKM).
Ceramah pada sebelah malam di Markas Kuala Ibai [Jumaat - 9 Januari 2009]




YB Dr Mohammad bersama YB Senator Ir Zamri Yusuf & YB Saifuddin Nasution.
Ceramah pada sebelah malam di Markas Kuala Ibai [Jumaat - 9 Januari 2009]


0