ADUN MAHARANI BERSAMA PROGRAM MESRA BERSAMA RAKYAT DI DUN SG ABONG


ARKIB : 20/01/2009 ( Utusan Malaysia)

Bersihkan sekitar rumah elak wabak – Dr. Robia

MUAR 19 Jan. – Orang ramai perlu menekankan aspek kebersihan bagi mengelakkan wabak denggi serta Chikungunya daripada menular di kalangan masyarakat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, penyakit bawaan nyamuk aedes itu akan diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Jelas beliau, pihak kerajaan telah menjalankan tanggungjawab dalam mengatasi wabak berkenaan namun kerjasama masyarakat adalah amat diperlukan untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

“Kebersihan perlulah diberi penekanan kerana jika amalan ini diterapkan oleh setiap keluarga, kita akan mendapat persekitaran yang bersih dan bebas daripada penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Program Gerak Mesra Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sungai Abong di sini semalam.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Muar, A. Rahman Jaffar; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Ab. Wahab Ridwan; Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Abong, Sheikh Ibrahim Salleh.

Jelas Robia, menerusi program yang diadakan itu, semangat kejiranan sesama penduduk dapat diperkukuhkan menerusi pelbagai aktiviti gotong-royong.

“Saya berpendapat ini peluang terbaik untuk para penduduk mewujudkan kemesraan dan saling bekerjasama dalam menjaga kepentingan kawasan perumahan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia


YB Dr Mohammad Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim menanam

pokok mas cotek dalam majlis tersebut


0