Himpunan Aman Membantah Keganasan Israel


Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah mengadakan Himpunan Aman bagi membantah kekejaman Israel zionis pada hari Jumaat 23 Feb. 2009. Himpunan kali kedua ini diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Tanjung Emas Muar. Sebelum ini himpunan seperti ini telah diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Dalam himpunan tersebut, Ybhg. Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamad Pesuruhjaya PAS Negeri Johor telah menyatakan Himpunan Aman ini akan diadakan pada masa akan datang di tempat yang lain pula.
Beliau berkata, kita sebagai umat Islam perlu peka ke atas saudara kita yang dizalimi. Beliau juga merayu kepada orang ramai agar dapat menghulurkan derma bagi membantu mangsa kezaliman Israel dan memulaukan barangan keluaran mereka.
Turut hadir ialah Sdr. Khairul Faizi Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ust. Abdulah Husin Ketua Dewan Ulama PAS Johor, YB Dr. Sheikh Ibrahim ADUN Sg. Abong, YB Er Teck Hwa Ahli Parlimen Bakri, Pimpinan PAS Muar, Ledang, Pagoh dan Bakri.
Dalam Himpunan Aman pihak penganjur telah mengedarkan risalah berkaitan kekejaman Israel dan barangan keluaran Isreal dan sekutunya.


Dato' Dr. Hj. Mahfudz sedang berucap. Disebelah beliau ialah YB Er Teck Hwa(Ahli Parlimen Bakri),YB Dr. Sheikh Ibrahim (ADUN Sg. Abong) dan Sdr. Khairul Faizi Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.


Ust. Abdullah Hussin sedang berucap, disebelah beliau Ust. Hj. Abu Bakar Lajat YDP PAS Muar.

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Sdr. Khairul Faizi sedang bertakbir bagi menaikkan semangat kepada para hadirin




Barangan keluaran Israel/Amerika

1