Program Bantuan Persekolahan 2009 Dun Maharani Mencatat Sejarah


Pusat Khidmat Dun Maharani dengan kerjasama Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar telah mengadakan Program Bantuan Persekolahan 2009 pada 27 Disember 2008 yang lalu. Program ini diadakan di Perkarangan Pejabat Khidmat DUN Maharani di Pekan Parit Bakar, Muar. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS setiap kali menjelang sesi persekolahan. Alhamdulillah, seramai 216 pelajar rendah dan menengah di DUN Maharani telah menerima bantuan Kasut dan Pakaian Sekolah. Sebenarnya jumlah yang memohon bantuan ini lebih daripada angka yanng disebutkan di atas. Oleh kerana kewangan yang ada tidak mencukupi, pihak penganjur terpaksa memilih pelajar yang betul-betul layak menerimanya.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato' Paduka Hj. Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Dr Hj. Mohammad B. Taslim ADUN MAHARANI. Pimpinan PAS Negeri Johor, Pimpinan PAS Kawasan Muar dan Pimpinan Keadilan Bahagian Muar turut hadir dalam program tersebut. Pada hari yang sama YB Dato' Paduka Hj. Husam Musa merasmikan pejabat Khidmat Masyarakat Dun Maharani.

YB Dr Hj. Mohammad B. Taslim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Alhamdulillah,dengan bantuan teman-teman dan pendema-penderma program ini berjaya diadakan dan ianya berjalan dengan lancar. ” Ini merupakan salah satu usaha Pusat Khidmat dalam mengambil perhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Diharap sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung pihak tersebut, lebih-lebih lagi dalam menghadapi ekonimi yang tidak menentu”. Jelasnya, masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan. Diharapkan pada masa akan datang lebih ramai lagi para dermawan, NGO dan Badan Swasta dapat menghulurkan bantuan ke DUN Maharani bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bantuan ibu tunggal, anak yatim, keluaga miskin dan mereka yang mendapat musibah. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran kepada mereka.

Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 105 maksudnya :
"Dan katakanlah : "Bekerja/Beramallah kamu , maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".




Antara Dif-dif Jemputan yang hadir.
(Dari kiri: En. Abd. Razak Sulaiman (sedang berucap), Dato' Paduka Husam Musa, YB Dr. Mohammad bin Taslim ; Haji Aminulhuda. Dari belakang: En. Mustafa)



Dato' Paduka Husam Musa & YB Dr. Mohammad sedang menyampaikan sumbangan kepada
para pelajar.



Sumbangan bukan sahaja hanya untuk masyarakat Melayu. Malahan sumbangan juga diberikan kepada masyarakat Cina dan India.



Sumbangan bukan sahaja hanya untuk masyarakat Melayu. Malahan sumbangan juga diberikan kepada masyarakat Cina dan India.




En. Mustafa & YB Dr. Mohammad menyampaikan sumbangan kepada anak tempatan.


Dato' Paduka Husam Musa merasmikan Pusat Khidmat Adun Maharani di Parit Bakar, Jalan Temenggung Ahmad sambil diperhatikan Adun Maharani, Dr. Mohammad bin Taslim.



Sesi jamuan di Pejabat Adun Maharani.



Sesi perbincangan turut diadakan di Pejabat Adun Maharani.

____________________________________________________________
The Star

Tuesday January 6, 2009

PAS helps poor schoolchildren in Muar


MUAR: Several students from poor families in the Maharani state constituency here received school aid totalling about RM15,000 from Muar PAS.
The cash aid for shoes and school uniforms was presented by party leaders, including Maharani assemblyman Dr Mohammed Taslim and PAS vice-president Datuk Husam Musa to 219 students recently.
Dr Mohammed said the programme was aimed at easing the financial burden faced by poor families with school-going children during the 2009 school season.
Timely help: Husam (left) and Dr Mohammed (centre) presenting school aid to student Tee Cheng Wai in Parit Bakar, Muar, recently.
“The party decided to provide aid to the poor families before the start of the school season and launched donation drives.
“We received contributions from party leaders and individuals as well as the PAS newspaper Harakah,” he said after presenting the aid with Husam in Parit Bakar here recently.
Dr Mohammed said, although he was the assemblyman for Maharani, the party presented similar aid to students in Sungai Balang constituency.
He said the aid was in line with the party’s election manifesto which called for a welfare state giving priority to helping the poor regardless of race and religion.
He said, although the bulk of the recipients were Malays, children from nine Chinese and one Indian families received the aid.
He said the party had set up a service centre in Parit Bakar and urged residents to visit the centre if they had problems.
“We have several staff members manning the centre. Residents can also visit me at my clinic in Muar town, he added.

3

    Do not know if you also like ancient civilization, I am from China, I like your BLOG, also hope you like our countrys civilization!
    Personalized signatures:面对面视频斗地主,面对面视频游戏下载,淮安掼蛋,常州三打一,常州麻将