MUHAMMAD PUTERA FARID ISKANDAR PELAJAR CEMERLANG SPM 2010


Mahu teroka teknologi nano



Muhammad Putera Farid Iskandar



IPOH 22 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Muhammad Putera Farid Iskandar yang mendapat 10A+ berhasrat untuk meneruskan pendidikan di Massachusstts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) dalam teknologi nano.
Penerima biasiswa nasional itu berkata, MIT menjadi pilihannya kerana ia mampu merealisasikan hasratnya untuk menjadi penyelidik dalam bidang nano pada suatu hari nanti.
Bagaimanapun, menurut beliau, sebelum menempatkan diri di MIT, beliau akan mengikuti Program Ijazah Amerika Syarikat (ADP) selama setahun di Malaysia sebelum berangkat ke AS akhir tahun 2012.
‘‘Saya sudah bersedia untuk meneruskan pendidikan bagi mencapai cita-cita sebagai penyelidik,” katanya ketika ditemui selepas selesai berkongsi pengalamannya di sesi Ikon Inspirasi Minggu Saham Amanah Malaysia, di sini hari ini.
Ketika ditanya resipi kejayaannya, Muhammad berkata, beliau sentiasa membuat ulang kaji lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan dalam pembelajaran seharian.
Jelasnya, sejak kecil sehingga SPM, beliau tidak pernah pergi tuisyen kerana percaya dengan teknik pembelajaran sendiri.
“Selain mengulang kaji secara konsisten, saya memastikan setiap kali selesai mendapat ilmu dari guru, saya meminta mereka memberkati ilmu dan mendoakan saya,” katanya.


sumber: http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&div=1


1