ADUN MAHARANI MENYUSUR AKAR - KEMBALI KE SEKOLAH


MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN DAN PELANCARAN ALUMNI SK SERI MENANTI, MUAR


Sejarah tercipta bagi warga Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar apabila Majlis Sambutan 100 Tahun dan Pelancaran Alumni Sekolah Kebangsaan Serti Menanti, Muar disempurnakan pada pagi Sabtu 30 April 2011.Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Encik Mohd Hasidin Hj Md Zaini, telah merasmikan Majlis tersebut.Encik Affendi hadir mewakili PegawaiPelajaran Daerah Muar.


Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon, bekas Pegawai Jabatan PenuntutMalaysia London, mewakili bekas pelajar.YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani) dan Tuan Haji Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar) juga dijemput hadir sebagai bekas pelajar.


 Cenderamata untuk Alumni Tersohor SK Seri Menanti Muar
yang diterima oleh YB Dr Mohammad Taslim. Terima kasih Cikgu !

Di antara penerima Cenderamata Pelajar Tersohor SK Seri Menanti Muar ialah:

1. Professor Dr Jalani Sukimi (Dekan Fakulti Sains dan Teknologi USIM),
2.  YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),
3.  Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon (Bekas Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia London),
4.  Puan Fatimah Kasbon (Wanita Pertama Guru Rakyat),
5.  Puan Hjh Kalsom Kasbon (Guru Perempuan Pertama Maktab Perguruan Perempuan Melaka),
6.  Puan Hjh Sharifah Kasbon (Pesara Guru Besar),
7.  Lt. Kol (B) Dr Hj Basir Rakim,
8.   Lt Kol (B) Tuan Hj Masuod Sukimi.
9.   Tuan Haji Tahir Sukimi (Pesara Guru Penolong Kanan),
10. Tuan Haji Kosnin Kamari  (Pesara Pengetua),
11. Kapt Dr Rosli Kolop (TUDM),
13. Tuan Haji Hamzah Sarbini (Pesara Guru Besar, Bekas YDP PIBG SK Seri Menanti),
14. Puan Hamidah Hamzah (University of Pacific USA),
15. Puan Norliza Hamzah (Ketua Pegawai Kewangan DRB-Hicom),
16. Puan Suzana Hamzah (Pensyarah, Masters of Education (TESL) UM Kelas Pertama),
17. Puan Noraini Hamzah (Pensyarah, University of Leeds UK)

YB Dr Mohammad bersama En. Md Hasidin, Guru Besar, YDP PIBG dan tetamu.

 Tn Hj Abdul Rahman Kasbon mewakili Bekas Pelajar.

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
 
 Gong Perasmian dipalu.

 Cenderamata untuk Tuan Hj Hamzah Sarbini juga untuk 4 orang
puteri-puterinya yang menerima anugerah Alumni Tersohor SK Seri Menanti

 Cenderamata untuk Perasmi, disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hjh Zuraidah Rohsah.

 Persembahan Pelajar.

 
 Persembahan Pelajar.

Pertemuan Alumni kakak dan adik - Tn Hj Abdul Rahman bersama kakaknya Pn Hjh Kalsom.
Dua orang lagi adik beradik mereka Pn Fatimah dan Hjh Sharifah yang juga menerima anugerah Alumni Tersohor,tidak dapat hadir.
Mereka juga sepupu kepada YB Dr Mohammad yang turut menyumbang kepada kejayaan Dr Mohammad dalam pelajaran.YB Dr Mohammad pernah menumpang di rumah mereka ketika belajar di SK Seri Menanti kerana rumah rumah beliau jauh ke darat.Terima kasih semua, moga ALLAH berkati anda semua dan keluarga.

 YB Dr Mohammad bersama tetamu  menjamu selera.

 
 Dari kanan: Puan Hjh Zuraidah (Guru Besar), En. Mohd Hassan Taib (YDP PIBG),
Puan Hjh Kalsom dan Puan Hjh Halimah Nabil (Mantan Guru Besar SK Seri Menanti).

 Self Portrait - YB Dr Mohammad Taslim.
Di belakang kanan ialah Sdr Malik Md Diah.

Majlis Pelancaran Alumni SK Seri Menanti Muar ini mengimbas kembali zaman persekolahan YB Dr Mohammad  di sekolah yang banyak berjasa ini. Gambar-gambar yang cukup terhad  yang masih dalam simpanan beliau ini menjadi kenang-kenangan sepanjang zaman........

YB Dr Mohammad Taslim menuntut di SK Seri Menanti Muar dari Tahun 1957 hingga 1962.Pada Tahun 1957 sekolah ini bernama 'Sekolah Umum Seri Menanti'. Kemudian pada Tahun 1959 menjadi 'Sekolah Lelaki Seri Menanti'.Dr Mohammad telah keluar sekolah apabila ia dicantumkan dengan  'Sekolah Perempuan Seri Menanti' menjadi 'SekolahKebangsaan Seri Menanti' hingga sekarang.Ini bermakna Dr Mohammad bersekolah disekolah LELAKI dari Darjah Satu hingga ke Tingkatan Enam ! SDAR Tg Malim dan MCKK juga sekolah lelaki !

 Dr Mohammad masuk sekolah  ketika berumur 8 tahun kerana menurut arwah ayahnya, Hj Taslim Rakidin, biar anak lewat masuk sekolah supaya dia lebih pandai daripada kawan sedarjah yang berumur 7 tahun ! Mungkin teori ini ada sedikit kebenarannya kerana YB Dr Mohammad merupakan pelajar terbaik dengan mendapat Pangkat A dalam 'Pepereksaan Masok Sekolah Menengah' Tahun 1962. Seterusnya beliau juga merupakan Pelajar Terbaik Peperiksaan LCE 1966 dan Peperiksaan SC/OSC 1968 di Sekolah Dato Abdul Razak Tanjung Malim Perak dan Pelajar Terbaik Matapelajaran Biology dalam Peperiksan HSC Tahun 1970 di Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak.

YB Dr Mohammad masih lagi ingat guru-guru yang banyak berjasa kepadanya. Di antaranya  Cikgu Abu bin Abu Bakar, Cikgu Ali Hj Othman, Cikgu Said, Cikgu Rajikan Abd Rahman, Cikgu Adnan Sabtu (kesemuanya Allahyarham...Alfatihah....)
Juga Cikgu Idris Kasim, Cikgu Johar Elias dan beberapa nama lagi.
TERIMA KASIH CIKGU ! 


Inilah ' Keputusan Masok Sekolah Menengah '1962 bertarikh 6/1/1963 ( 48 tahun yang lalu ! )
di tandatangani oleh Guru Besar Allahyarham Cikgu Abu bin Abu Bakar.
10 orang pelajar mengambil peperiksaan, seorang pelajar  ( Mohammad b Taslim )
mendapat Pangkat A. Keputusan Peperiksaan ini di tampal pada 
dinding  Balai Raya Seri Menanti dan masih disimpan oleh YB Dr Mohammad. 

 Di antara guru-guru YB Dr Mohammad Taslim: di tengah-tengah Cikgu Abu b Abu Bakar,
di kanannya Cikgu Said dan di kirinya Cikgu Ali Hj Othman.Kesemuanya sudah kembali
ke rahmatullah. Alfatihah....

 
 'Gambar kenang2an menyambut Selamat berpisah pg. 111 1961'
Itulah yang ditulis di belakang gambar ini oleh YB Dr Mohammad (no. 2 dari kanan).
Lihat pen di poket bajunya, tiada tali pinggang, seluar pendek dan kasut kanvas puteh.
Smart juga ikut standard dulu-dulu.....Gambar ini di ambi di Rumah Guru.

 YB Dr Mohammad bersama rakan sedarjah (Darjah 5 Tahun 1961)
dan guru kelas, Cikgu Hj Johari Hj Elias (belakang, kiri). Di mana Cikgu sekarang ?

 'Hari Ithnain 17 July 1961 di-Padang Badminton' Darjah V,
Itulah nota di belakang gambar ini.Duduk no. 4 dari kanan ialah
Cikgu Johari, di sebelahnya kanannya Mr Abd Kadir (guru Bahasa Inggeris) 
dan  YB Dr Mohammad.
Alfatihah untuk rakan-rakan sekelas yamg telah menyambut seruan Ilahi......
di antaranya Ayub Sabar, Jamal Taman, Sariman.......

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsU1vfzqXpa_E8feUH-FJQ7vk3sXj1B_5RITqcbzGCYsmnkf-AYnQG_6hbXSkfV2gOlYFmqZOM9dsYAoFURx0nfMkG4INVdp3mOqCk86oJ4mauPhiOTkehPRDPONUvbY7gyezQ3ACw3H8H/s1600/Picture+001.jpg 

Gambar di atas di ambil di Padang Badminton di hadapan tangga
naik ke sekolah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeANdlxNGD6vQcF5dSp0uud3AM1AAtJ-Tq6dpAuRheG5TMtAC3T-73Du3B3t22XPjiMzaIf-t_3IVq59SEm0w8bKHjMe5q7Meko3RtQ4mXVybz85LKskPEMqFOwlpuhuczXAUqD2OSmki0/s1600/Picture+002.jpg 

SK Seri Menanti...dulu-dulu....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_G7e3yjcJHdOpoYDAhB1FgWUsG-J0yHn2m4ChdmjWT9MzH6rQbN0rgzJQXLKRpAN4xLasZzBuTq8wSsPEe54ePbdT2vKbiiHJhev3ZPQnLRpNiDwU6TVE6biK7DoXLcxKBruPDhuv2H01/s1600/Picture+003.jpg
 Bangunan ini telah dirobohkan dan di jadikan Sekolah Agama Seri Menanti.
Bangunan ini dipagar denagan kawat duri.Di sebelah kirinya  ada deretan kedai-kedai. Di hadapannya ada parit besar memisahkanya dengan jalan besar Muar-Batu Pahat.
Dr Mohammad masih ingat di panggil Guru Besar kerana keluar sekolah melalui luar pagar ini untuk pergi ke kedai sebelah ! Nasib baik tak kena denda (sebab rekod baik ?)












0