SIDANG DEWAN NEGERI JOHOR 2009 BERMULA



Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Bagi Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas telah selamat dirasmikan pada 18 Jun 2009 oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dalam Majlis Perasmian yang gilang gemilang di dalam Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar, Nusa Jaya,Johor Bahru.

Sebelum itu, Duli Yang Maha Mulia Baginda Al-Mutawakkil 'AlAllah As-Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim telah berkenan memeriksa Barisan Kehormat terdiri daripada Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri di hadapan Tangga Utama, Dewan Negeri Johor.


 YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh Ibrahim menuruni tangga 

selepas majlis perasmian



YB Dr Mohammad Taslim (Maharani) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong) dalam Majlis Perasmian. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir.

Di akhir titah perasmian, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang mewakili DYMM Baginda Tuanku bertitah:
"Saudara-saudari sekalian,saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan membina jambatan ketiga."

Persidangan Dewan Negeri Johor akan bermula dari 22 Jun 2009 hingga 8 Julai 2009.

0