ADUN MAHARANI KE MERLIMAU SEBAGAI TOK MUDIM


Pusat Tahfiz Al-Quran As-Solihin terletak bersebelahan Taman Seri Merlimau.Di sini juga terdapat sebuah sebuah PASTI.Menurut Pengerusi MTD Merlimau Tuan Haji Abdullah bin Muhamad Pusat Tahfiz dan PASTI adalah di bawah pengurusan Lajnah Pemuda MTD Merlimau.Sambutan daripada masyarakat tempatan sangat membanggakan.

Cuti sekolah bermula.Untuk julung-julung kalinya Lajnah Pemuda Majlis Tindakan DUN Merlimau telah menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai di Pusat Tahfiz Al-Quran As-Solihin Merlimau.Seramai 20 orang kanak-kanak bertuah menyertai Majlis tersebut.Majlis dimulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang diketuai oleh Tuan Pengerusi MTD Merlimau sendiri.

Alhamdulullah sempena majlis tersebut seorang hamba Allah mewaqafkan sebuah van untuk kegunaan PASTI.

Majlis Berkhatan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani dengan mengkhatankan seorang kanak-kanak.Untuk seketika YB ADUN Maharani hadir sebagai Tok Mudim! YB Dr Mohammad sebenarnya biasa mengkhatankan kanak-kanak di Kliniknya terutama waktu cuti sekolah.Kanak-kanak seterusnya telah dikhatankan oleh Dr Abdul Halim Ramli dan beberapa orang doktor lagi.Tahniah kepada para doktor yang sanggup menabur bakti di musim cuti ini.Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana sambutan sangat menggalakkan.



Majlis Berkhatan dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat
YB Dr Mohammad Taslim merasmikan dengan mengkhatankan seorang peserta


Cenderamata untuk keluarga pewaqaf van untuk PASTI

0