PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ADUN MAHARANI BERTERUSAN


YB Dr. Hj. Mohammad bersama Jawatankuasa DUN Maharani seperti biasa akan melawat rakyat yang sakit, dalam kesusahan dan mereka yang ditimpa musibah. Program rutin ini dilakukan oleh YB sekitar jam 6.00 petang hingga 7.00 petang'

Baru -baru ini beliau telah berkesempatan menziarah En. Sidek yang menghidapi stroke di Parit Samsu.Selain memberi rawatan yang diperlukan beliau sentiasa memberi nasihat dan mendoakan semoga Allah menyembuhkan beliau.

YB Dr. Hj. Mohammad sedang memeriksa En. Sidek B. Hashim yang mengalami stroke 2 bulan yang lalu.

Seorang ibu tunggal yang mempunyai 8 orang anak ,Puan Rumaiye, sedang berusaha mendirikan sebuah rumah di Parit Amal Laut Jalan Joned Muar.Dengan kerjasam ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Maharani dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani Sdr Abu Bakar Ismail serta AJKnya kami telah berjaya mengumpulkan dana untuk meringankan beban yang beliau tanggung.YB Dr Mohammad telah menyampaikan sumbangan tersebut pada petang Jumaat 13 Jun yang lalu.

Para penderma yang ingin menyumbang sebarang bentuk sumbangan kepada rakyat yang memerlukan sila hubungi kami di Pusat Khidmat DUN Maharani di No. 22 Tingkat 1 Pekan Parit Bakar atau telefon 06-9812981


YB sedang menghulurkan bantuan kewangan kepada Pn. Rumaiye Bte. Mawi


Bersama Ahli-ahli Jawatankuasa melihat rumah yang sedang dalam pembinaan

0