DIALOG PAKATAN RAKYAT BERSAMA RAKYAT DI HOTEL ANIKA KLUANG


Pada hari Ahad 14 Jun 2009 Pakatan Rakyat Negeri Johor telah mengadakan Majlis Dialog di antara Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat Bersama Rakyat di Kluang di Hotel Anika Kluang.

Program kali ke 3 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada masyarakat berkaitan isu-isu dan permasaalahan yang dihadapi,juga untuk mendapatkan pandangan bagi menambahbaikkan masyarakat khususnya di Johor dan amnya di Malaysia.Sebelum ini program tersebut telah diadakan di Johor Bahru dan Muar.

YB Dr. Boo selaku Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor berkata program ini diadakan sempena Persidang an Dewan Negeri Johor yang akan dirasmikan pada hari Khamis 18 Jun 2009. Mesyuarat ini diadakan selama 12 hari sehingga 7 Julai 2009. Dengan adanya program seperti ini beliau berharap akan dapat mengumpul maklumat daripada rakyat untuk dibawa ke mesyuarat Persidangan Dewan Negeri Johor.

Maklumbalas Dato Pesuruhjaya PAS Johor tentang Kerajaan Perpaduan yang dijadikan isu dalam akhbar perdana melegakan peserta.Beliau menyakinkan mereka bahawa PAS komited dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Majlis yang diadakan ini berjalan dengan lancar dan maklum balas daripada peserta yang hadir sangat baik. Dalam dialog yang diadakan selama 2 jam setengah itu pelbagai isu dan cadangan telah diberikan oleh para peserta.Diantara isu dan pandangan yang diberikan oleh para hadirin ialah berkaitan isu jenayah, isu kenaikan tarif air, isu penyelewegan tanah di Pekan Nenas, isu ISA, isu rampasan kuasa di Perak, isu kehakiman, dan Biasiswa Sultan Ibrahim. Persiapan dan kerjasama Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke 13 juga dibincangkan.

Ahli-ahli panel dalam Dialog ini terdiri daripada YB Dr. Mohammad Bin Taslim (ADUN Maharani)), YB Dr Sheikh Ibrahim Bin Salleh (ADUN Sg Abong),YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri),YB Ong Kow Meng (ADUN Senai),YB Ng Nam Hua (ADUN Mengkibol), YBhg. Dato Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor) dan wakil Parti Keadilan Rakyat.






Ahli-ahli Panel sedang menyampaikan taklimat



Penduduk Kluang memenuhi dewan Hotel Anika Kluang

0