Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Bersama DAP Muar dan PAS Bakri


Kesepakatan Pakatan Rakyat Johor terserlah dalam Program Sambutan Tahun Baru Cina DAP Muar dan PAS Bakri yang telah diadakan pada hari Sabtu 31 Jan 2009 bertempat di Pusat Aktiviti DAP Jalan Sakeh Muar. Sebelum ini PAS Bakri dan DAP Muar telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama di Pusat Tarbiah PAS Bakri.
Pelbagai lapisan masyarkat hadir sebagai tanda perpaduan rakyat Malaysia. Di antara tetamu kehormat ialah Timbalan Presiden PAS YB Ust. Nasarudin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Johor YBhg Dato' Dr. Mahfodz Mohamad yang baru selesai menghadiri program Ijtima' PAS Johor di Parit Bisu, Semerah. YB-YB Pakatan Rakyat (YB Er dan YB Dr Sheikh Ibrahim selaku tuan rumah),YB Dr Mohammad Taslim, Pengerusi DAP Johor YB Dr Boo dan pimpinan PKR juga hadir.
Pelajar-pelajar cemerlang keturunan India turut diraikan dan diberi sumbangan sempena Tahun Baru Cina.



'God of Prosperity' menyambut tetamu



tossing yee sang


YB Timbalan Presiden PAS dan Dato' Pesuruhjaya PAS Johor berucap

YB Dr Mohammad Taslim sedang berucap Tetamu kaum India sama meraikan

0