Program Sambutan Tahun Baru Cina DUN Maharani menarik perhatian Pengerusi Program HUJAH TV9


Program mingguan HUJAH TV9 pada hari Selasa 17 Februari 2009 yang dipengerusikan oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff (pensyarah UKM ) menampilkan 3 orang calon Ketua Pemuda UMNO iaitu YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo,YB Khairy Jamaludin dan YB Mukhriz Tun Mahathir.
Program ini disiarkan secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tanpa diduga Dr Agus menyebut Program Sambutan Tahun Baru Cina DUN Maharani sebagai contoh satu bangsa Malaysia ketika mengajukan soalan kepada YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.Sebelum ini program ini juga mendapat liputan akhbar STAR dan Sin Chew Daily.

Tonton streaming di PORTAL PEMBANGKANG NEGERI SELANGOR jika anda tidak berkesempatan menonton program tersebut.

Transkrip dibawah ini terdapat dalam bahagian 3 video.Selamat menonton.

Prof Dr Agus (Pengerusi): Dato' Seri,saya nak bercakap tentang Pakej Baru Pemuda UMNO sebab saya tengok Pemuda UMNO ni kalau dia muncul dimana-mana pentas dia dia akan bercakap soal memperjuangkan Melayu tetapi pada hari ini kalau kita tengok parti komponan (BN) sendiri pandangan mereka sudah berbeza dari segi terikat hanya pada komponan BN sahaja.
Pada hari ini misalnya Pemuda Gerakan membuat laporan polis supaya menjaga keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada hari ini misalnya Ketua Wanita MCA memberi sokongan kepada Elizabeth Wong dalam kes yang dihadapi.
Pada, di Muar misalnya ADUN PAS di Maharani telah buat satu majlis rumah terbuka orang Cina misalnya.Sudah menjadi macam satu bangsa yang kita namakan Malaysia tapi macam Pemuda UMNO masih lagi dengan Melayu,Melayu,Melayu.So,bagaimana Dato' Seri?

Dato' Seri Dr Mohd Khir: Kita harus melihat bahawa orang Melayu merupakan tunggak kepada politik negara.Jika tidak menjaga tunggak ini dengan baik,jika tumbang politik Melayu akan tumbang politik negara.Jadi tidak boleh menyamakan UMNO dengan MCA dan Gerakan.Ini harus diingat.


0