SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR 2010


Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Hebahan Media


Pada 5 Februari 2010 bertempat di Pusat Khidmat DUN Maharani, Parit Bakar, wakil – wakil dari PAS, PKR dan DAP Parlimen Muar telah bersua muka dan berbincang untuk menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar.

Sekeretariat yang dianggotai oleh 5 orang wakil bagi tiap – tiap parti ditubuhkan untuk merapatkan ikatan ukhwah sesama komponen Pakatan Rakyat Parlimen Muar selain dari menjadi penyelaras segala aktiviti dan program pada masa akan datang serta sebagai platform untuk setiap komponen meluahkan pendapat berkaitan pelbagai isu bersama.

Setelah dipersetujui, Ustaz Abu Bakar Bin Lajat, Yang Dipertua PAS Kawasan Muar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar bagi sesi 2010/2011. Manakala Saudara Mohd Faizul Bin Salleh, Setiausaha PAS Kawasan Muar dilantik sebagai Setiausaha Sekretariat juga bagi sesi yang sama.

Wakil – wakil dari PAS adalah :

1. Ust. Abu Bakar Bin Mohd Lajat – Yang Dipertua PAS Kawasan Muar.
2. Sdr. Malik Bin Mohamed Diah – Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar.
3. Sdr. Mohd. Faizul Bin Salleh – Setiausaha PAS Kawasan Muar.
4. YB Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim – Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar merangkap ADUN Maharani.
5. Sdr. Mohd Adha Bin Sulaiman – Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar.

Wakil – wakil dari PKR adalah :

1. Sdr. Yatin Bin Sarpan – Ketua PKR Cabang Muar.
2. Sdr. Haidzir Bin Mohamed – Naib Ketua PKR Cabang Muar.
3. Sdr. Abu Al-Ashari Bin Ahmad – AJK PKR Cabang Muar.
4. Sdr. Yahya Bin Sapar – Ketua Penerangan PKR Cabang Muar.
5. Sdr. Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar.

Wakil – wakil dari DAP adalah :

1. Sdr. Lim Seng Wee – Pengerusi DAP Bahagian Muar.
2. Sdr. Ng Yak Howe – Setiausaha DAP Bahagian Muar.
3. Sdr. Lim Peng – Timbalan Setiausaha DAP Bahagian Muar.
4. Sdr. Phua Sau Ching – Bendahari DAP Bahagian Muar.
5. Sdr. Er Teck Keng – AJK DAP Bahagian Muar

Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Muar

0