HIMPUNAN AMAN PALESTIN DI MASJID SULTAN IBRAHIM MUAR


Petang ini,Jumaat 18 Jun 2010, pekarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar digegarkan dengan  Himpunan Aman Palestin.......Kami Bersamamu.Tepat selepas solat Jumaat Himpunan ini dimulakan dengan TAKBIR daripada Sdr Rosman Kemin,YDP PAS Ledang,yang menjadi MC pada hari ini.

Himpunan ini diketuai oleh Sdr Abdullah Shahid,YDP Jemaah Islah Malaysia (JIM) Muar dengan kerjasama NGO Aqsa Syarif, parti-parti politik PAS,DAP dan Parti Keadilan Rakyat.PAS dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat bersama YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),DAP dipimpin oleh YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) dan PKR dipimpin oleh Sdr Yatin Sarpan (Ketua PKR Cabang Muar).Turut hadir pemipmin-pemimpin Pemuda Parti-Parti Politik dan kepimpinan NGO lain.

YB Dr Mohammad bersemangat memberi ucapan.
Kelihatan  YB Er di sebelahnya. Ustaz Abu Bakar dan Sdr Rosman di belakang.
Kanak-kanak sanggup berjihad bersama ibubapa mereka.Syabas....
Orang ramai berkumpul memberi sokongan.

Kepimpinan dan orang ramai bersatu hati.

Muslimat dan anak-anak juga tidak ketinggalan

Semangat juang merentasi sempadan umur...

Kelihatan YB Dr Mohammad bersama Sdr Yatin (baju puteh) dan
Sdr Malik Md Diah (kanan berbaju biru).

YB Dr Mohammad ditemuramah wartawan NST
Sdr Abdullah (JIM) disebelahnya.
Serius nampaknya YB Dr Mohammad berbincang bersama Sdr Abu Bakar Ismail 
dan sahabat-sahabat
Dari kiri kelihatan Sdr Hamidun,YB Dr Mohammad,
Sdri Nor 'Asyikin (wartawan Sinar Harian) dan Sdr Abdullah (JIM)

Sesuatu sedang dibincangkan oleh YB Er dan YB Dr Mohammad.
Rakyat Palestin disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Himpunan ini telah berjaya menarik perhatian seluruh masyarakat dan merentasi bangsa,agama atau pendirian politik.Muslimin,muslimat,kanak-kanak dan orang ramai tidak gentar untuk menyatakan penentangan mereka terhadap kekejaman dan kezaliman Zionis Israel.

Selepas ucapan pembukaan oleh Sdr Rosman,diikuti oleh YB Er dan YB Dr Mohammad majlis diakhiri dengan doa oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat.

Terima kasih kepada pihak Polis dan Pegawai Keselamatan yang memastikan keadaan terkawal dan matlamat Himpunan Aman ini tercapai.

TAKBIR ! HIDUP PALESTIN ! HANCURKAN ZIONIS !
__________________________________________________________________________________

BERITA INI TERSIAR DALAM Sinar Harian Ahad 20 Jun 2010

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7829543.asp 

100 orang sertai perhimpunan kutuk Zionis

MUAR – Perhimpunan Aman Palestin telah diadakan sebagai simbolik mengutuk keganasan yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam sejak sekian lama.

Kira-kira 100 orang telah menyertai perhimpunan tersebut yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Jamaah Islah Malaysia (JIM). Pas, Pakatan Rakyat (PR) dan DAP.

Yang Dipertua Pas kawasan Muar, Abu Bakar Mohd Lajat berkata, kemuncak kemarahan umat Islam seluruh dunia semakin ketara apabila tentera komando Israel telah menahan kapal Mavi Marmara ketika dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Menurutnya, keadaan semakin memuncak apabila 12 sukarelawan dari Malaysia turut berada dalam kapal tersebut. Mereka beranggapan tindakan Israel itu sudah melampaui batas dan mencabuli hak asasi manusia.

“Tindakan ini memberi gambaran sebenar situasi sebenar dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin serta terpaksa merempat di bumi sendiri.

“Dalam serangan terbaru ini menunjukkan Israel akan sentiasa menghalang sesiapa sahaja yang ingin memberikan bantuan kepada Palestin,” katanya di ketika ditemui di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar, di sini.

Menurutnya, kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin sejak 1948 membuktikan masyarakat dunia khususnya umat Islam tidak boleh bekerjasama dengan Israel dalam pelbagai aspek.

“Sekiranya hubungan ini diteruskan menunjukkan seolah-olah memberi sokongan terhadap kekejaman Israel untuk menindas umat Islam seluruh dunia.

“Umat Islam seluruh dunia perlu bersatu padu untuk menyekat pencerobohan Israel di bumi Palestin,” katanya
Beliau berkata, bantahan tersebut bukan hanya pada hari ini sahaja tetapi telah dilakukan sejak dahulu lagi.

Menurutnya, perhimpunan berkenaan juga bukan di atas dasar politik tetapi atas dasar kemanusiaan yang turut bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim, Yang Dipertua JIM, Abdullah Sahid dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.
 __________________________________________________________________________________

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara
Posted: 17 Jun 2010 02:53 AM PDT
Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:


1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.



7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Petikan Dari Harakah Daily


sumber: http://blog2-pas.blogspot.com/search?updated-max=2010-06-17T21%3A24%3A00-07%3A00







0