Salam I'Dul Fitri




Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim & Ahli Jawatankuasa Adun Maharani

Mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin ,

Diharapkan puasa kita lebih baik dari tahun lalu dan mudah-mudahan akan dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan.

Sempena menyambut Hari Raya, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Kepada yang pulang untuk berhari raya jangan lupa rumah dikunci dengan selamat.

Dipersilakan hadir ke rumah Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim sempena I'dul Fitri




::Kad Ucapan Raya Percuma





::Kad Ucapan Raya Percuma
Read More

OKU MENDAPAT SUMBANGAN DARI TABUNG KEMISKINAN HARAKAH


Sdr. Hamidon Bin Sulaiman seorang OKU merasa terharu diatas keperihatinan pihak Tabong Kemiskinan Harakah kerana sudi memberikan sumbangan kepadanya. Beliau mendapat sumbangan sebanyak RM 2000.00 ringgit.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Y.B Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim yang telah menolong beliau membuat permohonan kepada pihak Tabong Harakah.

Sdr. Hamidon putus sebahagian tapak kaki kanan akibat kemalangan jalanraya semasa pemandu lori pada tahun 1994. Selepas kemalangan tersebut beliau tidak dapat membuat kerja berat untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara isteri, 2 orang anak dan ibunya. Walaupun beliau mendapat pampasan selepas kemalangan, wang yang didapati itu digunakan untuk membaikpulih rumahnya yang telah uzur. Oleh kerana beliau tidak dapat membuat kerja yang berat dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, maka beliau telah mempelajari ilmu perubatan resdung dengan harapan untuk membuka pusat rawatan resdung bagi menyara kehidupan keluarga.

Pusat Rawatan Resdungnya mendapat sambutan orangramai. Maka beliau bercadang untuk membesarkan tempat rawatan. Beliau telah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan yang dibuat oleh Jabatan tersebut. Seterusnya beliau telah pergi ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Maharani yang ditubuhkan oleh Y.B Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim( Dun yang dimenangi oleh PAS) dan menceritakan hajat beliau. Yang Berhormat berjanji akan cuba mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk Tabong Kemiskinan Harakah. Alhamdulillah Tabong Kemiskinan Harakah telah meluluskan permohonan beliau.

Sekali lagi beliau sangat berterima kasih kepada Yang Berhormat dan juga Tabong Kemiskinan Harakah yang sudi membantu beliau. Beliau berazam dengan bantuan yang diperolehi akan digunakan untuk memperkembangkan rawatan resdung.

Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim sedang menyampaikan sumbangan daripada Tabong Kemiskinan Harakah di rumah Sdr. Hamidon pada tarikh 21-9-2008 di Pt. Payung, Muar.













Read More

PROGRAM BUBUR LAMBUK


Program bubur lambuk yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Muar ini telah diadakan pada 21-9-2008 di Dun Maharani. Program tahunan sempena ramadhan yang dibuat oleh Dewan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orangramai. Program ini diadakan di Pekan Pt. Bakar iaitu laluan utama orangramai.
Orangramai yang lalu lalang tidak ketinggalan mengambil bubur lambuk yang telah disediakan ditepi jalanraya. Turut serta dalam program ini ialah Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim iaitu Adun Maharani. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga mengharapkan program ini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang. Beliau mengajak kepada orangramai yang ingin menyumbangkan kewangan dan barangan dalam menjayakan program bubur lambuk pada ramadhan akan datang boleh menghubungi Sdr. Mohd Rozi iaitu bendahari Dewan Pemuda.








Read More

Penubuhan Cawangan Baru & Penyerahan Sijil Ahli Pas


Pada 17-9-2008 secara rasmi satu lagi cawangan PAS baru ditubuhkan di Dun Maharani. Cawangan PAS Lembah Padang ini terletak di Taman Lembah Padang, Jalan Jonid, Muar. Pada tarikh tersebut Y.B Dr. Hj. Mohammad B. Taslim telah menyerahkan sijil ahli kepada penduduk tersebut. Selain penyerahan sijil, pada masa yang sama majlis berbuka puasa dan bantuan fakir miskin turut diadakan.




Read More

LAGI SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN


Pada 11-9-2008, Y.B Dr. Hj. Mohammad B. Taslim telah menyampaikan sumbangan ramadhan kepada golongan susah dan Ibu Tunggal di Kampung Parit Amal, Jalan Jonid, Muar dalam kawasan dun Maharani. Program ini telah diadakan di Surau Al-Ehsan.
Pengerusi dan Jawatankuasa Surau mengucapkan terima kasih diatas kesudian Y.B menyampaikan sumbangan pada program tersebut.






Read More

SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN 1429 H


Bersempena Ramadhan dan Hari Raya pada tahun ini, Dun Maharani telah memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Disamping menghulurkan sumbangan ini, Y.B. Dr. Hj. Mohammad b. Taslim juga berbuka puasa bersama-sama dengan mereka ini. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan badan-badan NGO yang telah menderma bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.





Read More

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-51


Dun Maharani telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan ke 51 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada 24-8-2008. Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya Kayuhan Basikal Merdeka,Pertandingan Mewarna, Pertandingan Gubahan, Tarik Tali, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Basikal dan Motor Klasik.


Read More

Biografi ADUN






* Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan N15 Maharani.


* Tarikh lahir: 11.11.1949

*Tempat lahir: Kg. Seri Menanti,Muar.

*Pendidikan:
1)Sek. Keb. Seri Menanti,Muar(1957-1962);(pelajar terbaik Darjah 6).
2)Sek. Dato' Abdul Razak,Tg.Malim,Perak(1963-1968);
(pelajar terbaik LCE 1966 dan MCE/OS 1968).
3)Kolej Melayu Kuala Kangsar(1969-1970);(pelajar terbaik Biologi).
4)Universiti Malaya(1971-1977);(MBBS Malaya.
5)ILHAM - Pengajian Tasawur Islam.
6)Ijazah Perubatan Islam Darussyifa',Bangi.

*Pengalaman kerja:
1)Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur.
2)Pensyarah Pelatih Fakulti Perubatan Universiti Malaya.
3)Klinik Mohammad,Muar (1984-kini).

*Jawatan politik:
Naib Yang Dipertua PAS kawasan Muar.
*Aktiviti Kemasyarakatan:
Semasa - Bendahari Surau Taman Bunga Raya,Muar.
Mantan - 1)YDP Sek. Keb. Ismail 1,Muar.
2)Pengerusi Badan Kebajikan Sek. Agama Parit Kadhi,Muar.
3)Naib Pengerusi PERKIM,Muar.
4)YDP Sek. Berasrama Penuh Integrasi Rawang,Selangor.

Read More.
Read More