GERHANA BULAN SEPARA 26 JUN 2010


Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Contoh gambar bulan gerhana separa pada bulan Ogos 2008
Foto kredit: aziz
[DISKUS] Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.
Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.
Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.
Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

Circumstances of the Eclipse
Moon enters penumbra: 2010 Jun 26  16:55:22 (4.55 PM)
Moon enters umbra: 2010 Jun 26  18:16:20 (6.16 PM)
Maximum eclipse: 2010 Jun 26  19:38:16 (7.38 PM)
Moon leaves umbra: 2010 Jun 26  21:00:04 (9.00 PM)
Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26  22:21:11 (10.21 PM)

Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.
Apa lagi, jom teropong!

Nota tambahan:
1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.
2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.



No matter where you are in Malaysia, as long as you can see the Moon during the time of the eclipse -  look east of south east right after sunset – you can observe the event. No telescope is required!

cameras ready  grin
sumber: http://www.falak-online.net/portalfalak/content/21/6/2010/gerhana-bulan-separa-26-jun-2010

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Share 
Pada 26 Jun 2010 nie, kita kat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan akan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah dibawah:

Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 pm tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

SUMBER: http://www.anastasyea.com/2010/06/gerhana-bulan-separa-26-jun-2010.html

___________________________________________________________________________________








Berikut adalah apa yang didakwa sebagai gambar gerhana bulan yang berlaku pada awal tahun 2010.
Gerhana bulan pada 1 Januari 2010 ini adalah gerhana bulan separa dan boleh dilihat di seluruh Malaysia
jika langit tidak diselubungi awan.

Gerhana mula dilihat pada jam 01.17 minit pagi 1 Januari 2010.
Gerhana Bulan Separa








Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari

Susunan : Siti Zainor Arina Yahya
areena@dunyahalal.com

 


 Gerhana bulan
         
Hadis Abullah bin Umar r.a:
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
a) Disunatkan mengerjakan sembahyang sunat bila berlaku gerhana matahari atau bulan.
b) Dalam hadis yang lain, sembahyanglah seperti sembahyang fardhu (subuh- 2 rakaat). Bacalah ayat atau surah yang panjang hingga selesai kejadian gerhana.



Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana. 


Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,
     Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

   “Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”
   Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?


Perbezaan Antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari
Gerhana Bulan Gerhana Matahari
Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri. Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.
Berlaku pada waktu malam. Berlaku pada waktu siang.
Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar). Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana

1. Sunat mandi terlebih dahulu.

2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.

3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik- cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan). 


Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekali pun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekali pun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita. 


Beberapa Peringatan

i. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan :



ii. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan  suara pada bacaan Fatihah dan surah.

iii. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

iv. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

v. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).

vi. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

vii. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).


PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA



Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”




Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara :Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah :

 
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1- 25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca
surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.


(Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-
Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

Terima kasih diucapkan kepada Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia di atas maklumat yang diberikan. 


Sumber: http://www.islam.dunyahalal.com/index.php?id=60&mnu=60

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring.  

updated 26 Jun 2010:
gerhana bulan 26 Juni 2010

 






 

















0