DUN MAHARANI BANJIR - BANTUAN SEGERA BERSAMA ADUN



MAHARANI dilanda banjir lagi ! Sebahagiannya tempat hang sama dengan musim yang lalu.Rakyat mengharapkan Jabatan yang terlibat dapat mengesan puncanya dan menyelesaikannya.Daripada pemerhatian kami masalah besarnya ialah kerana perparitan yamg tidak diselenggara dengan sempurna.Rumput tumbuh dengan cepat dan subur di dalam parit.Jambatan di Jalan Temenggong Ahmad Muar pula sempit dan air tidak dapat melaluinya dengan cepat menyebabkan air bertakung di sebelah darat jalan.

ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,  dan ahli-ahli Jawatankuasa DUN Maharani telah meninjau kawasan banjir pada hari Jumaat  25 Jun 2010 yang lalu.Bantuan segera kepada 13 buah rumah yang terlibat telah disampaikan pada hari Sabtu 26 Jun 2010.

Hari ini ,Ahad 27 Jun 2010, YB Dr Mohammad berserta isteri,Puan Rubiah Raffee, AJK DUN Maharani dan Muslimat HELWA sekali lagi kami turun padang membantu 27 orang mangsa-mangsa banjir di Kampong Parit Besar Muar dan Kg Parit Parit Samsu Muar.Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada rakaman aktiviti pada hari tersebut.

YB Dr Mohammad bersama sebahagian daipada skuad 
DUN Maharani yang perihatin.

Puan Rubiah Raffee,isteri YB Dr Mohammad ,
bersama HELWA turun padang

Wira banjir bersedia membantu di bawah pokok getah yang digenangi air.

Muslimat bersama watawan Sinar Harian (kiri) di pinggir
halaman rumah mangsa banjir.Sedia untuk meredah banjir?

Ini dia HELWA yang tak takut air !

YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan.

Bertanya khabar.Nenek ini terlantar kerana  angin ahmar juga terlibat dengan banjir.
Sabar ya Nek,banyakkan zikir,selawat,tasbih dan takbir....
 
Satu tugasan selesai....teruskan meredah banjir....

'Terima kasih Puan Rubiah'

Puan Rubiah,isteri YB Dr Mohammad, bersama HELWA menyampaikan sumbangan.

Jnilah sumbangan yang dapat kami berikan...

Puan Rubiah dan Muslimat HELWA merakankan gambar kenangan
bersama penerima sumbangan.Berhati-hati....mereka bergambar
di atas jambatan dipenuhi air tu !

Sdr Abdul Razak Sulaiman memberi taklimat kepada wartawan Sinar Harian

Banjir diredah,pastikan bantuan sampai...
Sdr Hamidun Omar bersama YB Dr Mohammad dan isteri
bersedia dengan bantuan.


Menyampaikan bantuan dalam banjir....

Seorang lagi penerima bantuan.
Sdr Ayub (kiri) mengorbankan 4x4 barunya untuk kerja kebajikan.Syabas anak muda !

Kami doakan air cepat surut.
Sumbangan ikhlas kami.Puan Rubiah menyampaikan sumbangan.

Hujan masih turun,kami doakan keadaan akan bertambah baik.InsyaAllah kami akan terus membantu mengikut keupayaan kami.Jika anda ingin membantu hulurkan bantuan anda  kepada kami melalui Pejabat DUN Maharani di Parit Bakar Muar atau ahli-ahli Jawatankuasa kami.

_________________________________________________________________________________
Mangsa banjir dapat bantuan

PARIT BAKAR - Seramai 40 mangsa banjir menerima bantuan berupa barangan keperluan diberikan Pas kawasan Muar.

Lima kampung telah dilanda banjir iaitu Kampung Parit Besar, Parit Raja, Parit Amal, Parit Amat dan Parit Samsu berikutan hujan lebat selama empat jam, Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, masalah banjir dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan parit tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan melimpah ke kawasan rumah penduduk, di sini.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila pembetungan yang menjadi penghubung di jalan Temenggong Ahmad tersumbat dan menyekat aliran air.

“Keadaan ini menyebabkan rumah yang berada di kawasan rendah terjejas teruk akibat dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan itu tertumpu kepada mangsa banjir yang rumahnya paling teruk dinaiki air bagi membantu meringankan beban mereka.

“Saya meminta jasa baik pihak terbabit supaya dapat menyelenggarakan parit di kawasan yang dilanda banjir.

“Ini kerana kebanyakan parit di kampung itu telah dipenuhi lalang sekali gus menyekat aliran air,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7887123.asp




0