SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2010


     Pada hari Rabu 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Tarbiyyah PAS Kawasan Muar, PASTI Kawasan Muar telah menyambut Hari Guru PASTI Kawasan Muar bagi meraikan  17 orang Guru dan 7 Pembantu Guru yang mengajar di 13 buah PASTI di Kawasan Muar. Turut dijemput dalam majlis tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Harian Dewan Muslimat dan AJK Harian Dewan Pemuda, Pengurus dan PASTI Cawangan dan  Ahli Jawatankuasa Pasti Cawangan. Sdr Mohd Faizul Mohd Salleh,Pengarah PASTI Negeri Johor (merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor dan Setiausaha PAS Kawasan Muar) turut menyerikan majlis.Majlis ini telah dirasmikan YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim ADUN Maharani merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar.
   Pengerusi PASTI Kawasan Muar, Sdr. Abdul Samad B. Mohamed Jani merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan Selamat Hari Guru dan syabas kepada semua Guru PASTI kerana sumbangan dan kerjasama dalam memikul amanah yang besar dalam menggerakkan PASTI kepada masyarakat.
   Sempena Hari Guru Pasti 2010 beberapa orang tokoh telah diberi anugerah.anugerah.Di antaranya:

1. Anugerah Jasamu Dikenang : Allahyarham Husin Dawam.Rumah beliau di Sungai Belukang  adalah tempat PASTI yang pertama di Muar.Beliau juga merupakan calaon PAS dalam Piliharaya.
2.  Tokoh Guru Aktivis.PAS Muar : Cikgu Hj Sahar Mahadi,
3. Tokoh Guru PASTI : Puan Hjh Aminah.Beliau adalah di antara guru PASTI Muar terawal,menabur bakti di beberapa buah PASTI di Muar
4. Guru PASTI  Cemerlang : (i) Puan Norhayati Sulaiman, ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Muar  juga guru PASTI At-Taqwa Parit Amal Jalan Junid Muar,
                                              (ii) Cikgu Sapiah Hj Abu dari PASTI UMIZA Sungai Balang Muar

 Pengerusi Pasti Muar, Sdr. Abd.Samad memulakan bicara..
  Amanat daripada Cikgu Azizah Bte Yusuf Ketua MGGP Muar 
    Ucapan Perasmian oleh YB Dr. Hj. Mohammad 
 Tetamu yang hadir di meja makan

 
 Puan Rubiah Raffee.isteri YB Dr Mohammad ,mesra bersama Guru-Guru PASTI

 Dari kiri : Ustaz Nazri, Sdr Hamidun,Sdr Abdul Samad dan YB Dr Mohammad di atas pentas

Tahniah Cikgu Norhayati Sulaiman (PASTI At Taqwa) !  ' Guru Cemerlang 2010'

 Tahniah Cikgu Sapiah Hj. Abu (PASTI UMIZA) !  "Guru Cemerlang 2010"

 
 Orang lama tidak dilupakan ..... Cikgu Hj.Sahar Mahadi 'Tokoh Guru Aktivis 2010'

 
' Anugerah Jasamu Dikenang'  : Pn Zauwiyah balu Allahyarham En. Hussin Dawam

 Pn. Hjh. Aminah " Tokoh Guru PASTI 2010"

 
 Dari kiri: YB Dr Mohammad,Sdr Malik (NYDP PAS Muar), Sdr Mohd Faizol Salleh (Pengarah PASTI Negeri Johor), Ustz Adha Sulaiman (Ketua Pemuda PAS Muar).Sdr Samad berdiri di belakang

 
 'Tokoh Guru Aktivis' Cikgu Hj Sahar bersama Tuan Hj Abu Musa Abd Rahim (Mantan YDP PAS Muar) dan Sdr Rahmat Ismail

 
 Di antara tetamu yang hadir

 
Guru-Guru dan Pembantu Guru yang diraikan

 
 Puan Hjh Rubiah menjamu selera bersama Guru-Guru

0