KULIAH BERSAMA DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN DI MUAR


Perasmian Surau Baru Al-Ikhsan by drmbt49
Surau Al Ehsan Parit Amal Laut Muar
WARGA Kawasan Muar bertuah apabila YBhg Al Fadhil Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden  PAS Malaysia,  berkunjing ke Muar dalam siri lawatan berceramah di Negeri Johor. Beliau hadir untuk menghadiri Ceramah Umum Pakatan Rakyat di PASTI Al Hidayah Parit Bulat Jalan Bukit Mor,Muar pada hari Sabtu 19 Jun 2010.

Kehadiran beliau dimanafaatkan dengan menjemput beliau untuk menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Al Ehsan,Parit Amal Laut,Jalan Junid,Muar.Surau ini unik kerana ia dibina dengan usaha penduduk setempat yang rata-rata adalah penyokong Gerakan Islam.Surau baru ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani pada bulan Oktober 2008.

Dalam kuliahnya di antara lain beliau menyampaikan hadith yang menyatakan bahawa kita boleh kenal ahli syurga atau ahli neraka di dunia lagi.Jika seseorang itu mudah taat perintah Allah maka insyaAllah mereka ini tergolong dalam ahli Syurga.Sebaliknya jangan harap untuk menjadi tetamu Allah  jika di dunia lagi mereka tidak taat Allah,tidak mahu menjadi tetamu Allah.

Kelihatan Ustaz Adha (kiri) dan Ustaz Hasbullah (kanan) bersama dalam 'Taman Syurga'
 
Beliau juga mengingatkan hadirin  tentang soalan dalam kubur ketika mulut kita tidak boleh berkata-kata dan hanya amalan kita yang menjawabnya..Ia melibatkan aqidah,solat kita,mengamalkan al Quran dan persaudaraan sesama Islam.



Hadirin tekun mendengar kuliah.

Dalam Ceramah beliau di Parit Bulat banyak isu-isu semasa yang beliau sampaikan.Ceramah bersama YB Tey Kok Kiew, ADUN Bandar Hilir Melaka dan  Sdr Faris Musa,Timbalan AMK PKR Malaysia ini membuka mata masyarakat setempat bahawa Pakatan Rakyat mampu bersama melakukan perubahan ke arah Malaysia yang maju dan sejahtera.

Dato Tuan Ibrahim sempat menasihati hadirin terutamanya pejuang Islam supaya berhenti merokokJangan sampai kita mati dalam keadaan masih mengamalkan perkara yang makruh.(Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa merokok itu HARAM ! ) Beliau juga mengajak ahli-ahli UMNO yang baik,yang mengamalkan Islam dengan sempurna supaya bersama-sama menyertai PAS  dan  tidak bersekongkol dengan pemimpin UMNO yang melakukan kemungkaran,menghalalkan judi sebagai contoh.Sungguh pelik apabila YB Tey dengan lantang menyatakan bahawa DAP menentang judi tetapi UMNO meluluskan judi!



0