XPDC KONVOI BERMOTOR & MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG



JOM KE GUNUNG LEDANG !
Pada 14,15 dan16 Jun 2010 akan datang Sekretariat Pemuda DUN Maharani dengan kerjasama Unit Amal Muar akan menganjurkan Program XPDC Konvoi Bermotor dan Mendaki Puncak Gunung Ledang .
Peserta mendaki gunung hanya dikenakan bayaran RM 40.00 dan terbuka kepada semua remaja lelaki sahaja yang berumur 15 tahun keatas.Semua remaja dialu-alukan menyertai konvoi bermotor dari Parit Bakar ke Gunung Ledang (tiada bayaran untuk menyertai konvoi sahaja) dengan syarat mempnayi lesen memandu dan motor mempunyai cukai jalan yang sah.
Semua peserta akan diberi Insuran Kemalangan Diri.secara percuma.

Semua peserta akan berkumpul di Kedai Makan 'JI Restoran' di Pekan Pt. Bakar Jalan Temenggong Ahmad Muar pada jam 8.00 pagi hari Isnin 14 Jun 2010. Polis Trafik Muar akan memberi taklimat kepada semua peserta XPDC.. Polis Trafik Muar dan Ledang akan mengiringi konvoi sehingga ke Taman Lengenda Gunung Ledang.
YB Dr. Mohammad Taslim,ADUN Maharani, akan merasmikan dan melepaskan Konvoi Bermotor ini
Penyertaan peserta masih lagi dibuka, sesiapa yang berminat boleh hubungi 019-6870671 / 017-6156740.
Tempat terhad.



0