Memaparkan catatan dengan label pakatan rakyat. Papar semua catatan

KEMPEN TAHUN BARU 2012 BERSAMA ADUN MAHARANI DAN AHI PARLIMEN BAKRI - KURANGKAN GUNA BEG PLASTIK


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 !
 
YB Er Teck Hwa, YB Dr Mohammad Taslim dan Sdr Tan
dengan beg kitarsemula warna kuning di Jalan Sayang.
Hari Sabtu 1 Januari 2012 diraikan dengan lawatan santai ke restoran dan warong di sekitar bandar Muar dan Bakri. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2012 ini   AP Bakri, Sdr Phua Sau ChingYB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, melancarkan Kempen Kurangkan Guna Beg Plastik di sekitar DUN Maharani dan Parlimen Bakri.

Mereka bergerak dari Klinik Mohammad di Jalan Sayang Muar pada tepat jam 8.30 pagi. YB Dr Mohammad dan YB Er diiringi oleh Yang Dipertua PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, Pembantu Khas AP Bakri, Sdr Phua Sau Ching dan Setiausaha DAP Johor, Sdr Tan Chen Choon. Tempat pertama yang dituju ialah Kedai Makan di Jalan Sayang, kemudian ke dua buah Restoran Satey di Bangunan MARA, Warong di Jalan Hashim, Warong di Jalan Hj Jaib dan Warong di Jalan Bakariah. Setiap pengunjung bertuah menerima hadiah beg kitarsemula dan kalendar AP Bakri secara percuma.Sebanyak 200 beg kitarsemula telah dibahagikan secara pecuma pada pagi ini.

Suasan penuh mesra dirasai sepanjang pertemuan dengan penduduk tempatan dan luar yang sedang menikmati sarapan pagi. Inilah peluang untuk pemimpin dan Wakil Rakyat bermesra dengan rakyat. Kehadiran mereka diterima dengan semangat perpaduan .

Kempen Kurangkan Guna Beg Plastik ini telah dilancarkan oleh kerajaan tahun lalu. Kehadiran Wakil Rakyat ini adalah untuk mempromosikan tabiat yang baik ini untuk memelihara alam sekitar. Masih ada rakyat tidak menyedari bahaawa hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik di Pasaraya dan kedai-kedai besar di seluruh negara. Pemberian beg kitarsemula ini adalah simbolik sokongan rakyat untuk menyahut cabaran memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang.


 
YB Dr Mohammad, YB Er , Ustaz A. Bakar dan Sdr Tan bermesra 
dengan pelanggan sebuah restoran.

Sungguh gembira tuan punya restoran ini menerima kalendar dpd YB Er.


 
Pelanggan  ini pun nampak sungguh gembira menerima hadiah beg.

Sama-sam kita jaga alam sekitar !

 
 
Penerimaan tanda perpaduan dan sokongan !
 
Inilah sumbangan kami.
 

Berpadu untuk jayakan Hari Tanpa Plastik.

Di akhir perjalanan bertemu peminat setia basikal antik
di hadapan Restoren Jalan Bakariah.

Read More

PAKATAN RAKYAT GEMPUR JOHOR


Kebimbangan Johor bakal tumbang 'berasas' - Pakatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 14, 11
8:52am
Kongsi 152
Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaGabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.

Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).

Ketua Pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.

debate on islamic state boo cheng hau in clinic"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.

"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.

Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.

"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.

boo cheng hau flood muar 271206Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.

Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".

"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.

NONE"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).

"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.

Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.

Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.

johor baharu may day workers rally 010507 rallyDr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.

Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/166825

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pakatan works on winning formula for Johor
Tuesday, June 14 @ 08:19:03 CDT



      
The state may be a BN ‘fixed deposit’, but the opposition coalition is working hard to win over rural voters by the next general election.

In a rare cautionary statement two days ago, Johor BN chairperson Abdul Ghani Othman warned Umno members that the opposition may win the southern state in the next general election if it secures 50 percent of support among rural voters.

This raised eyebrows, since Johor has always been deemed a BN stronghold, but the opposition has echoed Ghani's warning, claiming that it is possible.

azlanIt sprang a surprise in the last general election by winning six state seats - two by PAS in Sungai Abong and Maharani, and four by DAP in Bentayan Mengkibol, Skudai and Senai.

Pakatan Rakyat has since been striving to achieve the 50 percent target by holding various programmes and activities in rural areas in the state.

Johor opposition leader Dr Boo Cheng Hau pointed out that stronger support for Pakatan in rural areas can be seen from the higher attendance at ceramah.

"The ceramah is the most effective way to convey messages to rural communities. After the Sarawak election, the attendance at our ceramah increased by 30 percent no matter how small or big the event," he said when contacted yesterday.

He claimed thNONEat rural voters had swung to the opposition in the Tenang by-election but it was not translated to votes due to the floods on polling day.

In his opening speech at the Muar Umno division delegates conference, Ghani had suggested a winning formula - to win 80 percent of urban votes, 50 percent of rural votes and 60 percent of Indian votes.

He also said the urban Chinese are leaning towards DAP as seen in the Sarawak polls in April.

Boo did not deny that Pakatan is building its base in the interior region through the setting up of service centres.

The DAP state chief disclosed that his party has opened 15 service centres in rural areas around Skudai, Muar, Tangkak, Labis, Segamat and Johor Bahru.

PAS also working hard


PAS assemblyperson for Maharani Dr Muhammad Taslim claimed that the support of both urban and rural voters has increased since the last general election.

azlan"We are prepared to face the 13th general election. We have a target group and we provide services regardless of political background. They have seen our sincerity. We are doing our best to help them," he said when contacted.

The party has also opened service centres in rural areas including Sungai Balang, located within the Muar parliamentary constituency, and around Johor Bahru, he said.

Other service centres are located in the Malay village of Gelang Patah, Taman Permas in Pasir Gudang and traditional village of Tampoi in Pulai.

However, Ghani's warning may serve as a battle cry to alert the half a million Johor Umno members to leave their comfort zone.
source: http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=14070

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1:04PM Jun 14
earth quake Penghuni di beberapa buah bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur cemas seketika apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira jam 8 dan 11 pagi.
Abdul Rahim Sabri | 8:52AM Jun 14
abdul ghani othman and umno Pakatan sedang berusaha mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.
12:51PM Jun 14
NONE "Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket BN dan mereka berjaya, kita ditendang keluar," kata Mohamad Sabu.
12:49PM Jun 14
Peguam Datuk R Anbalagan ditemui mati di sebuah kuil di Kampung Perepat, Kapar, di Klang dipercayai akibat ditetak dan cedera di badan, muka dan bahu...
 

Read More

CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR




 Ceramah Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Di Markas PAS Parit Amal Jalan Abdul Rahman,Muar (PAJAR)
Pada Hari Khamis 16 Disember 2010

SEKRETARIET PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR bergerak bersepadu untuk menawan hati rakyat dan memberi kefahaman politik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.Program bersama wakil-wakil daripada komponen parti Pakatan Rakyat  dalam Parlimen Muar diadakan secara berkala.Ini adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat sahih dan terkini supaya rakyat tidak terkeliru dengan berita-berita sensasi akhbar aliran perdana.Kerjasam erat ini dapat memahamkan rakyat bahawa PR sentiasa berpadu dan bekerjasama untuk kepentingan rakyat.

Ceramah Umum yang diadakan di Markas PAS Parit Amal, Jalan Abdul Rahman, Muar ini adalah aktiviti bersama Pakatan Rakyat yang terbaru.

YB Dr Mohammad Taslim memulakan ucapan.
Sdr Nor Hizwan Ahmad, Penyelaras Keadilan Parlimen Muar.

YB Ong Kow Ming, ADUN Senai.

che'GuBard -Badrul Hisham Shaharin, Ketua Keadilan Cabang Rembau

YB Dato' Mahfoz Omar sedang berhujjah.

Penceramah denga aksi masing-masing.Dari kiri: YB Dato' Mahfoz Omar,
YB Dr Mohammad Taslim dan YB Ong Kow Ming.


Dari Kiri:Tuan Hj Malik Md Diah (Pengerusi Majlis/Naib YDP PAS Muar), 
che'GuBard (Ketua Keadilan Cabang Rembau), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar)
dan Sdr Nur Hizwan Ahmad (Penyelaras Keadilan Parlimen Muar).


YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat (kanan) ,YDP PAS Muar, bersama rakan-rakan dari DAP

Para Muslimin ceria mendengar ceramah.


Muslimat suadah tidak takut mengikuti ceramah Pakatan Rakyat


Ada yang duduk, ada yang bersila.

Oh,Azhan pun ada malam tu.....

YB Dr Mohammad , che'GuBard dan Sdr Hizwan menjamu selera selepas ceramah.


Penyokong Pakatan Rakyat kaum India turut bersama.


Read More

TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) -PENGENALAN




Wednesday, 21 July 2010

Pengenalan TiRAM:.

TABUNG Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Ini termasuk menimbulkan kesedaran dan mendidik masyarakat apakah tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik dari aspek perlembagaan, pemerintahan Negara dan proses pilihanraya.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat bagi mempertingkatkan komitmen seluruh rakyat ke arah Negara yang lebih demokratik dan adil.


Objektif :
  • Mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha-usaha:-
  • Membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang demokratik samada dari aspek perlembagaan, sistem pilihanraya dan pemerintahan negara.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Maklumat Lanjut Hubungi :

Pejabat TIRAM di Blok B, Worlwide Business Center, 40675 Shah Alam, Selangor.

No.Tel. Pej. : 03-55104611 (Nurani/Diana) | No.Fax: 03-55111302 | Sobri Said (019-385 7160) | Ismahali Ismail (019-282 5716)

Website: http://tirammalaysia.blogspot.com

Email : tiram.rakyatmalaysia@gmail.com 
 

sumber: http://tirammalaysia.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tiram.html#more

Read More

TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) - MAKAN MALAM MEGA


Tuesday 26 JULY 2010

 
PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM)


RM20j: impian kita bersama, kata Husam

Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU 13

PAKATAN Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, pelancarannya akan dibuat 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam di mana semua pemimpin kanan Pakatan dijangka menyertai majlis ini.
"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam kepada Harakahdaily.
Pelancaran ini dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM20 juta.

Mei lalu Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 Juta bagi menawan Putrajaya.

Ilham itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

Tuduhan tersebut dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.
"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul.

"Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS atau kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Posted by tiram at 12:32
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz


sumber:  http://tirammalaysia.blogspot.com/2010/07/rm20j-impian-kita-bersama-kata-husam.html
Read More

SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR 2010


Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Hebahan Media


Pada 5 Februari 2010 bertempat di Pusat Khidmat DUN Maharani, Parit Bakar, wakil – wakil dari PAS, PKR dan DAP Parlimen Muar telah bersua muka dan berbincang untuk menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar.

Sekeretariat yang dianggotai oleh 5 orang wakil bagi tiap – tiap parti ditubuhkan untuk merapatkan ikatan ukhwah sesama komponen Pakatan Rakyat Parlimen Muar selain dari menjadi penyelaras segala aktiviti dan program pada masa akan datang serta sebagai platform untuk setiap komponen meluahkan pendapat berkaitan pelbagai isu bersama.

Setelah dipersetujui, Ustaz Abu Bakar Bin Lajat, Yang Dipertua PAS Kawasan Muar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Muar bagi sesi 2010/2011. Manakala Saudara Mohd Faizul Bin Salleh, Setiausaha PAS Kawasan Muar dilantik sebagai Setiausaha Sekretariat juga bagi sesi yang sama.

Wakil – wakil dari PAS adalah :

1. Ust. Abu Bakar Bin Mohd Lajat – Yang Dipertua PAS Kawasan Muar.
2. Sdr. Malik Bin Mohamed Diah – Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar.
3. Sdr. Mohd. Faizul Bin Salleh – Setiausaha PAS Kawasan Muar.
4. YB Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim – Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar merangkap ADUN Maharani.
5. Sdr. Mohd Adha Bin Sulaiman – Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar.

Wakil – wakil dari PKR adalah :

1. Sdr. Yatin Bin Sarpan – Ketua PKR Cabang Muar.
2. Sdr. Haidzir Bin Mohamed – Naib Ketua PKR Cabang Muar.
3. Sdr. Abu Al-Ashari Bin Ahmad – AJK PKR Cabang Muar.
4. Sdr. Yahya Bin Sapar – Ketua Penerangan PKR Cabang Muar.
5. Sdr. Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar.

Wakil – wakil dari DAP adalah :

1. Sdr. Lim Seng Wee – Pengerusi DAP Bahagian Muar.
2. Sdr. Ng Yak Howe – Setiausaha DAP Bahagian Muar.
3. Sdr. Lim Peng – Timbalan Setiausaha DAP Bahagian Muar.
4. Sdr. Phua Sau Ching – Bendahari DAP Bahagian Muar.
5. Sdr. Er Teck Keng – AJK DAP Bahagian Muar

Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Read More

PERUTUSAN TG DATUK NIK ABDUL AZIZ - 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT


Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam. 2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam,  khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS  pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.  Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[al-Hujuraat, 49: 13]
Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.



Read More

MESYUARAT AGUNG KALI KE 24 PAS KAWASAN MUAR


PAS Kawasan Muar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 24 pada hari Sabtu 2 Mei 2009 bersamaan 7 Jamadilawal 1430H bertempat di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Muar di Parit Pechah. Ianya dirasmikam oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Ybhg. Dato' Dr Hj. Mahfodz Mohamed.

Majlis turut dihadiri oleh pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat.Ia membuktikan bahawa perpaduan antara kaum dapat benar-benar diiratkan melalui kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Di bawah ini beberapa gambar semasa majlis peras
mian .



YDP PAS Kawasan Muar,Ust. Abu Bakar Mohd Lajat dan ahli jawatankuasanya sedang menyambut
ketibaan Ybhg Dato' PJ dengan diiringi paluan kompang dari pemuda Kampong Parit Amal Jln. Joned, Muar


Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Muarturut serta berbaris menyambut ketibaan Ybhg Dato' PJ


Sdr. Abu Satiman (Setiausaha Kerja PAS Muar) sedang mengiringi Ahli Parlimen Bakri (YB Er Teck Hwa)
dan rombongannya ke Dewan Pusat Tarbiyyah PAS Muar, Pt. Pechah




Para pelajar dari Persatuan Silat Sendang turut sedang membuat persembahan sebaik sahaja
ketibaan Ybhg. Dato' PJ dan tetamu jemputan.


Ybhg. Dato' Dr Mahfoz, YB Dr. Mohammad Taslim dan Timb. YDP Tn Hj Aminulhuda Hasan sedang mendengar ucapan
alu-aluan daripada YDP Ust. Abu Bakar


En. Yatin Sarpan , Ketua Bahagian Keadilan Muar ditemani oleh veteran PAS
Cikgu Hj Khamis Joned.



YB Er Teck Hwa dan rombongannya dari DAP khusyuk mendengar ucapan Dato' Pesuruhjaya PAS Johor


Read More